Nota: sambungan kesah
dalam posting 25th Feb. lalu.
Kesah di bawah dipetik dari rancangan “Usrah Nurani” terbitan
radio ikim 22nd Feb.
Kata kenalan tersebut:
“ibu, ingatkah ibu pada peristiwa ketika saya berusia 19 tahun? ketika itu saya baru mendapat gaji yang
pertama.”
Ibu kenalan tersebut hanya mendiamkan diri.
Sambung kenalan itu lagi:
“dengan gaji pertama, saya telah membeli sehelai seluar jins yang lama
saya idamkan,yang waktu itu tak mampu ibu ayah belikan. Setelah dua tiga hari saya memakainya, saya
pun rendam di dalam baldi untuk dibasuh, lalu ibu dengan rasa tanggungjawab
telah tolong membasuh seluar saya itu.
Bila saya ingin memakainya kembali, apa yang saya dapati seluar itu
telah bertampuk-tampuk dengan warna lain.
Kerna rasa sayang terhadap seluar itu, saya telah memarahi ibu
berlebih-lebihan namun ibu tetap mendiamkan diri. Demi kkepuasan hati panas, saya mencampakkan
seluar itu kehadapan muka ibu sambil saya berkata, ‘orang tua tak ada otak’.
Sambil bercerita, kenalan tersebut teresak-esak menangis
seperti anak kecil.
Ibu Kenalan Tersebut terus bangun menarik tangan anaknya
sambil berkata: “ibu akan membawa kau
keihadapan Allah nanti, bahawa anak ini telah mendurhaka. setiap dosamu yang lain telah ibu
ampunkan. Tetapi tidak pada dosa
ini. Kerana sungguh sampai hati kamu
mengatakan ibu ‘orang tua tak ada otak’.”
Setelah berkatakata demikian, ibu Kenalan Tersebut terus
berlalu.
Setiap malam Kenalan Tersebut memohon dari Allah agar
membukakan hati ibunya untuk mengampunkan dosanya. Dan setiap selesai solat subuh Kenalan
Tersebut akan memohon ampun dari ibunya.
Namun ibunya terus tegas untuk tidak mengampunkan dosa yang satu itu.
Atas iradat dan rahmat Allah, pada pagi keempat, ketika Kenalan Tersebut sedang sujud sambil
bersungguh-sunguh menangisi kepada Allah,
terasa berat dibelakangnya.
Apabila Kenalan Tersebut mengangkat muka, didapati ibunya merangkul erat
dirinya sambilmenangis.
Lalu ibu Kenalan Tersebut berkata: “nak, oleh kerana ibu lihat kau
bersungguh-sungguh memohon keampunan dari Allah, maka pagi ini, dengan rela
hati ibu memaafkan dosamu.”
Setelah Kenalan Tersebut menerima kata ampun dari ibunya,
terasa seluruh jiwanya lapang dan ringan seolah-olah baru terlepas dari bebanan
yang amat berat.
Setelah situasi kedua mereka tenang, hari itu juga, Kenalan
Tersebut memohon untuk pulang ke KL dari ibunya.
Setelah Kenalan Tersebut sampai di rumahnya, sekali lagi
keajaiban berlaku. Turun saja Kenalan
Tersebut dari kereta, kedua anak remajanya
berlari mendapatkan beliau, lalu mencium tangannya sambil berkata: “ayah, maafkan atas perlakuan kami selama
ini. Kami sangat sayangkan ayah.”
Sambil mendongak ke langit, Kenalan Tersebut berkata dalam
hatinya: “ya Allah, terima kasih, terima
kasih kerana telah memberi ketenangan jiwa dan mengembalikan kedua anakku yang
selama ini dingin terhadapku.”
Mudah-mudahan, kita mendapat sedikit iktibar dari kesah di
atas. Sebagai anak, hendaklah lebih
berhati-hati dalam tindak tanduk kita agar tidak menggoris perasaan ibu ayah
sendiri.
Bersama kita hayati hadith rasullullah SAW di bawah, agar
kita lebih sedar betapa mulianya darjat kedua ibu bapa.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.