assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, November 16, 2016

Ronda-Ronda di Langkawi



5 November, Sabtu:



Hari itu kami memilih untuk ke pulau Payar.  Untuk ke Pulau Payar kosnya agak tingi sedikit.  Charge yang dikenakan rm 180 seorang bagi dewasa.  Sementara charge yang dikenakan ke atas kanak-kanak ialah rm 150 seorang.  Kos tersebut termasuk, tambang kenderaan pergi dan balik,boat dua hala, makan tengah hari dan peralatan snorkelling.




Kami dijemput dari hotel oleh agent lebih kurang jam 9.00 pagi.  Setelah begitu begini, kami menaiki boat lebih kurang jam 9.45.  perjalanan dari jeti Kuah ke Pulau Payar ialah 1 jam.



Di pulau Payar, boat besar tidak boleh sampai ke jeti kerana airnya agak cetek.  Maka kami dibawa dengan  boat kecil untuk sampai ke pengkalan.  Setiba kami di jeti, semua penumpang diminta berkumpul di pelantar sebelum melakukan aktiviti masing-masing.  Di situ kami diberi sedikit penerangan tentang penghuni di pulau Payar.  Penghuninya ialah anak-anak ikan yu/shark.



Setelah tiga jam bermain air, kami naik ke atas pelantar untuk makan tengah hari.  Usai makan, kami hanya berehat di situ sambil Haikal ghalid memberi makan ikan dari atas pelantar.  Apple juga Haikal jadikan mangsa ikan.  Seronok dia melihat ikan berebut-rebut sesama sendiri untuk mendapatkan makanan.



Lebih kurang jam 3.00 petang kami bertolak balik ke Langkawi.  Kami tiba di hotel penginapan lebih kurang jam 5.30 petang.  Alhamdulillah cuaca mendung sahaja, maka wajah kami tidak dibakar mentari.  Oh ya, waktu kami pergi ke pulau Payar, laut begitu tenang, namun ketika pulang, ombak agak kuat.  Terasa jugalah feri diangkat dan dihempas gelombang.



Di sebelah malam, kami ke restoran Hj. Ramli di tasik Cenang untuk makan.  Aku suka makan di situ, kerana makanan lautnya segar dan masakannya enak.



Pagi esoknya kami sewa teksi untuk ronda-ronda.  Charge yang dikenakan rm120 untuk 4 jam.  Kalau tak sewa terasa rugilah pula, kerana untuk ke Cable car sahaja, charge yang dikenakan ilah rm 40.  kalau dua hala, kami terpaksa membayar rm 80.  tetapi dengan menyewa teksi selama 4 jam, kami boleh kedistinasi lain juga.



Mula-mula, kami ke taman buaya.  Charge untuk seorang kanak-kanak ialah rm 12.  sementara seorang dewasa ialah rm 18.  di situ sempatlah kami melihat satu pertunjukan.  Cuba lihat ini, kuasa Allah, buaya juga ada yang kurang upaya.  pasti ada hikmah disebalik kejadian itu.  Segala-galanya rahsia Ya Rab.


Kami tak boleh berlama-lama di situ, maklumlah nak mengejar masa.  Kemudian kami terus ke Cable Car.  Charge yang dikenakan untuk seorang dewasa, rm 30, dan kanak-kanak rm 22.  ia ada package lain kalau hendak masuk ke 3d muzium.  Kami hanya memilih naik cable car sahaja.



Kalau lima tahun lalu, jambatan bengkok belum siap sepenuhnya, tetapi sekarang jambatan tersebut telah siap sepenuhnya, dan dapatlah kami naik hingga ke kemuncak gunung mad cincang.



Gementar juga bila angin bertiup kuat.  Haikal kulihat tidak takut, tetapi hatiku tercetus kebimbangan apabila dia berdiri di tepi penghadang.  Setelah setengah jam bersiar-siar di puncak, kami turun semula.



Kemudian kami ke bufflo park.  Lokasinya agak jauh ke pedalaman.  Di situ dapatlah kami rasa susu kerbau segar.  Charge yang dikenakan rm 5 bagi seorang dewasa, dan rm 3 untuk kanak-kanak.



