assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Monday, February 8, 2010

cabut gigi

Hari ini 6th Feb. haikal telah ke klinik gigi untuk mencabut giginya yng sudah goyang. Pulang dari klinik gigi, ku lihat dia menangis dalam dikongan papanya. Hati keibuanku akan sering tersentuh bila melihat dia menangis.

“kal, kenapa menangis sayang?” tanyaku. “Dr. cabut gigi Haikal.” Katanya sambil tersedu. “Haikal tahu tak kenapa Dr. cabut gigi haikal?” tqanyaku cuba memujuk. “sebab gigi Haikal dah rosak.” Katanya dengan perlahan. “tapi Haikal malu, nanti semua orang tengok gigi Haikal dah tak ada.” Katanya agak keras. “pandai pun anak mama ni. Minggu depan, gigi Haikal ka nada balik. Nanti gigi tu akan keluar sikit-sikit.” Kataku Cuba memujuk. Tangisannya mula reda. Dalam sedu yang masih tersisa, Haikal meminta icecream.

Pukul 12.00 Haikal dah mula riang seperti biasa. “kal, tadi kal menangis kerana sakit ke?” aku cuba memancing. “tadi Haikal nangis sebab malu dan takut.” Begitu jujur sekali jawaban darinya. “mama, bila gigi Haikal nak tumbuh?” sekali lagi dia cuba meminta kepastian. “dalam seminggu lagi inshaallah tumbuhlah.” Aku cuba meyakinkan dirinya. Miski pun aku sendiri tak pasti jangkamasa yang sebenar untuk sesebatang gigi itu tumbuh kembali.

Hari ini berakhirlah dua batang gigi susunya yang pertama sekali tumbuh. Masih ku ingat lagi, giginya mula tumbuh tika Haikal berusia 8 bulan.

1 comment:

  1. hai haikal.. ala sikit je tu. sabarlah. nanti tumbuh la balik gigi tu. uncle tumpang sakit hehehheeh

    ReplyDelete

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.