28 jan. adalah hari istimewa buatmu. Maka sempena hari kelahiranmu mama nukilkan sajak khas buatmu sayang
Semoga kau terus dilimpahi rahmat dari ilahi.
di taman ini kau dibaja menjadi segar
Hari demi hari kau ku siram dengan air mawarr
Di taman ini kau kenal erti bertateh
Satu persatu langkah mu bersilih
Di taman ini kau mula berlari riang
Gelak tangis terisi ke seluruh ruang
Telatah manjamu tersimpul kasih dan sayang
Di taman ini kau ku ajar erti shahadah
Kau kian petah berbicara ilmu allah
Terselah sikapmu yang tak mudah mengalah
Kian yakin kau menyusun langkah
Tanpa jemu ku himpunkan doa buatmu
Tanpa leka pesanan demi pesanan ku beri padamu
Moga kau terus berpegang pada yang satu
Dalam melayari bahtera hidupmu
No comments:
Post a Comment
Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.