assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Thursday, January 30, 2025

2024 dalam kenangan

Terlalu lama saya tidak menyulusuri lelaman sendiri. Entah saya sendiri tak pasti sebabnya. Mungkin tiada idea atau malas. 2022 berlalu dengan membawa seribu memori di dalamnya. Tanggal 21 august suatu tarikh yang tak mungkin luput dari ingatan ini. Manakan tidak, tarikh itu menjurumuskan aku ke dalam situasi yang tak pernah ku alami sebelum ini. Aku sendiri tak pasti apa sebenarnya perasanketika itu. Cemas, gementar, takut akan kehilangan semuanya bergaul menjadi satu adunan. Masih ku ingat lagi petang itu, petang Ahad yang indah. Mentarinya masih bersinar girang miskipun jam sudah hampir 7.00 petang. Semuanya dengan kehendak الله, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja suamiku yang tidak jauh pun jaraknya dari rumahku, aku tiga beranak telah terlibat dengan kemalangan. Entahaku sendiri tidak pasti bagaimana kemalangan itu terjadi kerana aku ketika itu tidak sedarkan diri. Munkin pengsan agaknya. Entahlah. Aku hanya sedar saat aku diminta kelluar oleh seorang lelaki. Aku jadi kehairanan. Pun begitu aku hanya meurut saja. Nak dipendekkan cerita, tak berapa lama aku tiga beranak dinaikan ke atas ambulance. Di atas ambulance, aku mendengar orang memanggil nama suamiku berulang. Saat itu tahulah aku bahawa suami ku agak serius. Setelah tiba di hospital Ampang, aku tiga beranak dipisahkan mengikut zon kecederaan. Aku ditempatkan dizon kuning, Haikal dizon hijau, sementara suamiku dizon merah. Setelah aku di xray itu dan ini, aku diberitahu bahawa aku akan dilakukan surgery kerana hidungku koyak. Aku hanya mengangguk faham. Sementara suamiku terrpaksa dibawa ke Hkl untuk pembedahan kepala. “Ya الله, permudahkan urusan suamiku”. Berulang-ulang doaku dalam hati. Pun begitu, aku masih bersyukur kerana haikal tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Hanya luka-luka di dalam mulutnya. ‏الحمد لله segalanya dengan kehendak Allah. Bersambung