assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, March 25, 2015

Renungan Asar



Hari ini saya berkesempatan ronda-ronda di alam maya.  Dalam ronda-ronda, saya ketemu dengan satu vidio yang mengutarakan rasa ketidak puasan hati terhadap kerajaan Terengganu yang melaksanakan penutupan gedung-gedung perniagaan pada waktu solat Jumaat.  Suara di dalam video itu merasakan kerajaan Terengganu telah menerobos ke dalam hak-hak peribadi orang awam.


Itu mungkin pada pandangan mata kita yang lemah iman.  Kalau budaya melayu yang entah dari mana asalnya, adik nak lepas, silakan.  Tetapi bukan dalam solat.  Kita berkewajiban ingat mengingat demi keutuhan agama Allah.


By the way, setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan buat kerajaan Terengganu/khasnya buat pak MB Dato Razif kerana telah menjalankan amanah Allah yang menyeru orang-orang beriman mendirikan solat sebagaimana yang terkandung di dalam surah Jumaat ayat 9.  maksudnya:

““wahai orang-orang yang beriman, apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu mengingat Allah, dan tinggalkanlah jual beli.  Yang demikian itu, lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.”

  Sekurangkurangnya beliau mula mengambil langkah pertama untuk meletakkan amanah Allah sebagai tanggungjawab utama di dalam pentadbiran beliau.


Setahu saya arahan penutupan perniagaan hanya terhadap kaum lalaki islam sahaja.  iaitu antara pukul 12.00 tengahhari hingga pukul 2.00 petang.  Tetapi sekiranya sesebuah perniagaan dikelolakan oleh kaum wanita, 
nah silakan berurusan.

Dalam jangka masa dua jam itu, kaum lelaki islam dilarang sama sekali berada di tempat-tempat awam termasuk berurusan jual beli.


Kan molek begitu.  Paling tidak, ia tidak menimbulkan fitnah pada agama suci ini.

Friday, March 20, 2015

Kobis/Cabbage



Nah, cuba anda baca article di bawah.  Menurut kajian, kobis yang mudah didapati dalam pasaran merupakan sejenis sayuran yang kaya dengan bahan-bahan pencegah penyakit barah.


The Latest News about Cabbage


Cancer prevention tops all other areas of health research with regard to cabbage and its outstanding benefits. More than 475 studies have examined the role of this cruciferous vegetable in cancer prevention (and in some cases, cancer treatment). The uniqueness of cabbage in cancer prevention is due to the three different types of nutrient richness found in this widely enjoyed food. The three types are (1) antioxidant richness, (2) anti-inflammatory richness, and (3) richness in glucosinolates.

What's New and Beneficial About Cabbage


  • Cabbage can provide you with some special cholesterol-lowering benefits if you will cook it by steaming. The fiber-related components in cabbage do a better job of binding together with bile acids in your digestive tract when they've been steamed. When this binding process takes place, it's easier for bile acids to be excreted, and the result is a lowering of your cholesterol levels. Raw cabbage still has cholesterol-lowering ability—just not as much as steamed cabbage.
  • Researchers now realize that different types of cabbage (red, green, and Savoy) contain different patterns of glucosinolates. This new knowledge means that your broadest health benefits from cabbage are likely to come from inclusion of all varieties in your diet.
  • Cabbage in general—but also Savoy cabbage in particular—turns out to be an especially good source of sinigrin. Sinigrin is one of the cabbage glucosinolates that has received special attention in cancer prevention research. The sinigrin in cabbage can be converted into allyl-isothiocyanate, or AITC. This isothiocyanate compound has shown unique cancer preventive properties with respect to bladder cancer, colon cancer, and prostate cancer.
  • In one recent study, short-cooked and raw cabbage were the only types of cabbage to show cancer-preventive benefits—long-cooked cabbage failed to demonstrate measurable benefits.
  • New research shows that steaming is a better cooking method than microwaving if you want to maximize the health benefits of glucosinolates found in cabbage. That's because two minutes of microwaving destroys the same amount of myrosinase enzymes as seven minutes of steaming, and you need those myrosinase enzymes to help convert cabbage's glucosinolates into cancer-preventive compounds.

Cabbage provides numerous health benefits including:

  • Anti-inflammatory benefits
  • Antioxidant properties
  • Detoxification benefits
  • Cancer prevention
  • Cardiovascular support
  • Digestive support


Nutritional Profile


Cabbage is an excellent source of vitamin K, vitamin C, and vitamin B6. It is also a very good source of manganese, dietary fiber, potassium, vitamin B1, folate and copper. Additionally, cabbage is a good source of choline, phosphorus, vitamin B2, magnesium, calcium, selenium, iron, pantothenic acid, protein, and niacin.


