assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Monday, November 13, 2017

Bye Sabah



Sabtu, 4th November.



Pagi itu kami telah merancang ke pulau Sapi untuk melakukan aktiviti sea-walking.  Lebih kurang jam 8.30 pagi, kami dihantar oleh pak Ahmad ke jeti jesselton yang juga terletak di bandar Kota Kinabalu.  Kami menaiki boat untuk ke pulau Sapi lebih kurang jam 9.00.  perjalanan dari jeti Jesselton ke pulau Sapi hanya memakan masa 15 minit sahaja.



Di pulau Sapi kami dibenarkan melakukan aktiviti sendiri selama dua jam.  Lebih kurang jam 11.00 pagi,kami dibawa ke tengah laut untuk menjalani aktiviti sea-walking.  Terujanya aku.  Kerana aku telah mengimpikan dari semenanjung lagi.  Untuk seorang dewasa,charge yang dikenakan ialah rm 150.  charge untuk boat pergi dan balik ialah rm 30.  alhamdulillah rezki kami, kami di charge rm 150 seorang termasuk boat.



Di situ kami telah diberi penerangan tentang bahasa isyarat/sign language untuk berinteraksi sewaktu di dalam air.  Oleh sebab di dalam air kita tidak boleh berkomunikasi secara vocal, kerana di dalam air suara kita tidak boleh didengari oleh orang sekeliling.  maka sign language amat perlu.  Kami ditunjuk ajar bagaimana sign ketika mengalami maslah, sign ketika ok, sign jika hendak naik.  Kami juga diajar bagaimana cara mengatasi jika mengalami sakit telinga.  Kerana di dalam ai pasti mengalami tekanan udara,  so telinga kita akan merasa kesakitan.  Tahap kesakitan bergantung kepada ketahanan badan masing-masing.  Tahap pertama, kita akan berjalan pada kedalaman air 5 miter.  Dan tahap kedua pada kedalaman 6 miter.  Setiap orang diberi masa selama 20 minit.



Alhamdulillah kami tiga beranak dapat melepasi ujian tersebut.  Ah, seronoknya tidak terkata, kerana dapat mengalami satu pengalaman baru.  Menurut pengusaha tersebut, kami merupakan pengunjungng blind pertama.  Maka mereka juga turut teruja menerima aku dan suami.  Dan mereka cuba lakukan yang terbaik untuk memudahkan kami.



Petang itu usai solat asar, kami mengajak pembantu pak Ahmad menemani kami ke pasar Filipina.  Dari Marina Court, kami hanya berjalan kaki sahaja ke pasar tersebut. Kami berjalan lebih dari 20 minit untuk sampai ke pasar Filipina.  Penat jugalah kakiku ini.



Di situ kami membeli sedikit buahtangan untuk dibawa pulang.  Antara barangan yang menarik hatiku, barangan mutiara, ikan bilis, ikan bulu ayam dan kuih cicin.  Kuih cicin ada dua jenis.  Yang menjadi kegemaranku ialah kuih cicin yang nipis dan rangup.  Haha, sempat juga aku membeli beras bukit sekilo dua untuk dirasa.  Maklumlah selama kini hanya mendengar orang bercerita yang nasi daripada beras jenis ini sedap.



Keesokan harinya, Ahad 5th November,  kami telah peruntukkkan masa untuk ke rumah saudara suamiku yang telah berpuluh tahun tak ketemu.  Rumah saudara suamiku itu terletak di Tuaran.



Lebih kurang jam 9.00 pagi along Jo datang menjemput kami.  Bapa along Jo adalah bapa sepupu suamiku.  Kami lepak di rumah mereka hingga jam 3 petang.  Itulah pertama kali aku ketemu pak oncu, mak oncu, along Jo dan kesemua adik beradiknya.  Kagum juga aku.  Biar pun mereka lahir dan membesar di Sabah, namun loghat nogori sembilan masih digunakan walau pun taklah sepio mana.



Mak oncu masakan kami gulai lemak cili padi udang campur pucuk paku.  Pucuk paku bukanlah kegemaranku kerana selalu orang masak keras.  Tetapi mak oncu punya pucuk paku lembut dan masih terasa masakan air tangan orang Negeri Sembilan.  Kami juga dihadang dengan ikan putih goereng.  Rasanya lemak manis.  Aku tak tahulah kat semenanjung ikan putih dipanggil apa.  Aku kira ikan putih jenis ikan mahal kod.  Kerana kat Sabah pun harganya lebih kurang rm 25 ke 32 setengah kilo.



Lebih kurang jam 3.00 petang, along Jo menghantar kami pulang ke Marina Court.  Maka dapatlah kami meluruskan badan beberapa ketika.  Lebih kurang jam 7.00 malam, angah Jef iaitu adik kepada along Jo, membawa kami makan seafood kat Gayang Seafood di Telipoh.  Aku tak dapat mengagak masa sebenar perjalanan, kerana kkebetulan jalan sedikit jam disebabkan hujan mungkin.  Kat situ seafoodnya memang fresh, kerana semua bahan mentah itu dibiarkan hidup di dalam aquarium sebelum dimasak.



Isnin, 6th November merupakan hari terakhir buat kami di negeri di bawah bayu itu.  Tepat jam 11.30 flight yang kami naiki mula berlepas meninggalkan bumi Sabah.  Selamat tinggal Sabah.  Terima kasih kepada seluruh orang Sabah yang kami temui.  Setiap kenangan manis bersama kalian terpahat kemas dalam memori.

https://www.dropbox.com/s/zlln5r2rpwyoye0/MOVI0025.avi?dl=0