assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Sunday, November 12, 2017

Negeri Di Bawah Bayu Dalam Kenangan



Atas rahmat dan keizinan Dia Yang Maha Besar, Khamis bersamaan 2nd November lalu aku tiga beranak telah dapat merealisasikan perancangan kami ke Sabah negeri di bawah bayu.


Kapa udara (flight) yang kami naiki meninggalkan Klia1  jam 8.10 pagi.  Kami tiba di lapangan terbang Kota Kinabalu pada jam 10.40 pagi.  Semasa di dalam penerbangan, Alhamdulillah Malindo telah menyediakan sedikit makanan ringan iaitu, pizza, muffin,sky-juice dan minuman berperisa.


Setelah proses imigresen dan pengambilan bagasi selesai dengan mudah, kami dijemput oleh seorang sahabat yang telah kami tempah beberapa hari sebelum untuk menjadi pemandu pelancong kami.


Pada hari itu kami terus ke Kundasang, di mana terletaknya gunung Kinabalu.  Perjalanan dari airport ke Kundasang memakan masa lebih kurang dua jam setengah tanpa berhenti.  Semasa di dalam perjalanan ke sana, kami singgah di beberapa tempat untuk bergambar kenangan.  Haha, sempat juga aku minta kawanku berhenti untuk merasa durian Sabah.


Kami tiba di Kundasang lebih kurang jam 4.00 petang.  Namun dek  kerana hotel belum di tempah, dan hari juga mula berkabus, maka kami tidak dapat singgah di Kinabalu Park atau mana-mana destinasi pelancongan pada petang itu.


Setelah melakukan survey di beberapa homestay dan hotel, kami mengambil kkeputusan untuk bermalam di D-Olandus.  Bangunannya diperbuat daripada kayu.  Bilik-biliknya berangkai dua.  Satu bilik mengandungi dua katil single atau satu katil queen.  Satu bilik di-charge rm 150 semalam dan disediakan alakat breakfast.


Ah, sejuknya hingga menggigit seluruh urat saraf tubuh.  Sejuknya tidak perlu lagi menggunakan kipas, apatah lagi penyaman udara.  Dingin airnya tidak dapat dipanaskan oleh water heater.  Sungguh nyaman biarpun agak mengigil bila terkena air.


Pada malam itu kami makan di pekan Ranau.  Dari tempat kami menginap ke pekan Ranau, perjalanan memakan masa lebih kurang setengah jam.  Di pekan Ranau sudah agak banyak kedai makan muslim.


Keesokan harinya, setelah breakfast, kami memulakan perjalanan lebih kurang jam 7.45 pagi.  Udaranya masih dingin.  Alhamdulillah pagi itu tidak berkabus, maka dapatlah Haikal menikmati keindahan dan kegagahan gunung Kinabalu.  Sungguh teruja dia dapat melihat gunung pada pagi itu.  Maklumlah hari sebelumnya, sewaktu ketibaan kami gunung Kinabalu malu menunjukkan wajah kepada Haikal.  Tidak putus-putus dia memuji kebesaran Allah di atas keindahan pemandangan gunung Kinabalu.


Pagi itu sekali lagi kami ke Ranau untuk ke poring.  Dari Kundasang ke Poring di Ranau memakan masa 45 minit perjalanan.  Di situ pengunjung boleh mandi-manda di kolam air panas atau sekadar berendam kaki.  Kolam berendam kaki diasingkan dari kolam mandi.  Di situ kami hanya bersantai sambil berendam kaki lebih kurang 45 minit.


Dari Poring kami ke Tagal, tempat ikan menurut kaki.  Bila kita masukan kaki ke dalam kolam, banyak ikan yang datang menjilat-jilat kulit kaki kita.  Aku dan Haikal sedikit takut, tapi suamiku begitu ghalid membiarkan kakinya dijilat ikan.  Oh ya, di pintu masuk kita boleh membeli makanan ikan untuk mengumpan banyak ikan datang kkepada kita.


Setelah puas bermesra dengan ikan-ikan, kami ke taman arnab (arnab village).  Ia masih terletak di Ranau.  Setelah Haikal puas mengusap arnab dan kucing, kami meneruskan perjalanan ke ladang lembu di Kundasang.


Dari taman arnab ke ladang lembu juga memakan masa lebih kurang 45 minit.  Penghuni ladang tersebut ialah lembu-lembu New Zealand.  Oleh  kerana ladang itu terletak di Kundasang, maka udara di situ terasa dingin.  Pemandangan di sini juga menarik untuk bergambar.  Waktu pemerahan susu lembu ialah jam 2.00 petang.


Setelah penat bersiar-siar di ladang lembu, kami ke pekan Kundasang untuk makan tengah hari.  Usai makan kami ke Kinabalu Park untuk berphoto kenangan.  Hari itu juga sedikit kecewa buat Haikal, kerana cuaca berkabus.  So gunung Kinabalu tidak jelas pada pandangan biar pun sudah di depan mata.


Lebih kurang jam 3.00 petang, kami mula bergerak ke bandar Kota Kinabalu.  Kami tak berpeluang singgah di war memorial di Ranau dan rumah terbalik di Tuaran atas sebab kesempitan waktu.  Tak mengapa, ada rezki Inshaallah bertemu lagi.


Kami tiba di KK lebih kurang jam 5.30 petang.  Oh ya di Kinabalu, kami diundang tinggal di rumah customer suamiku yang telah berpindah ke sana.  Kami bermalam di rumah pak Ahmad yang terletak di Marina Court selama tiga malam.


Bersambung

1 comment:

  1. I don't even know hoow I ended up here, but I thought this post was good.
    I do not know wwho you are but certainly you're going
    to a famous blogger if you are not already ;) Cheers!

    ReplyDelete

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.