Kisah Musa Alhafiz iaitu seorang anak kecil dari Bangka Indonesia
telah menjadi bualan di kalangan pencipta alquraan. Betapa tidak, anak ini begitu hebat, karna
dalam usia belum sampai 6 tahun, 30 juzuk alquraan telah tersemat didalam
dadanya.
Baru-baru ini hotel Depalma yang terletak di daerah saya
telah mengundang anak kecilyang hebat ini.
Berkebetulan, pada tahun ini, Haikal memilih untuk bersolat terawih di
situ, maka penuh keterujaanlah dia untuk bertemu mata dengan Musa Alhafiz.
Di dalam hati saya berdoa, agar dengan melihat sendiri
kehebatan Musa Alhafiz, akan memberi semangat dan dorongan untuk Haikal terus
berrusaha menghafaz serta memartabatkan alquraan didalam dadanya lantas
terlahir kedalam akhlaknya.
Ah, hebat, memang hebat anak kecil yang bernama Musa Alhafiz
itu. Dia boleh menyambung apa saja ayat
yang dibacakan oleh orang ramai. Apa
bila ditanya surah apa, tanpa teragak-agak, anak kecil itu menjawab dengan senang
hati. Hafazannya juga baik, bertajuid
kemas.
Setiap kali Musa alhafiz menyambung ayat yang diberi orang
ramai, maka tersentuhlah setiap hati-hati hadirin terutama di kalangan
ibu-ibu. Di dalam hati masing-masing
pasti tercuit, “apakah aku mampu membentuk anakku seperti ibu ayah Musa Ahafiz
membentuk beliau?”
Sekalung tahniah ingin saya beri buat ibu ayah Musa
Alhafiz. Atas keyakinan pada tali Allah dan usha bersungguh kalian, Musa
telah menjadi alhafiz dalam usia yang terlalu muda.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar Musa terus istiqamah
dengan alquraan serta beliau dilindungi Allah dari ujian kekotoran hati dan
jiwa. Mudah-mudahan Musa akan menjadi
pembela islam suatu hari kelak, Inshaallah.