assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Saturday, February 13, 2010

Perbincangan Bersama Kementerian Kesihatan

Hari ini 8th Feb. aku ke MAB untutk menghadiri satu programme (dialog bersama kementerian kesihatan) yang dianjurkan oleh bahagian pekerjaan MAB dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Programme ni actually untuk pengamal perubatan tradisional (urut) OKU pengelihatan. Aku rasakan programme ni bagus, sebab tulah aku nak menyebokkan diri. Memandangkan suamiku juga mengusahakan Pusat Reflexology dan Body Massage. Manalah tahu mungkin dengan kehadiranku dapat memberi sedikit input kepada suamiku.

Aku sampai di MAB jam 9.00 pagi. Sesampai aku di dewan MAB ku dapati telah ramai pengusaha dan Juru Urut berkumpul. Di sini aku juga mengambil kesempatan untuk mengenali mereka-mereka yang belum pernah ku kenali dan dapat juga bertukar-tukar pendapat serta pandangan.

Programme bermula jam 9.30 pagi. Ia dimulakan dengan kata alu-aluan oleh puan Jacolin kepada wakil dari Kementerian Kesihatan dan para hadirin. Pihak kementerian diwakili oleh 4 orang yang terdiri daripada 2 orang pengarah dan 2 orang pembantu. Hanya dua nama sahaja yang tercatat dalam mindaku. Mereka ialah DR. Shamsaini dan DR. maria. Berbanyak maaflah kepada 2 orang lagi tu, kerana aku tak dapat mengingati nama mereka.

Menurut pihak kementrian, objektif utama programme dianjurkan adalah untuk memberi penerangan kepada para pengamal perubatan tradisional OKU betapa pentingnya mereka mendaftar dengan pihak kementerian. Penerangan tersebut telah diberi oleh Dr. Shamsaini. Menurut Dr. Shamsaini, buat sementara waktu, pendaftaran hanyalah dibuat secara sukarela. Sehinggalah akta diluluskan Parlimen, barulah pendaftaran dengan Kementerian Kesihatan diwajikbkan ke atas setiap pengamal Perubatan Tradisional Malaysia. Menurut pihak kementerian, apabila pengamal-pengamal perubatan tradisional OKU pengelihatan mendaftar dengan Kementerian Kesihatan, juru-juru urut ini akan dilindungi dalam sebarang kesulitan yang berlaku antara juru urut dan pelanggan. Tetapi ianya tertakluk kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

Mengikut tafsiran kementerian kesihatan, perubatan tradisional terbahagi kepada beberapa kategori. Iaitu:
A Perubatan Tradisional secara Islam
B Perubatan Herba Cina
C Perubatan Tradisional Komplimentari. Urut badan dan reflexology termasuk dalam kategori ini.

aku rasa tak mampulah mindaku nak mengingat satu persatu secara khusus apa yang telah diterangkan oleh Dr. Shamsaini kat sini. Biarlah ku sentuh apa yang berkaitan dengan OKU pengelihatan sahaja. Kerana ianya melibatkan suamiku.

Mengikut tafsiran kementerian kesihatan lagi, perubatan tradisional komplimentari terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:
Urut sejahtera (untuk relax) dan
Urut teraputik (treatment)
Urut Teraputik inilah yang didominasi oleh pengamal OKU pengelihatan.

Dr.Shamsaini juga memberi penerangan tentang garis panduan yang “boleh” dan “tak boleh” dilakukan oleh juru-juru urut OKU pengelihatan. Part garis panduan inilah yang membuatkan dewan menjadi panas tiba-tiba. Aku dapat rasakan Dr. Shamsaini dan rakan-rakannya terkejut berok dengan semangat agresif yang ditunjukkan oleh juru-juru urut OKU pengelihatan. Aku sendiri pun tak bersetuju dengan salah satu garis panduan yang dicadangkan oleh pihak kementerian. Dengan pengetahuan yang cetek tentang OKU pengelihatan, Kementerian Kesihatan telah membahagikan OKU pengelihatan kepada dua gulungan. 1 rabun dan 2 buta terus. Didalam salah satu garis panduan tersebut berbunyi: “juru urut buta terus tidak dibenarkan mengurut seluruh badan”. Alas an yang diberikan pihak kementerian, ditakuti ianya mendatangkan kecederaan kepada pelanggan. Belum sempat Dr. Shamsaini menoktahkan penerangannya, tiba-tiba seorang juru urut telah bersuara dengan agak keras. Tetapi keadaan itu dapat ditenangkan kembali oleh rakan-rakan yang lain. Maka Dr. Shamsaini berpeluanglah meneruskan penerangannya sehingga ke penghujung. Setelah penerangan diberi oleh pihak kementerian, pendaftaran on line dibuat oleh dua orang pembantu dari Kementerian Kesihatan.

Sementara itu majlis dibuka untuk soal jawab. deawan menjadi kembali panas apabila Beberapa orang juru urut bangun berbalas soal jawab dengan Dr. Shamsaini. Dan dewan menjadi lebih hangat bila jawaban Dr. Shamsaini mula mengelirukan. Dia seolah-olah cuba mengubah fakta yang dibacakan sebelum ini. Dr. Shamsaini cuba mengalihkan jawabannya dari “mendatangkan kecederaan” kepada “tersilap bahagian yang hendak diurut”. Tetapi kenyataan ini juga dapat ditangkis dengan tegas oleh beberapa orang juru urut yang berkemahiran. Lantas Dr. Shamsaini teragak-agak cuba menukar kenyataan kepada terdapat banyak “salah laku” yang dilakukan oleh juru-juru urut kini. Kenyataan ini juga mendapat tentangan yang hebat dari juru-juru urut OKU pengelihatan. mereka berpendapat “salah laku” kebanyakan dilakukan oleh pengamal Urut Sejahtera.

Oleh kerana perbincangan semakin panas, Dr. Radha Meminta agar perbincangan ditutup dan sebarang garis panduan yang akan dibuat oleh Kementerian Kesihatan hendaklah melalui perbincangan dengan pengamal-pengamal OKU pengelihatan terlibih dahulu.

Setelah mendaftarkan pusat Reflexology suamiku, aku pun pulang ke rumah.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.