There is only one place outside the body where we
can count on finding the health-promoting
combinations of antioxidants that are necessary
for optimal health. That place is a balanced diet
containing natural, whole, minimally processed and
organically grown foods. The reason is simple. We
need more than just vitamin E, vitamin C,
beta-carotene, glutathione, or other single
nutrients for our antioxidant health. We need all
of the food components that provide natural colors
and flavors to food, the flavonoids and
carotenoids and other types of pigments that can
only be found in whole natural foods. You cannot
get a complete antioxidant team when you take a
dietary supplement, no matter how high in quality.
Nor can you get a complete antioxidant team when
you eat processed foods with artificial flavors
and colorings in place of natural flavonoids and
carotenoids. It takes a whole, natural foods diet
to provide you with genuine antioxidant teamwork.
That's one reason I feel so strongly about the
value of the World's Healthiest Foods.
Copyright© 2012 The George Mateljan Foundation,
All Rights Reserved
George Mateljan Foundation, PO Box 25801, Seattle,
Washington 98165
assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.
Monday, April 22, 2013
Monday, April 15, 2013
Redang Iland, Good Bye
Setibanya kami di hotel Laguna, seperti biasa proses “check
in” dijalankan. Sementara menunggu
proses “check in” selesai, para tamu dihidang segelas minuman sebagai pembasah
tekak (refreshmen), atau juga mungkin tanda ucapan selamat datang kepada para
tamunya.
Setelah proses “check in” selesai, kami tiga beranak dibawa ke
bilik, di mana di situlah kami akan bermaustautin selama 2 malam. Aku sengaja memilih bilik yang menghadap
kolam renang “pool view”. Bilik-bilik di
sini mempunyai 3 suasana pemandangan:
*menghadap kolam renang “pool view”
*menghadap laut “sea view”
*menghadap taman “garden view”
Setelah beberapa ketika meleraikan rasa kepenatan, lebih
kurang jam 12.40 kami keluar untuk ke bangunan utama di mana letaknya
restaurant bagi para tamu menjamu selera.
Sedang kami bertanyakan beberapa soalan pada “reception”,
kami disapa oleh seseorang. Oh, Maha
Besar Allah, kami diketemukan dengan Mr. Peter, seorang kenalan yang hanya baru
dua kali kami temui ketika di KL.
Rupa-rupanya beliau ialah (GM) di hotel Laguna itu. Kami berbual beberapa ketika.
Setelah makan tengahari, lebih kurang jam 3.00, kami
mengikuti trip ke Taman Laut Redang, “Redang Iland
Sea Park”. Aktiviti itu juga termasuk di dalam package.
Dari Laguna, para tamu boleh berjalan kaki atau menaiki
service pick up yang disediakan untuk ke jeti Redang. Dari jeti Redang, sebuah boat telah menunggu
para tamu untuk di bawa ke taman laut Redang.
Perjalanan dari jeti Redang ke taman laut, lebih kurang 20 minit. Di sini para tamu diberi masa selama 2 jam
mejalankan aktiviti sendiri.
Dek pantai yang cantik bersih, airnya yang jernih serta
hidupan laut yang masih terpelihara, maka taman laut ini menjadi salah sebuah
distinasi utama bagi penggemar aktiviti menyelam “snorkerling”.
25 March, isnin:
Di sebelah pagi, kami hanya menghabiskan masa bermain-main
dengan ombak dan ikan di pantai berhampiran hotel. Sementara sebelah petangnya, kami memberi
ruang untuk guide cilik kami berendam dalam kolam renang. Dan tatkala malam, kami bersiar-siar dalam
kawasan hotel.
Di Laguna terdapat beberapa kemudahan riadah buat para tamu:
*kedai cendera hati
*Memanah “archery” dengan rm 10 untuk 20 aro
*Meredah hutan “jungle tracking”
*Peralatan bagi mereka yang gemar menyelam juga disediakan.
26 March, Selasa.
Setelah dua hari menikmati kesegaran udara pulau dan dibakar
mentari laut, pagi ini kami meninggalkan Pulau Redang dengan seribu kepuasan
terutama bagi Haikal.
Kalau sebelum ini Haikal hanya melihat imej coral, tetapi di
pulau Redang dia dapat menyentuh, menikmati sendiri pelbagai bentuk dan betapa
cantiknya warna warni coral secara langsung.
Dia juga sudah memahami tujuan
bendera hijau dan merah dinaikkan oleh pengawal laut.