Copyright © 2015 The George Mateljan Foundation, All Rights Reserved
George Mateljan Foundation, PO Box 25801, Seattle, Washington 98165

Saturday, March 14, 2015

Alharam, kau kemas dalam memoriku



Rabu, 4 Feb, adalah hari terakhir aku di kota ibadah.  Itulah iktikaf terakhirku di masjid Alharam.  Subuh hari itu juga subuh terakhir aku bersolat di masjid penyatu umat rasul Saw..  Aku bersunguh mengerahkan hati dan segala panca indaraku agar tertumpu menghadap ilahi di dalam solatku. Aku benar-beanar ingin Allah pandang akan solat subuh itu adalah solat terbaik disisinya.


Aku perbanyakkan solat sunat taubat dan sunat hajat.  Mudah-mudahan Allah Azawajalla mengampunkan segala dosa yang telah ku lakukan, dan aku juga mengharapkan agar Allah mempermudahkan permusafiranku di kota barakah Madinah seperti mana Allah memudahkan laluanku sekeluarga di tanah suci Makah.  Tujuanku satu, menziarah rasul dan beribadah di masjid kecintaan baginda, masjid Nabawi.


Doa yang paling tulus jua ku himpun buat keluarga di tanah air, saudara-saudara seislam senegara, dan seluruh saudara islam diserata dunia.


Hari itu kami akan berangkat ke tanah barakah Madinah, di mana terletaknya masjid Nabawi dan makam junjungan agung rasul SAW.  Tepat jam 9.00 pagi, kesemua ahli rombongan dikehendaki meletakkan bagasi di luar bilik masing-masing untuk memudahkan para petugas Th travel menguruskan bagasi-bagasi tersebut ke dalam bas.


Lebih kurang jam 10.30, aku tiga beranak serta ahli rombongan lain bergerak bersama-sama ke masjid Alharam untuk melakukan tawaf Widak/Wadak (tawaf Perpisahan).  Sayu hatiku, mengalir air mataku karna terpaksa berpisah denganmu Alharam.  Disepanjang tawaf, dari lubuk hatiku yang paling dalam, aku sungguh berharap agar Allah rezkikan aku tiga beranak ke situ lagi. 


Antara perkara-perkara yang dilarang selepas tawaf Perpisahan ialah:
**tidur/berbaring di atas katil,
**membeli belah, kecuali makanan bekal di dalam perjalanan,
**memberi sedekah,
**memandang kaabah dengan niat ibadah ketika dalam perjalanan pulang dari melakukan tawaf Perpisahan
**iktikaf atau duduk beribadah di dalam Alharam selepas tawaf Widak
**merakam sebarang image menggunakan hp, camera/alat yang sewaktu dengannya.


Jika berlaku salah satu perkara di atas, akan membatalkan tawaf Perpisahan kita, lantas menyebabkan kita perlu melakukan tawaf Widak sekali lagi.  Semua larangan di atas tidak lagi menjadi larangan ke atas diri, setelah kita menaiki bas.


Tengahhari itu, kami hanya melakukan solat Zuhur di dalam bilik masing-masing.  Tepat jam 2.00 petang, bas mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan perkarangan hotelRotana yang terletak di bawah Menara Jam.


Sunyi di dalam bas, mungkin masing-masing sedang melayan kesayuan hati yang terpaksa berpisah dengan Alharam dan tanah kelahiran rasul SAW.  Hanya kedengaran suara anakku mengucapkan selamat tinggal Alharam dan Rotana sambil melambai-lambaikan tangannya.  Lama dia berkeadaan begitu.  Sehingga Alharam hilang dari pandangannya.


“ma, rasa nak duduk sinilah.”


Itu suara hati anakku yang diluahkan padaku.


Perjalanan dari kota Makah ke tanah barakah Madinah memakan masa lebih kurang 6 jam.  Di dalam perjalanan, bas hanya berhenti sekali sahaja untuk para penumpangnya menunaikan solat Asar.  Alhamdulillah, kami selamat tiba di Move In and Pick, hotel penginapan kami lebih kurang jam 8.00 malam.


Keesokkan harinya, Khamis, lebih kurang jam 7.30 pagi, aku tiga beranak serta ahli rombongan berkumpul di lobi untuk dibawa ke Raudhah dan makam rasul serta sahabat baginda.  Raudhah dan makam rasul serta sahabat terletak di masjid Nabawi.


Di dalam masjid Nabawi, jemaah lelaki dan perempuan terpisah secara total.  Pintu untuk memasuki masjid itu juga berlainan.  Tercuit sedikit hatiku dengan rasa resah, yalah, kalau boleh aku tidak mahu memenatkan anakku untuk menghantar aku dan kemudian keluar mencari pintu untuk dia dan papanya pula.  Demi menghalau rasa resah itu, aku perbanyakkan istifar.  Untuk menghiburkan hati,  aku renung kembali perjalanan aku di Makkah, betapa kami dipermudahkan.  So, di tanah barakah itu juga pasti Allah tidak akan membiarkan hamba-hambanya yang memohon pertolongan dariNYA.