Setelah beberapa ketika bermesra dengan penghuni di situ, kami meneruskan perjalanan.  Kami minta pemandu teksi berhentikan kami di pekan Kuah untuk kami teruskan ronda-ronda kami di pekan itu dengan kaki sendiri.



Setelah makan tengah hari, kami singgah di kedai gamat Shaari untuk membeli barangan kiriman sahabat.  Kemudian kami singgah di kedai Hig lama dan beberapa buah kedai lagi untuk survey harga.  Setelah kaki masing-masing memberi isyarat penat, kami pulang ke hotel yang tidaklah begitu jauh dari pekan Kuah.



Malam itu kami ke pekan Kuah sekali lagi untuk mencari tempat makan.  Berdasarkan informasi dari pemandu teksi, kami try makan di restoran Vina.  Bagi pendapat aku secara peribadi, tidak begitu menarik kerana makanan lautnya tidak segar.  Harga?  Oh, boleh tahan murah.



Usai makan malam, kami ronda-ronda di kompleks Hig untuk mencari sedikit buahtangan buat teman dan kerabat.  Di kompleks ini, terdapat pelbagai kedai.  Antaranya, supermarket Hig,  Polo dan banyak lagi kedai yang aku sendiri tak sempat nak bertanyakan Haikal nama kedai.



Keesokkan harinya, 7 November, Isnin, lebih kurang jam 10.30 pagi kami meninggalkan hotel Hig untuk ke airport.  Kapal  udara kami ialah jam 12.25 tengahhari.  Perjalanan antara hotel Hig ke Padang Mad Sirat ialah setengah jam.  Hujan renyai-ranyai mengiringi perjalanan kami ke airport.



Alhamdulillah, kami selamat tiba di “our sweet home” lebih kurang jam 2.30 petang.



Sungguh, bersyukur aku kepada Rabbul Izati, kerana telah mensejaterakan disepanjang permusafiran kami.  Terima kasih kepada semua staff hotel Hig terutama jentera hadapan, atas layanan yang begitu mesra.  Aku kira hotel ini amat sesuai untuk pelancong muslim, kerana sejadah dan alquraan telah tersedia di dalam bilik.

Wednesday, November 9, 2016

Langkawi 2016

Alhamdulillah Jumaat lalu aku tiga beranak berkesempatan bercuti ke Langkawi. Sengaja kami memilih tarikh itu biar pun belum cuti sekolah. Yalah, kalau cuti sekolah, orang pasti bersesak-sesak, dan harga hotel pun dinaikkan atas sebab permintaan yang tinggi.


Demi keselesaan perjalanan kami, kami memilih jalan udara. Aku kira berpatutanlah rm 600 untuk perjalanan dua hala bagi kami tiga beranak.


Kami selamat tiba di lapangan terbang Langkawi di Padang Mad Sirat lebih kurang jam 12.05 tengah hari. Dari situ kami menaiki teksi ke hotel penginapan. Aku memilih Hig hotel sebagai tempat berteduh sepanjang
kami di Langkawi. Hotel Hig terletak di pinggir pekan Kuah. Tambang yang dikenakan dari airport ke kompleks Hig ialah rm 28.


Setelah seketika meredakan kepenatan dan mengucapkan syukur kepada Rabbul Izati kerana telah memelihara perjalanan kami, kami pun keluar mencari tempat untuk berjamu selera. Untuk knowledge, hotel Hig terletak bersebelahan kompleks beli-belah kepunyaan Hig (Haji Ismail Group). Berhadapan kompleks tersebut, terdapat banyak gerai makan yang beroperasi dari jam 10.30 pagi hingga 10.30 malam. Di sini pelbagai jenis menu boleh didapati.

Usai makan, kami tiga beranak ke galary Tun Mahathir. Setelah kaki lengoh meronda melihat cenderahati
Tun, kami ke taman burung yang tidak berapa jauh dari situ.


Untuk masuk ke taman burung ini, charge yang dikenakan ke atas kanak-kanak ialah rm 16. sementara orang dewasa, maaf aku tak tahu kerana aku dan suami (oku) free.


Di sini terdapat pelbagai jenis ikan, burung, dan beberapa jenis binatang lain. Ia beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Rugi kalau sesiapa yang ke Langkawi tetapi tidak ke taman ini.


