assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Thursday, May 15, 2014

Usik Pagi



Menurut kajian antara bangsa 2014, politik Malaysia lebih tinggi rasuahnya dari PDRM.  Benarkah begitu?  Hanya mereka yang bergelumang dengan politik saja yang tahu akan jawabannya.



Pun begitu, kalau saya yang tak pandai politik ni mentafsirkan dari apa yang baru saja berlaku di Terengganu, tanah tumpah darahku, seolah-olah begitulah gayanya.



Alasan yang diberi oleh pemain tarik tali seperti anak-anak merajuk, setelah dibelikan gula-gula yang lebih mahal harganya, maka bolehlah  gang kembali.



Erm, bukan mudah nak menemui wakol rakyat yang benar-benar bekerja untuk rakyat.  Mungkin ada, namun rasanya hanya satu pertiga sahaja.  Kebanyakkan yang lainseronok mengira keuntungan apa yang diperolehi sewaktu menjadi wakil rakyat dan mengira-ngira berapa pencen yang bakal diperolehi setelah tamat dua penggal menjadi Yang Berhormat.

Tuesday, May 6, 2014

Coretan Sore



Tidak, tidak, saya tidak sesekali menentang hudud.  Mana mungkin saya sebagai seorang muslim menentang hudud, kerana ia adalah syariat Allah.



Syariat adalah cara hidup setiap manusia yang bergelar muslim/muslimah.  Ianya bukan baru, namun Allah telah menetapkan syariatnya sejak alquraan diturunkan kepada rasul SAW, junjungan kita.  Ia terpatri kemas di dalamnya, dan tiada siapa boleh meminda mahu pun menidakkkan.  Ia terpelihara kemas dalam gengaman Allah.  itu janji Allah.



Namun apa yang saya ingin perkatakan dalam posting lalu, adalah lebih baik perkukuhkan ilmu asas sebelum melaksanakan syariat-syariat yang lebih besar.



Mahu tidak mahu, kita terpaksa menerima bahawa boleh dikatakan 90 peratus dari rakyat islam Malaysia sejak  dulu sehingga kini membesar  lebih kepada ilmu duniawi.  Hanya sebahagian kecil sangat ilmu akhirat diserapkan dalam pembelajaran mahu pun kehidupan kita.



Maka kedapatan sebahagian orang tua, dewasa,  muda yang tidak tahu apa itu ilmu tauhid.  Mereka tahu adanya Allah, namun tak dapat nak meresakan bagaimana keberadaan Allah di sisi mereka.



So, andai keyakinan hakiki kepada Allah dapat ditegakkan dalam diri semua umat islam Malaysia, nescaya kita semua dapat hidup dalam syariat Allah.  Lantas orang bukan islam disekeliling secara tak langsung dapat menerima dengan hati terbuka.



Namun apa yang terjadi, orang islam sendiri sejak dari dulu sehingga kini berterus-terisan hidup tidak berlandaskan syariat Allah, maka apa sangat yang diharapkan kepada orang bukan islam yang sudah pasti tak tahu pun tentang syariat Allah.



So, siapa yang nak bertanggungjawab perbetulkan semua ini?