assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, November 6, 2018

Bual Pagi

Belanjawan 2019 masih hangat di  perbincangkan oleh rakyast Malaysia.  Mungkin ia nya tiada arti bagi pemimpin-pemimpin UMNO, tetapi ia begitu berArti bagi rakyat marhain seperti saya.

Biarpun tidak mewa namun kami tetap bersyukur dan ☺️☺️☺️☺️ dengan beberapa isenteve yang diberikan di dalam Belanjawan baru-baru ini.

Contohnya, pas bulanan RM 100 tanpa had yang diberikan akan dapat mengurangkan perbelanjaan transport Sekurangkurangnya dari 20 30 rM sebulan.  Sementara subsidi 30 sen seliter harga petrol untuk 100 lita sebulan dapat mengurangkan bebanan perbelanjaan RM 30 sebulan.

Saya kira untuk permulaan pentadbiran kerajaan baru ianya cukup baik.  ‏إن شاء الله sama-sama lah kita mengharapkan agar di dalam Belanjawan tahun-tahun yang mendatang ianya akan menjadi lebih baik.  

Thursday, October 11, 2018

Pendapat Seorang Aku

Lama sungguh jejariku tak mencaritkan sesuatu di sini.



Seluruh rakyat Malaysia terkesan dengan tragedi enam ahli bomba PDA yang terkorban semasa operasi menyelamat.  Lantas pelbagai versi cerita kenapa, mengapa ianya berlaku.  Tuding menuding jari juga kedengaran.  Sehingga kan jin juga hendak dipersalahkan.  Rasa nya semua orang tahu jin juga makhluk الله .


Kita semua sudah maklum bahawa penyelamat yang ditugaskan adalah ahli-ahli cukup terlatih.  Maka tidak perlu lah kita menyalahkan mana-mana pihak.  Di sinilah sebagai umat Islam hendak lah percaya bahawa sebijak mana pun kita, sehebat mana pun seseorang itu, Sa profesional mana pun tidak akan dapat melawan ke hendak الله  azawajalla.  Maka marilah kita sama-sama menerima dengan hati yang redho dan terbuka dengan apa yang terjadi. 😭😭😭

Saturday, April 21, 2018

Rindu abah

sudah hampir lapan bulan abah meninggalkan kami. terasa juga, Almaklumlah kalau sebelum ini di bulan Sya ban ini lah kami mula mencari pakaian untuk abah agar dapat dia pakai di pagi Syawal nanti. tapi kini semua itu tiada lagi. inilah foto terakhir kami bersama abah.semoga abah tenang di sana Al-Fatihah buat abah. foto ini kami ambil raya 2017

Friday, March 30, 2018

Isi Hati Seorang Aku



Aku bukanlah seorang agamawan mahu pun politician.  Catatan ini terlahir dari lubuk hatiku seorang insan marhaen.


Aku terkesima apabila mendengar doa dari seorang tokoh agamawan yang selama kini aku sanjung dan aku minati.  Doa beliau pada hari itu bagiku terlalu keras dan amat menakutkan hati kecil ini.


Aku kira lebih manis andai beliau memenuhkan doanya dengan meminta kehadrat Allah akan kejayaan, sukses dalam tugas, kemuliaan kedudukan, dan kemenangan dalam setiap pertandingan untuk organisasi yang didoakannya.  Dan tidak memasukkan doa kehancuran terhadap orang yang tidak sealiran pendapat, kerana kita satu aqidah.  Satu aqidah bererti kita bersaudara.  Aku tahu, beliau lebih arif dari diri ini.