assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Monday, May 20, 2013

Santai Tengah hari



Kita sudah pun beberapa hari dalam bulan Rejab.  Ini bermakna tinggal lebih kurang 6  minggu lagi kita umat islam akan memasuki bulan madrasah, (bulan Ramadhan).


So, apa kata mari kita sama-sama mengambil kesempatan bulan Rejab dan Shaaban ini sebagai pra bulan madrasah.  Agar kelak kita mudah mencapai KPI iman dan taqwa sebagai hamba Allah di muka bumi ini.


Dan mudah-mudahan bulan madrasah juga dapat membentuk kita sentiasa memelihara hubungan baik sesama manusia, samada terhadap keluarga, orang bawahan, mau pun masyarakat umum, yang lebih dari kita atau kurang dari kita.  Maka dengan ini dapatlah kita  menjadi khalifah terbaik di muka bumi ini, Inshaallah.


Mudah-mudahan kita sama-sama diberi kesempatan Allah untuk menikmati bulan madrasah yang penuh barakah, rahmat, nikmat dan mulia, Amin..

Friday, May 10, 2013

YB Oh Yb



Hai para YB, usah macam-macam.  Kesampingkanlah kepentingan peribadi kalian, jangan karna ketidak sampaian hajat peribadi, amanah pengundi kalian ketepikan.


Hargailah sokongan pengundi, kenanglah penat lelah mereka sewaktu berkempen beberapa hari lalu.  Lelahnya masih terasa, tidur mereka masih belum berbayar, sudah timbul kocakan dalaman.


“Ah, hancur luluh rasa hati, geeram  mula terbit.  Akurlah dengan kehendak ramai.”

Itulah rungut mereka.


Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada, pasti rasa redha mudah hadir.


Sesungguhnya, Allah maha teliti merancanakan sesuatu.

Thursday, May 9, 2013

Terima Kasih



Saya ingin mengambil kesempatan di sini, untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kami sekeluarga kepada insan berhati mulia, yang telah sponsor yuran sekolah anak saya.


Semoga Allah memberi barakah ke atas seluruh hidup anda dan keluarga, amin.


Mudah-mudahan insan berhati mulia yang tidak kami ketahui namanya itu, turut menyelusuri lelaman maya ini.


Ketahuilah, kami sungguh ikhlas menerima pemberian tuan/puan, seperti mana tuan/puan jua iklas memberi kepada kami.

Wednesday, May 8, 2013

Bersyukurlah



Saya kira semua ahli PR yang beragama islam kena yakin akan qadhok dan qadar  Allah, maka segala yang terjadi adalah dengan kehendak Allah jua.


Bagi mereka yang telah Berjaya, kini tibalah masanya untuk menjalankan amanah yang diberi dengan penuh tanggungjawab.


Inshaallah, andai setiap calon PR perbetulkan niat untuk bertanding semata-mata kerana Allah dan demi masyarakat, 5 tahun akan datang, pasti jalan kalian dipermudahkan Allah.

Usah dipaksa Allah mengubah dengan apa yang telah ditentukan.  Takut-takut kelak pemberian Allah dalam murka.