Kenapa rugi? Di sini pengunjung boleh berinteraksi secara langsung dengan beberapa jenis penghuni taman ini. Antaranya:
Pengunjung boleh memberi makan anak-anak burung di atas telapak tangan sendiri. Bila makanan telah diletak di atas telapak tangan kita, pengurus burung akan bersiul dengan atonansi yang tersendiri. Terdengar sahaja siulan dari tuannya, berderu anak burung yang datang bertenggek di atas telapak tangan kita sambil mematuk makanannya. “oh, sungguh menghiburkan.”


Pengunjung juga dibenarkan memegang helang yang kononnya gagah terbang tinggi dan boleh sesukahati menyambar anak ayam untuk santapan mereka. nama burung helang yang jinak itu ialah Daniel. Untuk bersama Daniel, pengunjung akan diminta memakai sarung tangan kain yang agak tebal. Kemudian Daniel akan diletakkan di atas tangan kita. Aku kira berat Daniel lebih kurang satu kilo lebih agaknya. Bagi yang tak geli dengan bulu, boleh membelai Daniel. Dan Daniel akan mematuk manja.


Pengunjung juga boleh bermesra dengan sugarglider/tupai kecil.


Taman burung tersebut terletak tidak jauh dari pekan Kuah. Teksi dari situ ke hotel kami ialah rm 13. di Langkawi, tambang yang paling murah ialah rm 10 biar pun distinasi yang nak dituju 2 km sekali pun. So, kalau boleh jalan, jalan ajelah.



bersambung

Wednesday, September 28, 2016

Alfatihah Buat Ustaz Fadzli Al Yamani

Biar pun diri ini tak mengenali ustaz Fadzli Al Yamani secara peribadi, namun pemergian beliau cukup meruntun hati ini. Tatkala mendengar berita pemergiannya dari dj ikim fm, pagi semalam, airmataku terus meluncur deras, seolah-olah beliau orang yang begitu rapat dengan diri ini.


Pada zahirnya beliau memanglah tidak pernah ddiri ini kenali, namun suaranya hampir saban minggu menjadi halua telinga ini. Terlalu banyak ilmu yang diri ini perolehi dari perkongsian ilmu Allah yarham ustaz Fadzli di radio ikim fm. Saya percaya, pasti bukan diri ini saja yang mendapat manfaat dari perkongsian ilmu arwah, malah ratusan ribu insan lain yang dahagakan ilmu Fiqh.


Apa yang mengkagumkan diri ini, beliau begitu sabar dan tenang menjawab soalan yang diajukan oleh para pendengar. Biar pun soalan yang terkadang tidak langsung berkaitan dengan topik yang sedang dibincangkan. Masih saya ingat ada seorang makhluk entah dari planet mana mengajukan soalan kepada arwah yang berbunyi lebih kurang begini:
“hari raya pertama kita diharam berpuasa, tetapi kalau kita berpuasa juga, di neraka manakah kita di tempatkan?”
Namun Allah yarham ustaz Fadzli menjawab dengan tidak sedikitt pun meninggikan suara atau berbaur geram suaranya.


Terima kasih ustaz di atas curahan ilmu yang bertahun kau curahkan di radio ikim. Semoga kau tenang berehat di alam barzah bersebelahan makam insan mulia, sahabat rasul.

Tuesday, August 9, 2016

Resipi Lompat Tikam

Lompat tikam merupakan kuih tradisi orang Terengganu. kalau tak silap saya ada dua tiga buah negeri lain juga mempunyai kuih lompat tikam. Tetapi lain negeri, pasti lain adunannya.


Lompat tikam Terengganu memang menjadi kegemaran saya sejak dahulu hinga kini, dan Inshaallah hinga kepenghujung nyawaku, “hahaha.”


Di sini saya ingin berkongsi cara-cara membuat lompat tikam Terengganu. caranya mudah dan adunannya juga simple.


Lompat tikam:
Lapisan bawah:
2 cawan tepung beras,
3 cawan air,
Sedikit pewarna hijau.


Masukan kesemua bahan di atas ke dalam periuk, kemudian kacau sehingga sebati, setelah sebati, letakkan di atas dapur.


Kacau sehingga pekat, setelah mendidih, angkat dan tuang ke dalam loyang.


