Sekadar nak share secebis pengalaman.
Terkadang anak-anak akan menimbulkan persoalan yang mungkin bagi kita kecil, tetapi andai tidak cepat menangani dengan baik, ianya boleh menimbulkan situasi yang kurang enak dalam diri mereka.
Anak: "ma, mama memang hebat. Boleh lakukan kerja seperti mana mama orang lain juga. Dan lagi hebat, Sekali saja saya menyahut, mama boleh agak saya kat mana dan apa yang sedang saya lakukan."
Dia begitu pandai bermain kata-kata untuk menarik perhatianku agar terus bersembang dengannya. Aku pasti, tentu ada sesuatu yang dia ingin perkatakan padaku.
Aku: "terima kasih. itulah kekayaan Allah."
Jawabku bersahaja.
Anak: "kan Alla tu Maha Besar, Maha Kaya, dan Maha adil, tapi kenapa sampai sekarang, Allah belum tunaikan lagi permintaan saya?"
Aku: "apa permintaan kamu?"
Anak: "setiap hari saya berdoa, agar mama papa nampak. Mama kata hati kanak-kanak bersih. Tapi kenapa permintaan saya tu Allah tak tunaikan lagi?"
Aku: "mungkin kamu tak istiqamah berdoa agaknya."
Sengaja aku menguji.
Anak: "mama jangan cakap macam tu. Allah tahu. Setiap selepas solat saya berdoa. Tak pernah terlupa sekali pun."
Bersungguh dia mempertahankan dirinya.
Aku: "kenapa kamu nak sangat mama papa nampak? Kamu malu ke keadaan kami?"
Anak: "taklah malu, tapi saya nak mama papa boleh bawa kereta dan boleh hantar saya kesekolah macam kawan-kawan."
Aku: "kenapa, kamu tak bangga ke, pergi sekolah naik bas awam. dan semua bus driver kenal kamu. Nanti besar, bila jadi boss, kamu tentu buat baik dengan pekerja terutama driver kamu."
Sengaja aku tekankan perkataan boss dan driver. Dia ku lihat lebih ceria berbanding tadi.
Anak: "tapi kawan-kawan kata, tak best naik bas ke sekolah. Kalau naik kereta, boleh relax, tak payah jalan kaki langsung."
Aku: "tak apalah. mana mereka tahu tak best. Sedangkan mereka tak pernah naik bas awam. mama tengok, kamu happy aje bila nak naik bas. Lagi satu, nasib baik papa ada duit, boleh juga kamu naik bas ke sekolah. Kalau papa tak kerja, langsung kamu tak dapat ke sekolah."
Dia mula menunduk.
Anak: "maaflah ma. Mama jangan cakap saya tak bersyukur pula. Saya tak naklah jadi macam kanak-kanak yang kita jumpa atas jejantas kat kedai papa tu. Sebab mama papa dia tak ada duit, dia taksekolah."
Untuk menanam rasa syukur dalam hati, mahu tidak mahu, kita hendaklah sering memandang orang yang lebih susah dari kita.
Sementara untuk memotivasi diri pula, kita diajak melihat orang jauh lebih kehadapan/berjaya dari kita.
Dua konsep ini hendaklah selalu dimasukkan dalam santai bersama anak. Agar perasaan "tidak puas" tidak melebihi "rasa syukur".