Saya kira wartawan/blogger mso adalah seorang yang amat menjaga hubungan sesama manusia. Mana tidaknya, mail ucapan tahniah dari saya yang hanya umpama semut, juga mendapat penghargaan dari beliau.
Maka, saya yang seumpama semut berasa puas kerana ungkapan tahniah dari saya juga dipandang beliau. Dan dengan ini, menambahkan minat saya untuk terus menyelusuri setiap tulisan beliau. Serta begitu mengkagumkan saya akan sikap yang ada dalam diri beliau.
Saya kira kalau sesetengah personaliti lain, yang sibuk dengan tugasan kewartawanan dan berblogger, mungkin sekadar membaca sekali lalu dan hanya mengucapkan terima kasih di dalam hati saja.
Namun tidak kepada wartawan/blogger mso. Sesibuk mana pun beliau, kesempatan masih dikorek untuk balas mail sebagai tanda penghargaankepada si Pengucap tahniah.
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.