Lapisan atas:
3 cawan santan ,
4 sudu tepung beras,
Garam secukup rasa.


Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk, kemudian letakkan di atas dapur.


Kacau bahan di atas sehingga sebati. Setelah mendidih, angkat dan tuangkan ke atas bahagian bawah tadi.


Sos/kuah:


1 cawan air,
1 kkeping nisan.


Masakkan sehingga nisan cair. Setelah mendidih, bolehlah diangkat.


Cara makan:

Biarkan kuih tadi sejuk, boleh dipotong-potong.

Ambil beberapa potong, masukkan ke dalam mangkuk, kemudian masukan sos/kuah , kemudian suapkan ke dalam mulut anda. Erm, sedapnya.


Note: nak lagi nikmat, letak di dalam fridge.

Selamat mencuba.

Tuesday, May 31, 2016

Kidzania

Semalam seharian Haikao  di Kidzania.


Sudah acap kali dia mengajak kami kesana, namun kami ignorekan begitu saja.maafkan kami Haikal, bukan kami tidak mahu menunaikan kehendak ndak kamu, namun kerana memandangkan tempat itu sukar untuk mendapatkan transport.


Semalam Alhamdulillah impiannya kesampaian, bilamana parents Nabil kawan sekelasnya membawa dia ke sana.


So di sini ingin saya mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah mengembirakan Haikal.

Soalan pertama saya tanyakan padanya sesampai Haikal di rumah, di mana solat Zuhur dan Asar?


Besyukur saya, bila dia mengatakan di situ ada disediakan ruang solat.  Menurut kata Haikal, ruangnya kecil hanya muat untuk dua orang pada satu masa.

Bagi saya biarlah kecil, asal saja dimunafaatkan.


Thanks sekali lagi kepada keluarga Nabil.πŸ˜‚πŸ˜‚

Thursday, May 19, 2016

Jadilah Agen Kebaikan

di sini saya ingin berkongsi rancangan Usrah Nurani Jumaat lalu. Mudah-mudahan saya juga menjadi agen kebaikan. Inshallah.


Di bawah ini saya lampirkan audio yang dipetik dari radio ikim.

Monday, May 16, 2016

https://www.dropbox.com/s/g6vm6pqoz2yvlir/sound_32C2EA22-472C-4C41-A130-1E16DB714D1B-3873-0000098319362735.mp3?dl=0

Cikgu

Kami datang padamu
Tanpa secalit ilmu didada,
Kau sambut kami senyuman terukir dibibir.


Kami tak tahu membaca,
Kau ajari penuh mesra,
Kami tak tahu menulis,
Kau tunjuki kami penuh sabar,
Kami tak tahu mengira,
Kau bimbing kami penuh tekun.


Ada di antara kami menangis,
Kau pujuk penuh lembut.
Ada di antara kami nakal,
Kau nasihati kami penuh hemah.


Tanpamu siapalah kami,
Tiada nilai seorang insan
tanpa seorang guru.





Tuesday, April 19, 2016

Perempuan

Puisi di bawah hasil nukilan ustazah Halimah dari Indonesia. di sini juga saya sertakan link untuk kita mendengara alunan deklamasi puisi tersebut yang disampaikan sendiri oleh Yang Berbahagia ustazah Halimah.


Mari kita sama-sama hayati bait-bait sajak beliau. Mudah-mudahan ia boleh dijadikan sumber inspirasi bagi sesiapa saja wanita yang terasa rimas dengan kehidupan seharian.


Perempuan,
Duhai,
Siapakah engkau ini,


Jika jadi anak,
ia adalah Bidadari kecil
Ayah bonda,
Permata yang siang malam
Dijaga keduanya.


Jika jadi pasangan
Ia adalah Kesenangan terindah,
Syurga
Untuk pasangannya di dunia.


Jika jadi orang tua,
Wah,
Syurga itu
Telah berpindah di telapak kakinya,
Ia bawa ke mana-mana.


Nabi pun membilangnya Sebagai tiang,
Tatkala kehidupan
Adalah bangunan,
Ya,
Engkaulah tiang itu,
Engkaulah perempuan.


Perempuan adalah Tiang negara,
Jika perempuan baik,
Baiklah negaranya,
Jika perempuan rosak,
Hancurlah negaranya.


