assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Friday, January 10, 2014

Bual Isu Panas



Saya bukanlah ahli politik mahu pun pengaanalisa politik, maka tulisan saya hanyalah sekadar dari  kaca mata  seorang marhain yang beragama islam.


Kenapa kita terlalu kedekut untuk berkongsi kalimah Allah dengan agama lain?  Tidakkah kita tahu Allah adalah pemerintah langit dan bumi.  Sebagaimana jelas termaktub di dalam alquraan, yang bermaksud:
“milikNYAlah semua kerajaan langit dan bumi.  Dia (Allah) yang menghidupkan dan mematikan dan Dia (Allah) maha  kuasa  atas segala sesuatu.”  Ayat 2 surah Al-hadid.


Qalam ini terus diulang-ulang Allah dalam pelbagai surah lain.  Maka bagi saya Allah bukanlah hak milik orang islam semata-mata.  Ya benar, aiktiqad mereka terhadap Allah salah, maka di sini, tugas kita sebagai mukmin dan mukminah untuk berusaha menarik mereka agar beraiqtiqad yang benar.


Saya kira seluruh penduduk Malaysia tanpa mengira agama tahu, yang memberi rezeki, mematikan, termasuk menurunkan hujan atau senang kata mentadbir pergerakan alam  ini adalah Allah.  Tanyalah kepada seorang tionghua/india  tua sekali pun, “siapa memberi taukeh/boss  rezeki?” pasti jawabnya “tuhan Allah.”  Begitulah selanjutnya.


Dengan menyebut kalimah Allah setiap ketika dikalangan agama lain, mudah-mudahan ia:
*memudahkan proses menarik mereka kembali kepada agama fitrah
*lebih memudahkan perbincangan agama dijalankan,
*memberi lebih minat kepada penganut agama lain membuat perbandingan agama


Kebimbangan sesetengah pihak yang kononnya akan berlaku krisis agama dan aqidah dikalangan anak-anak muda islam, bagi saya ianya hanya sekadar pemanis mulut.


Manakan tidak, hari ini, krisis itu sudah berleluasa melanda umat islam Malaysia.  Dontohnya:


*Cuba anda pergi ke Jalan Masjid India pada hari Jumaat, dimana  terletak megah berdiri masjid India, perhatikan berapa ramai anak-anak muda/tua islam lelaki yang tidak menunaikan kewajiban ketika sebahagian kaum lelaki islam sedang khusyuk bersujud.


*cuba lihat di tempat-tempat anda membeli barang keperluan harian, mudah saja kita melihat botol alkhohol di rak-rak barangan.  Siapakah yang memberi lessen untuk berlaku?  Bukankah kuasanya ditangan orang islam?


Bagi saya, andai kebimbangan itu lahir dari hati ikhlas, pasti ilmu tauhid dipasak di dalam hati orang islam Malaysia sejak dari pendidikan awal lagi.  Dan tidaklah kedapatan botol-botol alcohol dijual dengan mudah di merata kedai.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.