Hari ini saya ingin share satu resipi yang simple dan menarik
bagi saya, dan telah saya jadikan amalan diet harian sejak tiga bulan
lalu. Impaknya, Alhamdulillah sungguh
positif terhadap kesihatan saya sekeluarga.
Resipi ini saya perolehi dari seorang kenalan yang sudah
mengamalkan sekian lama.
Untuk seorang dewasa sukatannya:
Setengah biji lemon,
1 sudu (sudu porridge md) extra virgin olive oil,
1 sudu-2 (sudu porridge md) madu,
Kacau kesemua bahan, kemudian minum.
Untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun, sukatannya telah saya
sesuaikan sendiri:
1 sudu (sudu kfc) lemon,
1 sudu (sudu kfc) extra virgin olive oil,
1-2 sudu (sudu kfc) madu,
Kacau kesemua bahan, dan minum.
Amalkan setiap pagi.
Kesannya untuk seorang dewasa Inshaallah:
Meminimumkan proses penuaan,
Meninggikan stamina dalam melakukan sebarang kegiatan
Menstabilkan berat badan
Meminimumkan penyakit biasa seperti batuk selsema, demam,
Lain-lain penyakit saya tidak boleh claim, kerana
Alhamdulillah, setakat ini saya belum terdedah lagi. tetapi Inshaallah, selagi kita yakin, stiap sunnah Rsaul baik, pasti ianya baik untuk semua penyakit.
Bagi kanak-kanak:
Setakat ini apa yang saya lihat pada diri anak saya:
Meminimumkan batuk selsemanya,
Kalau dulu, setiap kali batuk selsema, beliau disarankan
Doc, menggunakan :inhaler” untuk melegakan.
Tetapi sejak saya memberinya resipi di atas, Alhamdulillah, peralatan
itu tidak lagi diperlukan.
Menstabilkan berat badan,
Meninggikan stamina,
Memberi lebih kecergasan
Adunan di atas mungkin boleh didapati yang “ready made”,
namun apakah kita yakin bahawa adunan tersebut tidak dicampurkan dengan bahan
pengawit untuk mengekalkan kesegarannya?
Karna perlu diingat lemon yang diperah tidak akan tahan lama dari segi
kesegaran mahu pun vitaminnya. Ingatlah,
apa-apa jenis buah sekali pun, jika sudah diproses, akan hilang vitaminnya.
Bigitu juga extra virgin olive oil, jika melalui pelbagai
proses, ianya tidak lagi extra virgin.