Engkaulah tiang
Dalam rumah tanggamu,
Engkaulah sandaran
Bagi dinding,
Pintu,
atap,
dan jendela.


Nabi selalu benar
Dalam memilah Istilah kata,
Karna di rumahmu
Kepadamu semua urusan bertumpu.


Maka sebagai tiang,
Engkau harus kuat tak tergoyah kan,
Sebagai sandaran,
Kukuhmu adalah karang di lautan,
Tidak rentan
Diterjang angin dan badai.


Tapi aku tak sekuat itu,
Katamu.
Aku tak berdaya
Menghadapi keberutalan dunia ini,
Zaman semakin menggerusku,
Bebanya melumatku hingga luluh.


Aku begitu lemah,
Aku tertindas,
Aku teraniaya,
Katamu pula.


Tunggu wahai perempuan,
Engkau lupa,
Ada Allah dalam hidupmu,
Yang siap menanggung segala keluh,


Ada Allah dalam harimu,
Sumber kekuatan yang penuh,


Ada Allah dalam hatimu,
Jika kau serahkan padanya
Segala sesuatu,
Ia akan menjaganya hingga utuh.


Maka,
Dalam tiap gerimis kesedihan,
Hanyutkan dirimu
Dalam zikir panjang malammu,


Dalam tiap kerikil tajam Di jalanan,
Benamkan wajahmu
Dalam sujud kepasrahan.


Dalam tiap duka yang menyapa,
Hanyutkan airmatamu
Dalam sungai kasihnya.


Dalam tiap nestapa,
Larutkan pahit airmatamu
Dalam manis cintanya.


Dan dalam tiap kelabu langitmu,
Panggillah namanya,
Allah,
Alllah,
Alllah,
Dan tunggulah
Hingga Dia merubah mendungmu
Menjadi pelangi warna warni.



Sumber: radio ikim fm

Wednesday, April 13, 2016

Masjid

Masjid, saya kira setiap kita yang mislim tahu apa itu masjid. Malah tak keterlaluan jika saya katakan orang-orang bukan muslim juga tahu apa itu masjid.


Cuba kita tanya pada diri, berapa kerap kita ke masjid. Seminggu sekali atau setahun dua kali? Atau mungkin yang lebih baik sedikit lagi, seminggu dua dalam bulan ramadhan. Kononnya, mengambil berkat bulan tersebut.


Di bawah ini saya lampirkan link audio yang saya petik dari rancangan Usrah Nirani terbitan radio Ikim. Mudah-mudahan selepas kita mendengar sedutan tersebut, dapatlah memberi impak positif ke dalam diri.


Alangkah ruginya andai kita tidak memunafaat fisikal yang sihat kurniaan Allah ke arah mengimarahkan rumah-rumah Allah. Berada di rumah Allah tidak percuma, Inshaallah pasti ada ganjaran dari Dia Yang Maha Pemurah lagi Penyayang.

Monday, March 28, 2016

Testing

Tiap detik berlalu,
Semakin hampir aku

Pada kematian.

Bertanya daku
Pada diri,
Sudahvsediakah
Hadapi saat itu?


Ah!
Gementar hatiku,
Takut,
Sakit,
Tiada siapa
Bisa membantu.


Amalan, 
Dimana kau amalan?
Sudah banyakkah
Amalan ku kumpulkan?
Segunung, selautan,
Atau segenggam cuma.


  • Ya rabbul izati,
  • Pemilik diriku sejati,
  • Dengan ramatmu cuma,
  • Bisa menenangkan
  • Aku ke sana.



πŸ‰send from my iPhone

Friday, March 11, 2016

Sebatang Pokok Pisang



Sudah agak lama jejari ini tidak menari untuk menghasilkan sesuatu buat hiasan lelaman ini, paling tidak buat renungan diri sendiri atau bisa memberi kesan dihati pembaca biar secebis Cuma.


Cuba kita renung ke dalam diri sendiri, bertanyakan hati, apakah hati yang kita miliki seteguh sebatang pokok pisang?


Andai jawabannya tidak, jum kita berusaha semaksimum mungkin untuk berdiri teguh di dalam iman.


