assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, November 9, 2016

Langkawi 2016

Alhamdulillah Jumaat lalu aku tiga beranak berkesempatan bercuti ke Langkawi. Sengaja kami memilih tarikh itu biar pun belum cuti sekolah. Yalah, kalau cuti sekolah, orang pasti bersesak-sesak, dan harga hotel pun dinaikkan atas sebab permintaan yang tinggi.


Demi keselesaan perjalanan kami, kami memilih jalan udara. Aku kira berpatutanlah rm 600 untuk perjalanan dua hala bagi kami tiga beranak.


Kami selamat tiba di lapangan terbang Langkawi di Padang Mad Sirat lebih kurang jam 12.05 tengah hari. Dari situ kami menaiki teksi ke hotel penginapan. Aku memilih Hig hotel sebagai tempat berteduh sepanjang
kami di Langkawi. Hotel Hig terletak di pinggir pekan Kuah. Tambang yang dikenakan dari airport ke kompleks Hig ialah rm 28.


Setelah seketika meredakan kepenatan dan mengucapkan syukur kepada Rabbul Izati kerana telah memelihara perjalanan kami, kami pun keluar mencari tempat untuk berjamu selera. Untuk knowledge, hotel Hig terletak bersebelahan kompleks beli-belah kepunyaan Hig (Haji Ismail Group). Berhadapan kompleks tersebut, terdapat banyak gerai makan yang beroperasi dari jam 10.30 pagi hingga 10.30 malam. Di sini pelbagai jenis menu boleh didapati.

Usai makan, kami tiga beranak ke galary Tun Mahathir. Setelah kaki lengoh meronda melihat cenderahati
Tun, kami ke taman burung yang tidak berapa jauh dari situ.


Untuk masuk ke taman burung ini, charge yang dikenakan ke atas kanak-kanak ialah rm 16. sementara orang dewasa, maaf aku tak tahu kerana aku dan suami (oku) free.


Di sini terdapat pelbagai jenis ikan, burung, dan beberapa jenis binatang lain. Ia beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Rugi kalau sesiapa yang ke Langkawi tetapi tidak ke taman ini.


Kenapa rugi? Di sini pengunjung boleh berinteraksi secara langsung dengan beberapa jenis penghuni taman ini. Antaranya:
Pengunjung boleh memberi makan anak-anak burung di atas telapak tangan sendiri. Bila makanan telah diletak di atas telapak tangan kita, pengurus burung akan bersiul dengan atonansi yang tersendiri. Terdengar sahaja siulan dari tuannya, berderu anak burung yang datang bertenggek di atas telapak tangan kita sambil mematuk makanannya. “oh, sungguh menghiburkan.”


Pengunjung juga dibenarkan memegang helang yang kononnya gagah terbang tinggi dan boleh sesukahati menyambar anak ayam untuk santapan mereka. nama burung helang yang jinak itu ialah Daniel. Untuk bersama Daniel, pengunjung akan diminta memakai sarung tangan kain yang agak tebal. Kemudian Daniel akan diletakkan di atas tangan kita. Aku kira berat Daniel lebih kurang satu kilo lebih agaknya. Bagi yang tak geli dengan bulu, boleh membelai Daniel. Dan Daniel akan mematuk manja.


Pengunjung juga boleh bermesra dengan sugarglider/tupai kecil.


Taman burung tersebut terletak tidak jauh dari pekan Kuah. Teksi dari situ ke hotel kami ialah rm 13. di Langkawi, tambang yang paling murah ialah rm 10 biar pun distinasi yang nak dituju 2 km sekali pun. So, kalau boleh jalan, jalan ajelah.



bersambung

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.