assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, September 28, 2016

Alfatihah Buat Ustaz Fadzli Al Yamani

Biar pun diri ini tak mengenali ustaz Fadzli Al Yamani secara peribadi, namun pemergian beliau cukup meruntun hati ini. Tatkala mendengar berita pemergiannya dari dj ikim fm, pagi semalam, airmataku terus meluncur deras, seolah-olah beliau orang yang begitu rapat dengan diri ini.


Pada zahirnya beliau memanglah tidak pernah ddiri ini kenali, namun suaranya hampir saban minggu menjadi halua telinga ini. Terlalu banyak ilmu yang diri ini perolehi dari perkongsian ilmu Allah yarham ustaz Fadzli di radio ikim fm. Saya percaya, pasti bukan diri ini saja yang mendapat manfaat dari perkongsian ilmu arwah, malah ratusan ribu insan lain yang dahagakan ilmu Fiqh.


Apa yang mengkagumkan diri ini, beliau begitu sabar dan tenang menjawab soalan yang diajukan oleh para pendengar. Biar pun soalan yang terkadang tidak langsung berkaitan dengan topik yang sedang dibincangkan. Masih saya ingat ada seorang makhluk entah dari planet mana mengajukan soalan kepada arwah yang berbunyi lebih kurang begini:
“hari raya pertama kita diharam berpuasa, tetapi kalau kita berpuasa juga, di neraka manakah kita di tempatkan?”
Namun Allah yarham ustaz Fadzli menjawab dengan tidak sedikitt pun meninggikan suara atau berbaur geram suaranya.


Terima kasih ustaz di atas curahan ilmu yang bertahun kau curahkan di radio ikim. Semoga kau tenang berehat di alam barzah bersebelahan makam insan mulia, sahabat rasul.