Mari kita sama-sama dengar betapa teguhnya sebatang pokok pisang.  Kisah ini saya petik dari programme Usrah Nurani terbitan Ikim.



https://dl.dropboxusercontent.com/u/6610717/usrahnuranipengajaransebatangpisang.mp3

Wednesday, January 27, 2016

Satu Malam Di Hatnyai


Kehendak Allah dan dengan rezkinya jualah kami tiga beranak terus berpeluang menikmati keindahan ciptaan Yang Maha Pencipta di bumi yang terbentang luas ini.



Alhamdulillah, di hujung cuti sekolah lalu kami tiga beranak berkesempatan bermusafir ke negeri Indra Kayangan dan sebahagian kecil selatan Thailand.



Sebenarnya selatan Thailand tidaklah menjadi target kami.  Tetapi entah bagaimana, setiba kami di Perlis, kami dipelawa oleh pemandu pelancong kami untuk bersiar-siar di selatan Thailand.  Si bujangku apa lagi.  Seperti biasalah, keterujaannya berlebih-lebihan.  Tanpa menunggu persetujuan mama papanya, dia telah membuat keputusan.  Mahu tak mahu, aku dan suami menurut saja kkeputusan anak bujangku.



Kami ke Perlis menaiki Ets.  Masa perjalanan dari Kl Central ke stesen kereta api Arau ialah5 jam.   Pada malam itu kami bermalam di Putra Beras Mana Kuala Perlis.  Oh ya, di dalam train itu disediakan kafeteria, tandas awam dan tandas Oku dan surau, walau kecil namun suatu kemudahan yang wajar dibanggakan.



Keesokan harinya lebih kurang jam 10.00 pagi kami terus ke Padang Besar untuk masuk ke selatan Thailand.  Di pusat imigresen Thai, ramainya orang Malaysia yang nak masuk Thailand.  Menurut pemandu pelancong kami, kalau diawal pagi, berpuluh bas menunggu giliran.



Sebelum kami turun di pusat imigresen, pemandu pelancong kami telah mengingatkan agar kami menyediakan wang rm 1 tiap seorang untuk diberi kepada pengisi borang.



Sebaik saja kami turun dari kereta, kami didatangi oleh beberapa perempuan Thailand, orang-orang imigrisenlah tu.  Kami dibawa ke suatu meja lalu pasport kami diminta.  Sambil menulis perempuan-perempuan itu bertanya beberapa soalan kepada kami.  Seperti:  berapa malam dan daerah mana kami nak pergi.  Setelah selesai, aku menghulurkan rm 5.  tetapi dengan sopan mereka menolak pemberianku.  Lantas kami dengan ramah hanya mengucapkan “kopkunka”.



Kemudian kami dibawa melintasi “line up” orang ramai yang sedang menanti giliran mendapatkan chop pasport.  Sewaktu melintasi aku terdengar beberapa suara tionghua Malaysia mungkin “malay, malay”.  Aku hanya tersenyum.



Setelah selesai chop pasport, kami dibawa ke money changer yang tak jauh dari situ.  Erm, rm 12 bersamaan 100 bat.  Kalau sebelum kejatuan ringit yang teruk, rm 1 bersamaan 10 bat.    Apa boleh buat, itu hakikat hidup hari ini.



Kemudian kami mengajak pemandu pelancong kami mencari tempat makan tengahhari.  Alamak, pemandu pelancong kami ni mungkin  tak biasa makan luar agaknya, maka tempat makan yang dipilih kurang menariklah.  Pun begitu tak mengapalah, janji perut terisi sebelum berjalan jauh.



Menurut pemandu pelancung kami, kami akan terus dibawa ke masjid Songkla untuk bersolat Zuhur dan Asar.



Hampir jam 3.00 petang, kami tiba di masjid Agama Islam Songkla.  Menurut pemandu pelancong kami, di masjid inilah ramai rakyat Malaysia muslim yang bermasalah hendak bernikah di tanah air datang menguruskan pernikahan mereka.  Sewaktu kami sampai, terdapat beberapa pasang sedang menunggu giliran bertemu tuan Khadhi.



Setelah melunaskan solat jamak qasar Zuhur dan Asar, kami bersiar-siar seketika di dalam masjid itu sambil anak bujangku menikmati keindahan pemandangan luar.



