Seperti juga tahun-tahun lalu, selagi hayat kedua ibu bapa kami dikandung badan, selagi kami diberi rezki, Inshaallah kami tetap pulang beraya bersama mereka. Paling tidak, dengan kepulangan kami, dapat menambah nilai dalam keselesaan mereka menyambut Aidil Fitri.
Alhamdulillah, perjalanan pulang ke kampung kali ini, dengan keizinan Allah, segalanya lancar dan selamat.
Kali ini, kami memilih keretapi Tanah Melayu sebagai transport untuk pulang ke Gemas, kampung suamiku.
Kami mula meninggalkan
Bagi aku, moment yang paling berharga di hari raya, ialah di pagi raya, ketika seluruh keluarga bersalam-salaman dan bersarapan ramai-ramai. Saat inilah, terasa sungguh bahagia.
Setelah 3 hari bergaul mesra dengan keluarga belah suamiku, 20 Ogos, bersamaan 2 syawal, aku sekeluarga mula melangkah meninggalkan kampung halaman suamiku. Maklumlah, nun di timur semenanjung, kedua ibu bapaku sedang menunggu kepulangan aku.
bersambung
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.