assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, February 27, 2013

Terlerai Sudah Kekusutan Jiwa


Nota:  sambungan kesah dalam posting 25th Feb. lalu.


Kesah di bawah dipetik dari rancangan “Usrah Nurani” terbitan radio ikim 22nd Feb.



Kata kenalan tersebut:  “ibu, ingatkah ibu pada peristiwa ketika saya berusia 19 tahun?  ketika itu saya baru mendapat gaji yang pertama.”


Ibu kenalan tersebut hanya mendiamkan diri.


Sambung kenalan itu lagi:  “dengan gaji pertama, saya telah membeli sehelai seluar jins yang lama saya idamkan,yang waktu itu tak mampu ibu ayah belikan.  Setelah dua tiga hari saya memakainya, saya pun rendam di dalam baldi untuk dibasuh, lalu ibu dengan rasa tanggungjawab telah tolong membasuh seluar saya itu.  Bila saya ingin memakainya kembali, apa yang saya dapati seluar itu telah bertampuk-tampuk dengan warna lain.  Kerna rasa sayang terhadap seluar itu, saya telah memarahi ibu berlebih-lebihan namun ibu tetap mendiamkan diri.  Demi kkepuasan hati panas, saya mencampakkan seluar itu kehadapan muka ibu sambil saya berkata, ‘orang tua tak ada otak’.


Sambil bercerita, kenalan tersebut teresak-esak menangis seperti anak kecil.


Ibu Kenalan Tersebut terus bangun menarik tangan anaknya sambil berkata:  “ibu akan membawa kau keihadapan Allah nanti, bahawa anak ini telah mendurhaka.  setiap dosamu yang lain telah ibu ampunkan.  Tetapi tidak pada dosa ini.  Kerana sungguh sampai hati kamu mengatakan ibu ‘orang tua tak ada otak’.”


Setelah berkatakata demikian, ibu Kenalan Tersebut terus berlalu.


Setiap malam Kenalan Tersebut memohon dari Allah agar membukakan hati ibunya untuk mengampunkan dosanya.  Dan setiap selesai solat subuh Kenalan Tersebut akan memohon ampun dari ibunya.   Namun ibunya terus tegas untuk tidak mengampunkan dosa yang satu itu.


Atas iradat dan rahmat Allah, pada pagi keempat,  ketika Kenalan Tersebut sedang sujud sambil bersungguh-sunguh menangisi kepada Allah,  terasa berat dibelakangnya.  Apabila Kenalan Tersebut mengangkat muka, didapati ibunya merangkul erat dirinya sambilmenangis.


Lalu ibu Kenalan Tersebut berkata:  “nak, oleh kerana ibu lihat kau bersungguh-sungguh memohon keampunan dari Allah, maka pagi ini, dengan rela hati ibu memaafkan dosamu.”


Setelah Kenalan Tersebut menerima kata ampun dari ibunya, terasa seluruh jiwanya lapang dan ringan seolah-olah baru terlepas dari bebanan yang amat berat.


Setelah situasi kedua mereka tenang, hari itu juga, Kenalan Tersebut memohon untuk pulang ke KL dari ibunya.


Setelah Kenalan Tersebut sampai di rumahnya, sekali lagi keajaiban berlaku.  Turun saja Kenalan Tersebut dari kereta, kedua anak remajanya  berlari mendapatkan beliau, lalu mencium tangannya sambil berkata:  “ayah, maafkan atas perlakuan kami selama ini.  Kami sangat sayangkan ayah.”


Sambil mendongak ke langit, Kenalan Tersebut berkata dalam hatinya:  “ya Allah, terima kasih, terima kasih kerana telah memberi ketenangan jiwa dan mengembalikan kedua anakku yang selama ini dingin terhadapku.”


Mudah-mudahan, kita mendapat sedikit iktibar dari kesah di atas.  Sebagai anak, hendaklah lebih berhati-hati dalam tindak tanduk kita agar tidak menggoris perasaan ibu ayah sendiri.

Bersama kita hayati hadith rasullullah SAW di bawah, agar kita lebih sedar betapa mulianya darjat  kedua ibu bapa.

Monday, February 25, 2013

Usrah Nurani


Terdapat sebuah rancangan terbitan radio ikim yang sungguh mencuit hati kami sekeluarga.  Semenjak ia diudarakan mulai awal tahun ini, saya sekeluarga tak pernah ketinggalan untuk sama menghayatinya.


