Pagi tadi saya telah ke MAB untuk menghadiri suatu program anjuran MBPJ. Tetapi bukan itu fokas saya, namun saya ingin ceterakan akan kejujuran dua insan berhati mulia.
Setelah selesai menghadiri program anjuran MBPJ, saya singgah di surau MAB untuk melunaskan hak YANG MAHA ESA ke atas hambanya.
Setelah segalanya selesai, entah bagaimana, akibat kecuaian diri, tanpa saya sedar tas tangan saya tertinggal di surau MAB. Tetapi dengan rahmat Allah, DIA telah hantar dua insan berhati mulia untuk menemui tas tangan saya itu.
Di atas kejujuran dan kemulian hati insan-insan tersebut, maka selamatlah tas tangan itu kembali kepada saya.
Maka di sini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada hamba Allah yang bernama Ji/Rotiah dan sahabatnya yang saya tak ketahui namanya.
Sesungguhnya, kalian benar-benar muslimah sejati yang berhati mulia, kerana tiada satu barang pun yang terusik kecuali hp saya yang kalian gunakan untuk call husband saya.
Saya benar-benar rasa terhutang budi dengan dua hamba Allah ini. Maka kepada kenkawan blind yang terbaca catatan ini, dan mengetahui nombor hp Ji/Rotiah, tolonglah tinggalkan nombor beliau di Pusat Reflexology Ideal "42521814". Kerana sesungguhnya, saya amat tidak tenang selagi tidak dapat mengucapkan terima kasih dengan mulut saya sendiri kepada beliau.
Sesungguhnya kejadian tengah hari tadi begitu memberi impak kepada diri saya agar lebih care terhadap barangan yang dibawa.