Kemudian kami meminta pemandu pelancong kami membawa kami ke zoo Songkla.  Bukan apa,  demi menambah nilai kecerian anak bujang kami.  Ah, luasnya zoo Songkla dan berbukit pula tu.  Sebenarnya, pengunjung boleh menaiki kereta untuk bersiar-siar di dalam zoo ini  tetapi pemandu pelancong kami tak biasa di sini, maka kami ronda-ronda di atas kaki sendiri ajelah.  Di dalam zoo itu juga terdapat theme park.  Untuk masuk ke zoo, tidak dikenakan sebarang bayaran.  Namun untuk menikmati theme pak, pengunjung dikenakan charge.  Kanak-kanak 10 bat, dan orang dewasa 20 bat.



Setelah letih meronda, kami mengajak pemandu pelancong kami mencari tempat makan pula.  Kali ini kami sendiri yang memilih tempat makan.  Setelah berpuas hati dengan menu dan pasti dengan keislaman pemilik kedai, kami pun mula order itu dan ini.  Wah menarik juga tempat makan kedai tersebut, semua diperbuat daripada buluh.



Alhamdulillah, makananya enak sekali.  Tongyamnya pekat dan tak terlalu pedas.  Ikan dan udang sotongnya segar bugar.  Erm, buah-buahan di sini juga manis-manis belaka.  Tetapi nasib kami kurang baik sedikit, kerana kedatangan kami bukan pada musim buah-buahan.



Usai makan, kami naik kereta untuk mencari hotel.  Oleh sebab aku tidak membuat sebarang hotel booking, maka kami serah ajelah kepada pemandu pelancong untuk membawa ke mana saja hotel yang biasa dia menginap jika ke selatan Thai.  Tanpa banyak bicara, pemandu pelancong kami membawa ke sebuah hotel di Hatnyai.  Aku terlupa pula nak bertanyakan anakku nama hotel tersebut.  Harganya agak murah.  65 bat semalam, untuk bilik single bed.


Menurut pemandu pelancong kami, di Hatnyai terdapat pasar terapung.  Pasar tersebut hanya beroperasi pada malam minggu sahaja.  So kami tak ada rezkilah nampaknya.



Keesokan harinya, sebelum masuk semula ke Perlis, kami singgah sebentar di pasar Hatnyai.  Ia lebih kurang Petaling Street kat KL ajelah.  Oleh sebab barangan tak menarik hati, kami tak membeli apa pun, hanya sekadar ronda-ronda untuk exercise kaki.



Setiba kami di Perlis, kami terus ke Gua Kelam.  Untuk masuk ke gua ini, charge yang dikenakan ialah, rm 1 kanak-kanak, dan rm 2 bagi dewasa.



Ketika di pintu gua, alamak, baunya sungguh kurang menyenangkan.  Tetapi bila makin jauh ke dalam, begitu tenang terasa.  Walau pun berbukit, namun tak berpeluh kerana suhunya agak sejuk.



Usai exercise di Gua Kelam, kami ke taman ular dan , ladang burung unta.  Sementara ladang anggur pula, kata pemandu pelancong kami, indah khabar dari rupa. So kami tak singgahlah.



Lebih kurang jam 4.00 kami tiba di Metro Inn hotel Arau, di mana di situlah kami bermalam untuk malam itu.  Ia adalah sebuah hotel budget.  Tetapi jangan susah hati, kerana berhampiran dengannya tedapat banyak kedai makan, seven eleven, dan ada dua tiga buah pasar raya.



Setelah melunaskan solat jamak pasar Asar dan Zuhur, kami ronda-ronda seketika di luar hotel.  Di sebelah malam pula, kami dibawa oleh customer suamiku yang berkebetulan pulang ke kampungnya di Kangar, makan di Kuala perlis.



Hari esoknya, awal pagi lagi, kami sudah daftar keluar.  Maklumlah, kereta api kami jam 8.00 pagi.  Menurut pegawai ets, perjalanan ets tidak banyak, hanya ada dua perjalanan sahaja.  Satu diseibelah pagi, dan satu di sebelah petang.



Alhamdulillah, permusafiran kami lancar biar pun tidak banyak tempat yang kami lawati.  Inshaallah, andai diizinkan Allah, pasti negeri gajah putih itu kami jejak lagi.