assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Monday, February 25, 2013

Usrah Nurani


Terdapat sebuah rancangan terbitan radio ikim yang sungguh mencuit hati kami sekeluarga.  Semenjak ia diudarakan mulai awal tahun ini, saya sekeluarga tak pernah ketinggalan untuk sama menghayatinya.


Rancangan yang saya maksudkan “Usrah Nurani”.  Rancangan tersebut disiarkan pada setiap hari Jumaat, jam 5.15 petang.  Naqibnya ustaz Zulramli M.Ghazali begitu pandai mengelolakan usrah sehingga membuat pendengar sentiasa menanti apakah kesah yang bakal beliau ketengahkan disetiap hujung rancangan.


Saya kira cara penyampaian dan aura suara ustaz Zulramli benar-benar dapat menarik perhatian bukan saja dikalangan orang dewasa, tetapi juga di kalangan anak-anak sekolah rendah.


Lontaran suara beliau menyampaikan sesebuah kesah bisa menitiskan airmata keinsafan bagi sesiapa yang mendengarnya.


Contohnya anak saya.  biasanya anak seusia 9 tahun kurang memberi perhatian terhadap apa saja yang berbentuk audio semata-mata.  Tetapi tidak kepada rancangan “usrah Nurani”,  biar pun dia tidak memberi focus sepenuh terhadap seluruh perbicangan disepanjang rancangan tersebut,  namun fokusnya akan terpusat sepenuh bila mendengar alunan mendayu suara ustaz Zulramli menyampaikan kesah untuk dijadikan renungan bersama disetiap hujung rancangan.


Dari gaya suara dan roh ketulusan ustaz Zulramli menyampaikan kesah,  membuat anak susia 9 tahun memahami apa yang cuba disampaikan beliau dan turut sama menitiskan airmata keisafan.


Di sini ingin saya share dengan sahabat pengunjung kesah yang dilintarkan oleh ustaz Zulramli minggu lepas.  Dalam rancangan minggu lepas, pebincangan berpusat kepada bagaimana meleraikan dosa terhadap manusia lain terutama kepada ibu bapa, dan taubat.


***seorang kenalan ustaz Zulramli yang sudah berkedudukan selesa, kehidupan mewah, sudah berkeluarga dan mempunyai 2 anak remaja.  Namun begitu kenalan itu tetap merasakan jiwanya tidak tenang.


Menyedari akan hakikat itu,  kenalan tersebut terus-terusan solat taubat memohon keampunan dari Allah. Pun begitu, jiwa celaru terus dirasai kenalan tersebut.


Suatu hari, dengan rahmat Allah, kenalan tesebut teringat akan satu dosa yang pernah dilakukan puluhan tahun lalu.


Kalau selama ini, kenalan tersebut pulang ke kampong bersama keluarganya,namun kali ini, Dengan satu tekad, kenalan tersebut telah pulang ke kampong seorang diri.


Dengan tekad dan niat untuk meleraikan ketidak tenangan jiwa, sesampai saja kenalan tersebut di rumahnya di kampong, beliau terus mendapat ibunya lalu bersimpuh dihadapan ibu sambil memegang erat tangan ibunya.


Ibu kenalan tersebut berasa keharinan akan perlakuan anaknya.


Dengan bersunguh-sungguh kenalan tersebut memohon ampun dari ibunya.  Lalu ibunya menjawab,  dia sungguh bahagiaatas perlakuan yang ditunjukkan anaknya selama ini.  Selalu pulang ke kampong, selalu memberi wang kepadanya, maka atas kebahagian yang dirasai itu,   dia telah mengampunkan dosa-dosa anaknya itu.


Tetapi kerana masih tidak berpuashati, lalu kenalan tersebut membongkar kembali dosa yang pernah dilakukan olehnya terhadap ibunya sewaktu usia beliau akhir belasan tahun.


Bersambung untuk mengetahui kesah selanjutnya, jangan lupa kunjungi di sini lagi.


No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.