Alhamdulillah, cuaca seolah merestui percutian kami di pulau
Redang, biar sedikit panas membakar, namun ombak laut tenang diwaktu pagi miski
sesekali agak tinggi disebelah petangnya.
Terima kasih Mr. Peter dan seluruh staff Laguna kerana telah
melayan kami begitu istimewa sekali.
Kemesraan dan layanan baik kalian pasti terssemat dalam kotak memori
kami.
Tuesday, April 2, 2013
Redang Ilan, Nice To Meet You
Alhamdulillah, atas rahmat dan keizinan Allah, aku tiga
beranak telah dapat merealisasikan perancangan kami untuk ke pulau Redang pada
cuti persekolahan lalu.
24 Mac, bersamaan Ahad.
Pagi itu, tepat jam 4.30, kami tiga beranak telah bertolak
ke LCCt. Biar pun flight kami
dijadualkan jam 7.00 pagi, namun aku lebih selesa tiba awal sedikit, maka
dapatlah aku bersantai menarik nafas dan menunaikan hak Allah dengan lebih
khushuk tanpa tergesa-gesa.
Oh ya, bagi mereka yang kurang arif letaknya surau di LCCT,
ianya terletak dalam Balai Berlepas berhampiran tandas.
Oleh kerana proses “chek in” telah dilakukan atas talian,
maka setibanya kami di LCCt, kami terus dibawa masuk ke Balai Berlepas setela
menjalani proses imbasan.
Lebih kurang jam 6.50 am, kami dibawa menaiki pesawat. Tepat jam 7.00, setelah segalanya di bawah
kawalan, pesawat mula bergerak
berligar-ligar di landasan. Lebih kurang
15 minit kemudian, barulah ia punyai kekuatan meluncur ke udara.
Tepat jam 8.00 kami selamat menjejakkan kaki di bangunan
airport Sultan Mahmud Kuala Terengganu.
Kami kemudian terus mendapatkan kaunter teksi untuk membeli tiket demi
meneruskan perjalanan kami ke jeti Shah Bandar.
Di airport ini juga disediakan
service teksi berkupon. Charge yang
dikenakan dari airport ke jeti Shah Bandar adalah rm 25. sementara jarak masa perjalanan ialah lebih
kurang setengah jam.
Setibanya kami di jeti, jam baru menunjukkan pukul
8.35. ini bermakna kami masih punyai
masa lebih kurang satu jam untuk menaiki boat ke pulau.
Alamak, perut mula berkeroncong, almuklumlah ianya belum
terisi dengan makanan berat lagi, sedang perjalanan sudah beratus batu dari
“our sweet home”.
Demi meneruskan kehidupan dan menjaga keselesaan perut, kami
mula merisik-risik dari pengawal jeti, di mana letaknya Pasar Payang. Kerna sudah dalam pengetahuanku, Pasar Payang
tidak jauh dari Jeti namun aku tidak tahu arah lokasi sebenar.
Setelah pengawal jeti memberi tunjuk arah kepada guide cilik
kami, kami pun dipandu oleh guide cilik ke Pasar Payang. Memanglah benar, jaraknya tidak jauh, kami
hanya mengambil masa lebih kurang 5 – 6 minit berjalan kaki.
Setelah perut masing-masing diisi dengan pilihan sendiri,
antaranya: nasi lemak, nasi dagang dan
keropok leko, kami melangkah semula ke Jeti Shah Bandar.
Sebelum menaiki boat, setiap penumpang dikehendaki mengisi
nama, nombor my card/my kid dan nombor reservation di dalam sehelai borang yang
disediakan di kaunter pendaftaran.
Maaf, aku tidak pasti berapakah charge yang dikenakan untuk
satu perjalanan, kerana aku memilih pakage penginapan termasuk charge boat
pergi dan balik.
Lebih kurang jam 9.40 am, kami menaiki boat untuk ke pulau
Redang. Jarak masa yang diambil agak
lama juga, iaitu 1 jam 30 minit. Lebih
kurang jam 11.15 kami tiba di jeti pulau Redang.
Dari situ kami dibawa dengan menaiki train iaitu service
pick up yang disediakan oleh hotel Laguna Redang untuk para tamunya. Sebenarnya jarak dari jeti ke hotel Lguna
Redang tidaklah jauh, hnya memakan masa 6 -10 minit berjalan kaki, namun sudah
disediakan service sedemikian, guna ajelah.
bersambung
Subscribe to:
Posts (Atom)