assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, November 16, 2016

Ronda-Ronda di Langkawi



5 November, Sabtu:



Hari itu kami memilih untuk ke pulau Payar.  Untuk ke Pulau Payar kosnya agak tingi sedikit.  Charge yang dikenakan rm 180 seorang bagi dewasa.  Sementara charge yang dikenakan ke atas kanak-kanak ialah rm 150 seorang.  Kos tersebut termasuk, tambang kenderaan pergi dan balik,boat dua hala, makan tengah hari dan peralatan snorkelling.




Kami dijemput dari hotel oleh agent lebih kurang jam 9.00 pagi.  Setelah begitu begini, kami menaiki boat lebih kurang jam 9.45.  perjalanan dari jeti Kuah ke Pulau Payar ialah 1 jam.



Di pulau Payar, boat besar tidak boleh sampai ke jeti kerana airnya agak cetek.  Maka kami dibawa dengan  boat kecil untuk sampai ke pengkalan.  Setiba kami di jeti, semua penumpang diminta berkumpul di pelantar sebelum melakukan aktiviti masing-masing.  Di situ kami diberi sedikit penerangan tentang penghuni di pulau Payar.  Penghuninya ialah anak-anak ikan yu/shark.



Setelah tiga jam bermain air, kami naik ke atas pelantar untuk makan tengah hari.  Usai makan, kami hanya berehat di situ sambil Haikal ghalid memberi makan ikan dari atas pelantar.  Apple juga Haikal jadikan mangsa ikan.  Seronok dia melihat ikan berebut-rebut sesama sendiri untuk mendapatkan makanan.



Lebih kurang jam 3.00 petang kami bertolak balik ke Langkawi.  Kami tiba di hotel penginapan lebih kurang jam 5.30 petang.  Alhamdulillah cuaca mendung sahaja, maka wajah kami tidak dibakar mentari.  Oh ya, waktu kami pergi ke pulau Payar, laut begitu tenang, namun ketika pulang, ombak agak kuat.  Terasa jugalah feri diangkat dan dihempas gelombang.



Di sebelah malam, kami ke restoran Hj. Ramli di tasik Cenang untuk makan.  Aku suka makan di situ, kerana makanan lautnya segar dan masakannya enak.



Pagi esoknya kami sewa teksi untuk ronda-ronda.  Charge yang dikenakan rm120 untuk 4 jam.  Kalau tak sewa terasa rugilah pula, kerana untuk ke Cable car sahaja, charge yang dikenakan ilah rm 40.  kalau dua hala, kami terpaksa membayar rm 80.  tetapi dengan menyewa teksi selama 4 jam, kami boleh kedistinasi lain juga.



Mula-mula, kami ke taman buaya.  Charge untuk seorang kanak-kanak ialah rm 12.  sementara seorang dewasa ialah rm 18.  di situ sempatlah kami melihat satu pertunjukan.  Cuba lihat ini, kuasa Allah, buaya juga ada yang kurang upaya.  pasti ada hikmah disebalik kejadian itu.  Segala-galanya rahsia Ya Rab.


Kami tak boleh berlama-lama di situ, maklumlah nak mengejar masa.  Kemudian kami terus ke Cable Car.  Charge yang dikenakan untuk seorang dewasa, rm 30, dan kanak-kanak rm 22.  ia ada package lain kalau hendak masuk ke 3d muzium.  Kami hanya memilih naik cable car sahaja.



Kalau lima tahun lalu, jambatan bengkok belum siap sepenuhnya, tetapi sekarang jambatan tersebut telah siap sepenuhnya, dan dapatlah kami naik hingga ke kemuncak gunung mad cincang.



Gementar juga bila angin bertiup kuat.  Haikal kulihat tidak takut, tetapi hatiku tercetus kebimbangan apabila dia berdiri di tepi penghadang.  Setelah setengah jam bersiar-siar di puncak, kami turun semula.



Kemudian kami ke bufflo park.  Lokasinya agak jauh ke pedalaman.  Di situ dapatlah kami rasa susu kerbau segar.  Charge yang dikenakan rm 5 bagi seorang dewasa, dan rm 3 untuk kanak-kanak.



Setelah beberapa ketika bermesra dengan penghuni di situ, kami meneruskan perjalanan.  Kami minta pemandu teksi berhentikan kami di pekan Kuah untuk kami teruskan ronda-ronda kami di pekan itu dengan kaki sendiri.



Setelah makan tengah hari, kami singgah di kedai gamat Shaari untuk membeli barangan kiriman sahabat.  Kemudian kami singgah di kedai Hig lama dan beberapa buah kedai lagi untuk survey harga.  Setelah kaki masing-masing memberi isyarat penat, kami pulang ke hotel yang tidaklah begitu jauh dari pekan Kuah.



Malam itu kami ke pekan Kuah sekali lagi untuk mencari tempat makan.  Berdasarkan informasi dari pemandu teksi, kami try makan di restoran Vina.  Bagi pendapat aku secara peribadi, tidak begitu menarik kerana makanan lautnya tidak segar.  Harga?  Oh, boleh tahan murah.



Usai makan malam, kami ronda-ronda di kompleks Hig untuk mencari sedikit buahtangan buat teman dan kerabat.  Di kompleks ini, terdapat pelbagai kedai.  Antaranya, supermarket Hig,  Polo dan banyak lagi kedai yang aku sendiri tak sempat nak bertanyakan Haikal nama kedai.



Keesokkan harinya, 7 November, Isnin, lebih kurang jam 10.30 pagi kami meninggalkan hotel Hig untuk ke airport.  Kapal  udara kami ialah jam 12.25 tengahhari.  Perjalanan antara hotel Hig ke Padang Mad Sirat ialah setengah jam.  Hujan renyai-ranyai mengiringi perjalanan kami ke airport.



Alhamdulillah, kami selamat tiba di “our sweet home” lebih kurang jam 2.30 petang.



Sungguh, bersyukur aku kepada Rabbul Izati, kerana telah mensejaterakan disepanjang permusafiran kami.  Terima kasih kepada semua staff hotel Hig terutama jentera hadapan, atas layanan yang begitu mesra.  Aku kira hotel ini amat sesuai untuk pelancong muslim, kerana sejadah dan alquraan telah tersedia di dalam bilik.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.