assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Thursday, March 5, 2015

Musafir Seorang Aku5



Ahad, 1 Feb.  Alhamdulillah, Allah masih memberi aku tiga beranak kesihatan yang baik untuk meneruskan perhambaan di tanah suci itu.  Hari itu tiada aktiviti berkumpulan.  Lebih kurang jam 9.00, kami sekali lagi ke Alharam, untuk melihat kalau-kalau ada ruang untuk kami celah untuk melakukan tawaf sunat.  Alhamdulillah, pagi itu orang tidaklah begitu padat seperti Sabtu dan Jumaat.  Usai solat sunat tawaf, dapatlah kami seketika berdampingan dengan kain kaabah dan menikmati keharuman wangian darinya.  Dan Alhamdulillah, kami juga berkesempatan berdiri di hadapan Multazam untuk berdoa.  Di mana ianya satu tempat yang mustajap untuk berdoa.

Tempat-tempat mustajap untuk berdoa antaranya:
Hadapan Multazam
Hijir Ismial
Belakang Makam nabi Ibrahim


Tengahhari itu, sedang kami berjalan keluar dari restaurant hotel, tetiba anakku menjerit kecil nama ustaz Hamdi.  Usai bersalaman dengan suami dan anakku, beliau memberi tahu, bahawa kedatangan beliau kali ini adalah ingin membawa kami berziarah keliling kota Makkah.


“kalau kita niat ziarah, kita dapat pahala.”  Beri tahu ustaz Hamdi kepada kami.


Oh rupanya ustaz Hamdi tidak keseorangan.  Di dalam kereta sedia menunggu isteri dan dua anak kecilnya Hatim 4 tahun, dan Mukminah 8 tahun.  ah, ini bermakna anakku pasti gembira kerana dapat kawan baru.


Sewaktu di dalam kereta, ustaz Hamdi dengan ramah memberi sedikit  penerangan tentang gaya hidup serta style rumah-rumah masyarakat setempat.  Disepanjang jalan, kedapatan banyak masjid yang tidak jauh jaraknya antara satu sama lain.  Menurut ustaz Hamdi lagi, kalau dari jauh, rumah-rumah di sini kelihatan seperti sebuah kotak, kerana ianya berbentuk square.


Ah, dua anak ustaz Hamdi dan anakku hanya mendiamkan diri.  Mungkin sedang tekun mendengar penerangan atau masing-masing masih malu-malu kucing untuk bertegur sapa.


Setengah jam kemudian, ustaz Hamdi memberhentikan keretanya di Albaik House.  Iaitu sebuah restaurant makanan segera ala kfc.  Undang-undang di Kota Makkah tidak membenarkan kaum wanita duduk makan di dalam restaurant, biar pun bersama keluarga.  So, setelah membeli makanan, ustaz Hamdi membawa kami bersantai di taman permainan di Khalidiah.  Hembusan anginnya seolah-olah berada di pantai.  Begitu Nyaman.  Yalah, sewaktu kami di sana, cuaca Makkah tidak begitu panas dan tidaklah sejuk.


Setiba di taman permainan, apa lagi, berkejar-kejaranlah ketiga-tiga anak itu.  Biar pun anakku tidak boleh berbahasa mereka, dan mereka tidak boleh berbahasa anakku, namun mereka kelihatan begitu mesra.


Menurut ustaz Hamdi, beliau dan isteri sengaja membawa kami ke situ, kerana ingin memberi peluang anakku beriadhah.  Beliau kagum melihat anakku yang baru berusia 11 tahun, namun tekun membantu kami dan bersungguh melakukan ibadah umrah tanpa sebarang rungutan.


Aku hanya tersenyum.  Di dalam hati tumbuh sedikit kebanggaan bila ada orang yang memuji anakku.  Namun cepat-cepat aku beristifar, takut riak menguasai hati.


“anak siapa pun, kalau dibiasakan sedari kecil membantu kita, pasti sifat itu menjadi darah daging mereka.  kebanyakkan anak-anak gulungan senasib kami mempunyai sifat-sifat sedemikian.  Mungkin pada mulanya mereka melakukan secara terpaksa, namun lama-kelamaan, sudah sebati dalam peribadi mereka.”

Terang aku dan suami kepada ustaz Hamdi dan isteri.


Pada hari itu, kami bersolat Asar di taman permainan sahaja.  Menurut ustaz Hamdi, sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat setempat solat di tempat awam.


Usai solat dan makan, ustaz Hamdi membawa kami ziarah ke tempat-tempat seperti Jabal Nur, Jabal Thur, masjid Jin, perkuburan Makla dimana terletaknya makam saidatina Khadijah dan beberapa tempat lagi.


Sebenarnya tempat-tempat itu telah kami lewati hari sebelumnya, namun menurut anakku, dia tak berpuashati kerana tidak dapat turun bergambar buat kenangan.


Pada hari itu, solat maghrib dan Ishaa kami juga di luar masjid Alharam.  Kami tiba semula di hotel tempat penginapan, hamper jam 9.00 malam.  kami juga tidak makan malam di hotel kerana masih kenyang dan siap diberi bekal lagi buat anakku.