Rancangan yang saya maksudkan “Usrah Nurani”.  Rancangan tersebut disiarkan pada setiap hari Jumaat, jam 5.15 petang.  Naqibnya ustaz Zulramli M.Ghazali begitu pandai mengelolakan usrah sehingga membuat pendengar sentiasa menanti apakah kesah yang bakal beliau ketengahkan disetiap hujung rancangan.


Saya kira cara penyampaian dan aura suara ustaz Zulramli benar-benar dapat menarik perhatian bukan saja dikalangan orang dewasa, tetapi juga di kalangan anak-anak sekolah rendah.


Lontaran suara beliau menyampaikan sesebuah kesah bisa menitiskan airmata keinsafan bagi sesiapa yang mendengarnya.


Contohnya anak saya.  biasanya anak seusia 9 tahun kurang memberi perhatian terhadap apa saja yang berbentuk audio semata-mata.  Tetapi tidak kepada rancangan “usrah Nurani”,  biar pun dia tidak memberi focus sepenuh terhadap seluruh perbicangan disepanjang rancangan tersebut,  namun fokusnya akan terpusat sepenuh bila mendengar alunan mendayu suara ustaz Zulramli menyampaikan kesah untuk dijadikan renungan bersama disetiap hujung rancangan.


Dari gaya suara dan roh ketulusan ustaz Zulramli menyampaikan kesah,  membuat anak susia 9 tahun memahami apa yang cuba disampaikan beliau dan turut sama menitiskan airmata keisafan.


Di sini ingin saya share dengan sahabat pengunjung kesah yang dilintarkan oleh ustaz Zulramli minggu lepas.  Dalam rancangan minggu lepas, pebincangan berpusat kepada bagaimana meleraikan dosa terhadap manusia lain terutama kepada ibu bapa, dan taubat.


***seorang kenalan ustaz Zulramli yang sudah berkedudukan selesa, kehidupan mewah, sudah berkeluarga dan mempunyai 2 anak remaja.  Namun begitu kenalan itu tetap merasakan jiwanya tidak tenang.


Menyedari akan hakikat itu,  kenalan tersebut terus-terusan solat taubat memohon keampunan dari Allah. Pun begitu, jiwa celaru terus dirasai kenalan tersebut.


Suatu hari, dengan rahmat Allah, kenalan tesebut teringat akan satu dosa yang pernah dilakukan puluhan tahun lalu.


Kalau selama ini, kenalan tersebut pulang ke kampong bersama keluarganya,namun kali ini, Dengan satu tekad, kenalan tersebut telah pulang ke kampong seorang diri.


Dengan tekad dan niat untuk meleraikan ketidak tenangan jiwa, sesampai saja kenalan tersebut di rumahnya di kampong, beliau terus mendapat ibunya lalu bersimpuh dihadapan ibu sambil memegang erat tangan ibunya.


Ibu kenalan tersebut berasa keharinan akan perlakuan anaknya.


Dengan bersunguh-sungguh kenalan tersebut memohon ampun dari ibunya.  Lalu ibunya menjawab,  dia sungguh bahagiaatas perlakuan yang ditunjukkan anaknya selama ini.  Selalu pulang ke kampong, selalu memberi wang kepadanya, maka atas kebahagian yang dirasai itu,   dia telah mengampunkan dosa-dosa anaknya itu.


Tetapi kerana masih tidak berpuashati, lalu kenalan tersebut membongkar kembali dosa yang pernah dilakukan olehnya terhadap ibunya sewaktu usia beliau akhir belasan tahun.


Bersambung untuk mengetahui kesah selanjutnya, jangan lupa kunjungi di sini lagi.


Thursday, February 7, 2013

Should I refrigerate my bananas?


Any decision about refrigeration or non-refrigeration of bananas should depend on their degree of ripeness. If a banana is not yet ripe, refrigeration will cause chill injury and disrupt the ripening process. If an unripe banana is refrigerated, even if it is brought back to room temperature, it will not ripen. However, if you have bananas that are already ripened, it is fine to keep them in the refrigerator for a period of several days. You're likely to see a darkening of the peel, but the inner flesh of the banana itself should not become discolored or harmed in any way.


Copyright © 2012 The George Mateljan Foundation, All Rights Reserved
George Mateljan Foundation, PO Box 25801, Seattle, Washington 98165