assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, January 27, 2016

Satu Malam Di Hatnyai


Kehendak Allah dan dengan rezkinya jualah kami tiga beranak terus berpeluang menikmati keindahan ciptaan Yang Maha Pencipta di bumi yang terbentang luas ini.



Alhamdulillah, di hujung cuti sekolah lalu kami tiga beranak berkesempatan bermusafir ke negeri Indra Kayangan dan sebahagian kecil selatan Thailand.



Sebenarnya selatan Thailand tidaklah menjadi target kami.  Tetapi entah bagaimana, setiba kami di Perlis, kami dipelawa oleh pemandu pelancong kami untuk bersiar-siar di selatan Thailand.  Si bujangku apa lagi.  Seperti biasalah, keterujaannya berlebih-lebihan.  Tanpa menunggu persetujuan mama papanya, dia telah membuat keputusan.  Mahu tak mahu, aku dan suami menurut saja kkeputusan anak bujangku.



Kami ke Perlis menaiki Ets.  Masa perjalanan dari Kl Central ke stesen kereta api Arau ialah5 jam.   Pada malam itu kami bermalam di Putra Beras Mana Kuala Perlis.  Oh ya, di dalam train itu disediakan kafeteria, tandas awam dan tandas Oku dan surau, walau kecil namun suatu kemudahan yang wajar dibanggakan.



Keesokan harinya lebih kurang jam 10.00 pagi kami terus ke Padang Besar untuk masuk ke selatan Thailand.  Di pusat imigresen Thai, ramainya orang Malaysia yang nak masuk Thailand.  Menurut pemandu pelancong kami, kalau diawal pagi, berpuluh bas menunggu giliran.



Sebelum kami turun di pusat imigresen, pemandu pelancong kami telah mengingatkan agar kami menyediakan wang rm 1 tiap seorang untuk diberi kepada pengisi borang.



Sebaik saja kami turun dari kereta, kami didatangi oleh beberapa perempuan Thailand, orang-orang imigrisenlah tu.  Kami dibawa ke suatu meja lalu pasport kami diminta.  Sambil menulis perempuan-perempuan itu bertanya beberapa soalan kepada kami.  Seperti:  berapa malam dan daerah mana kami nak pergi.  Setelah selesai, aku menghulurkan rm 5.  tetapi dengan sopan mereka menolak pemberianku.  Lantas kami dengan ramah hanya mengucapkan “kopkunka”.



Kemudian kami dibawa melintasi “line up” orang ramai yang sedang menanti giliran mendapatkan chop pasport.  Sewaktu melintasi aku terdengar beberapa suara tionghua Malaysia mungkin “malay, malay”.  Aku hanya tersenyum.



Setelah selesai chop pasport, kami dibawa ke money changer yang tak jauh dari situ.  Erm, rm 12 bersamaan 100 bat.  Kalau sebelum kejatuan ringit yang teruk, rm 1 bersamaan 10 bat.    Apa boleh buat, itu hakikat hidup hari ini.



Kemudian kami mengajak pemandu pelancong kami mencari tempat makan tengahhari.  Alamak, pemandu pelancong kami ni mungkin  tak biasa makan luar agaknya, maka tempat makan yang dipilih kurang menariklah.  Pun begitu tak mengapalah, janji perut terisi sebelum berjalan jauh.



Menurut pemandu pelancung kami, kami akan terus dibawa ke masjid Songkla untuk bersolat Zuhur dan Asar.



Hampir jam 3.00 petang, kami tiba di masjid Agama Islam Songkla.  Menurut pemandu pelancong kami, di masjid inilah ramai rakyat Malaysia muslim yang bermasalah hendak bernikah di tanah air datang menguruskan pernikahan mereka.  Sewaktu kami sampai, terdapat beberapa pasang sedang menunggu giliran bertemu tuan Khadhi.



Setelah melunaskan solat jamak qasar Zuhur dan Asar, kami bersiar-siar seketika di dalam masjid itu sambil anak bujangku menikmati keindahan pemandangan luar.