Pada esok harinya Isnin, seperti juga hari-hari lalu, jam 3.30 pagi, kami mula bersiap-siap untuk ke masjid Alharam.  Biar pun waktu Subuh masuk jam 5.40, namun kami perlu pergi awal demi mengelakkan tidak dapat masuk masjid.


Hari itu sekali lagi ibadah umrah akan kami lakukan.  Pagi itu tempat Miqad iala di masjid Hudaibiah.  Lokasinya tidaklah begitu jauh dari kota Makkah.  Alhamdulillah, perjalanan pada pagi itu begitu lancer.


Jam 9.00, kami sudah pun tiba kembali ke hotel penginapan.  seketika naik ke bilik untuk memperbaharui wuduk, kemudian aku tiga beranak bersama-sama ahli rombongan lain bergerak ke masjid Alharam untuk menyempurnakan umrah ketiga dan terakhir.


Sesudah makan tengahhari, aku tiga beranak hanya berehat-rehat di bilik sahaja.  Sementara menunggu masa untuk ke Alharam kembali, aku membilik-bilik hp ku.  Terdapat satu message dari celcom, lantas aku membacanya.  Message itu rupanya pemberitahuan yang bil hp ku telah mencapai rm 220, dan meminta aku menjelaskan jika tidak mahu menghadapi sebarang masalah.


Erm, bagaimana itu terjadi?  Sedangkan aku telah pun melanggan package umrah7 yang bernilai rm100.  dan telah aku pastikan sewaktu hendak bermusafir, bil yang berakhir 24 Januari telah kubayar.  Dan telah dua hari aku tidak membuat panggilan bersuara kerana pada pengiraanku, masa yang diperuntukkan dalam package hamper habis aku gunakan.  Kerana malas nak menyakitkan hati, aku abaikan saja message itu.


Selasa, 3 Febuari, merupakan hari kedua terakhir kami di kota Makkah.  Dan bererti hanya tinggal sehari sahaja lagi kami dapat bermesra denga Alharam.  Terasa hiba pula hati ini bila mengenangkan saat perpisahan.  Mana kan tidak, kalau sewaktu first day kaki ini memijak Alharam,  bercucuran airmata kesyukuran tanda betapa hati ini bahagia dapat bertemu rumah yang agung yang disebut-sebut dalam kitab suci (alquraan), so ini kan pula waktuperpisahan.  Perpisahan yang belum pasti bila kan ketemu lagi.   Ah, gementar hatiku, bila mengenang saat itu.


Oleh kerana hari itu hari kedua terakhir aku di situ, aku mengajak anak dan suamiku pusing-pusing mall dan kedai kedai kecil di bawah hotel untuk membeli sedikit buah tangan buat keluarga dan teman-teman di tanah tumpah darahku.


Sedang aku melangkah keluar bilik, hp ku bergetar menandakan ada message.  Lantas message ku baca.  Ah, sedikit terkesima aku.  Dari celcom lagi.  Kali ini bil hp ku telah berjumlah rm 420.  bagai mana bil boleh meningkat sekali ganda?  sedangkan aku tidak langsung menggunakan hp sejak beberapa hari kebelakangan.  Dan voice mail juga telah aku nyah aktifkan sewaktu di Malaysia lagi.  Untuk call celcom Malaysia aku malas.  Kerana bila kita menghubungi celcom Malaysia, kita akan di charge rm 1.  kelak bertambah lagi bil aku.  Mahu tidak mahu, aku mengambil keputusan untuk membeli sym card Arab Saudi sahaja.


Melangkah sahaja masuk mall, aku meminta anakku mencari kedai prepaid dahulu.  Lama juga kami berpusing, yalah tempat tak biasa.  Sym card dijual dengan harga riyal 35 dan aku tambah lagi riyal 70.


Setelah urusan sym card ku selesai, kami bergerak pula dari satu kedai ke satu kedai melihat-lihat barangan yang dijual.  Dari dalam mall, ke luar mall.  Haha, kedai dalam mall tak boleh tawar menawar, so aku minta discountlah bila ada barang yang aku berkenan.     Boleh kan gitu?  Pada mulanya terdiam seketika pekedai tu.  Kemudian, dia berkata “halal, halal.”  Haha, bolehlah tu… dari rm 200 turun kepada rm 100. okaylah kan?


Jalan punya jalan, kami jumpa kedai 3 ringgit.  Yalah, banyak barangan di situ dijual dengan harga riyal 3.  contohnya minyak wangi botol kecil-kecil, inai, keychain dan tasbih kayu koka kata pemilik kedai.  Kalau beli barangan tersebut satu dozen, harganya hanya riyal 30.


Setelah membeli serba sedikit barang yang hendak dibawa pulang, aku tiga beranak naik ke bilik untuk bersiap-siap ke Alharam pula. sementara menunggu anak dan suamiku bersiap, aku call Malaysia.  Ah bagus juga rangkaian mobilly ksa, setiap kali selepas call, akan tertera message yang memberi tahu jumlah baki.  So ini bermaknya kita tahu berapakah jumlah wang yang telah kita gunakan.



bersambung

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.