assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Monday, April 30, 2012

APAKAH JAWABAN YANG SESUAI UNTUK ANAKKU?

Apa yang harus ku jawab pada anakku? Aku sendiri tak tahu. Kerana aku sendiri tak pasti jawaban apakah yang memungkinkan anakku memahaminya dalam situasi hari ini. Seperti biasa, setiap Sabtu dan Ahad, anakku akan membeli paper The Star. Bukan apa, paling tidak, dapatlah dia belajar memahami bahasa Inggeris dari awal. Tidaklah sepertiku, yang sehingga ke hari ini, masih belum dapat menguasai bahasa itu dengan fasih. Ah,selak saja paper di muka hadapan, sudah kedengaran anakku berceloteh. “ma, apa ni ma? Apa yang orang ramai ni nak? Apa yang Dato Najib buat?” Aku hanya tersenyum, kerana taktahu apa nak jawab. “boleh ke orang islam buat macam ni? Tengok, ada yang berdarah kepala. Kasihannya.. jum ma, kita berdoa supaya Malaysia aman. Haikal tak nak jadi macam Palastine, atau kambodia. Kat sana susah, nanti kita tak ada tempat tinggal.” Maka, aku sama-sama menadah tangan dan mengamin doa Haikal. “Inshaallah, selagi anak-anak seperti Haikal berusaha menghafal alqur’an dengan baik, dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan Malaysia, Allah pasti melindungi kita.” Hanya itu yang mampu aku katakan padanya. Aku tak boleh menghuraikan panjang lebar kepadanya tentang perhimpunan Bersih 3.0, kerana aku kira anak 8 tahun belum masa didedahkan dengan permasalahan sebegitu berat. Dan andai aku membuka cerita, yang belum difahaminya, sudah pasti beribu soalan menghambatku sehingga jawabanku benar-benar dapat memberi kepuasan dalam dirinya.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.