Kemudian kami meminta pemandu pelancong kami membawa kami ke zoo Songkla.  Bukan apa,  demi menambah nilai kecerian anak bujang kami.  Ah, luasnya zoo Songkla dan berbukit pula tu.  Sebenarnya, pengunjung boleh menaiki kereta untuk bersiar-siar di dalam zoo ini  tetapi pemandu pelancong kami tak biasa di sini, maka kami ronda-ronda di atas kaki sendiri ajelah.  Di dalam zoo itu juga terdapat theme park.  Untuk masuk ke zoo, tidak dikenakan sebarang bayaran.  Namun untuk menikmati theme pak, pengunjung dikenakan charge.  Kanak-kanak 10 bat, dan orang dewasa 20 bat.



Setelah letih meronda, kami mengajak pemandu pelancong kami mencari tempat makan pula.  Kali ini kami sendiri yang memilih tempat makan.  Setelah berpuas hati dengan menu dan pasti dengan keislaman pemilik kedai, kami pun mula order itu dan ini.  Wah menarik juga tempat makan kedai tersebut, semua diperbuat daripada buluh.



Alhamdulillah, makananya enak sekali.  Tongyamnya pekat dan tak terlalu pedas.  Ikan dan udang sotongnya segar bugar.  Erm, buah-buahan di sini juga manis-manis belaka.  Tetapi nasib kami kurang baik sedikit, kerana kedatangan kami bukan pada musim buah-buahan.



Usai makan, kami naik kereta untuk mencari hotel.  Oleh sebab aku tidak membuat sebarang hotel booking, maka kami serah ajelah kepada pemandu pelancong untuk membawa ke mana saja hotel yang biasa dia menginap jika ke selatan Thai.  Tanpa banyak bicara, pemandu pelancong kami membawa ke sebuah hotel di Hatnyai.  Aku terlupa pula nak bertanyakan anakku nama hotel tersebut.  Harganya agak murah.  65 bat semalam, untuk bilik single bed.


Menurut pemandu pelancong kami, di Hatnyai terdapat pasar terapung.  Pasar tersebut hanya beroperasi pada malam minggu sahaja.  So kami tak ada rezkilah nampaknya.



Keesokan harinya, sebelum masuk semula ke Perlis, kami singgah sebentar di pasar Hatnyai.  Ia lebih kurang Petaling Street kat KL ajelah.  Oleh sebab barangan tak menarik hati, kami tak membeli apa pun, hanya sekadar ronda-ronda untuk exercise kaki.



Setiba kami di Perlis, kami terus ke Gua Kelam.  Untuk masuk ke gua ini, charge yang dikenakan ialah, rm 1 kanak-kanak, dan rm 2 bagi dewasa.



Ketika di pintu gua, alamak, baunya sungguh kurang menyenangkan.  Tetapi bila makin jauh ke dalam, begitu tenang terasa.  Walau pun berbukit, namun tak berpeluh kerana suhunya agak sejuk.



Usai exercise di Gua Kelam, kami ke taman ular dan , ladang burung unta.  Sementara ladang anggur pula, kata pemandu pelancong kami, indah khabar dari rupa. So kami tak singgahlah.



Lebih kurang jam 4.00 kami tiba di Metro Inn hotel Arau, di mana di situlah kami bermalam untuk malam itu.  Ia adalah sebuah hotel budget.  Tetapi jangan susah hati, kerana berhampiran dengannya tedapat banyak kedai makan, seven eleven, dan ada dua tiga buah pasar raya.



Setelah melunaskan solat jamak pasar Asar dan Zuhur, kami ronda-ronda seketika di luar hotel.  Di sebelah malam pula, kami dibawa oleh customer suamiku yang berkebetulan pulang ke kampungnya di Kangar, makan di Kuala perlis.



Hari esoknya, awal pagi lagi, kami sudah daftar keluar.  Maklumlah, kereta api kami jam 8.00 pagi.  Menurut pegawai ets, perjalanan ets tidak banyak, hanya ada dua perjalanan sahaja.  Satu diseibelah pagi, dan satu di sebelah petang.



Alhamdulillah, permusafiran kami lancar biar pun tidak banyak tempat yang kami lawati.  Inshaallah, andai diizinkan Allah, pasti negeri gajah putih itu kami jejak lagi.