Dalam masa aku menikmati manisnya waktu di Alharam, ustaz Th travel sedang membahagi-bahagikan kumpulan mengikut jantina.  Tetiba aku disapa oleh seorang jemaah wanita.


“jum ikut saya.”  Sambil tanganku dipegang.


“ah, Alhamdulillah.”  Syukurku di dalam hati.


Sejak saat itu, setiap waktu solatku, puan Madiha dan suaminya en. Normaidin setia bersama aku tiga beranak ke masjid Nabawi.


Alhamdulillah, aku dapat masuk Raudhah tanpa mengalami sebarang incident yang tidak diingini.  Aku juga dapat bersolat sunat beberapa rakaat dan berdoa dengan selesanya.  Jemaah hanya dapat memberi salam kepada baginda rasul dan sahabat dari luar sahaja.  Seluruh ruang perkuburan baqiq ditutupi dengan  dinding.


Sewaktu aku berada di Madinah, cuacanya  agak panas sedikit disiang hari, sementara  di waktu malamnya,angin berhembus agak sejuk.


Menurut puan Madiha/kak Madiha, bumbung kubah masjid Nabawi begitu unik.  Bumbungnya akan terbuka dan tertutup secara automatik bila tiba waktu-waktu tertentu.  Contohnya, sedang azan Maghrib berkumandang bumbung akan terbuka perlahan-lahan.  Begitu juga bila tiba mentari mula menyapa, bumbung akan tertutup perlahan-lahan.  Sementara di dataran masjid pula terdapat paying-payung yang memayungi pengunjung dari dibakar mentari.  Dan kaedah yang sama juga diaplikasikan.  Akan menguncup bila tiba malam, dan mengembang bila mentari meninggi.  Ah,tapi sayang seribu kali sayang, cameraboy ku berada jauh dariku.


Sabtu, 7 Febuary.


Tepat jam 7.00 pagi, semua ahli rombongan berkumpul di lobi untuk aktiviti ziarah.  Tempat yang pertama kami singgah ialah masjid Quba.  Di mana masjid itu adalah masjid yang pertama rasul SAW dirikan dan di situlah khutbah Jumaat pertama rasul SAW.  Di situ, semua jemaah dibenarkan turun untuk mendirikan solat sunat.  Sabda rasul, “sesiapa yang mendirikan solat dua rakaat di masjidku, pahalanya seumpama sekali umrah”.  So aku kira pasti setiap jemaah tidak melepaskan begitu sahaja peluang yang terhampar.  Dan aku?  Alhamdulillah, kak Madiha masih sudi menghulurkan tangannya untuk aku menumpang mata beliau.  Kalau tidak, pasti anakku agak kepenatan kerana terpaksa mencari-cari ruangdi celah-celah ribuan manusia untuk menempatkan aku.  Dan kemudian dia terpaksa pula keluar masjid untuk dia dan papanya mencari bahagian lelaki pula.  Yalah, bukan mudah bergerak di celah-celah ribuan manusia.


Selesai para jemaah mengerjakan solat sunat,  bas meneruskan perjalanan ke bukit Uhud.  Di mana kisahnya terkandung di dalam Alquran.  Di situ para jemaah dibenarkan turun untuk melihat-lihat pemandangan serta menghirup udara segar dan yang paling utama, menghayati akan punca-punca kekalahan umat islam di dalam peperangan tersebut.  Di situ juga terdapat banyak jerai-gerai yang menjual kurma.


Seketika di bukit Uhud, kemudian bas melintasi masjid qiblatain.  Setiba di kebun kurma dan pasar kurma, para jemaah dibenarkan turun untuk memilih kurma yang berkenan dihati untuk dibeli buat diri sendiri mahu pun dijadikan buah tangan.  Dikedua-dua tempat itu terdapat pelbagai jenis kurma dan pelbagai harga pula.


Alhamdulillah kami tiba semula di hotel penginapan sebelum Zuhur.  Waktu-waktu solat di kota Madinah lebih kurang waktu solat di tanah suci Makah sahaja.


Keesokan harinya, Ahad, 8 Feb,merupakan hari terakhir kami di kota Madinah.  Itu bererti akan berakhirlah permusafiran aku tiga beranak.


Tepat jam 9.00 pagi, semua jemaah diminta menghantar bagasi masing-masing ke lobi untuk para petugas memasukkan ke dalam bas.  Sewaktu kami di Malaysia lagi, kami diingatkan, bahawa sudah menjadi kebiasaan, samada di airport atau hotel-hotel, jika menggunakan troli atau perkhidmatan bellboy, hendaklah diberi wang sebagai penghargaan mungkin.  So setiap kali kami menggunakan perkhidmatan mereka, kami akan menghulur riyal 10, tetapi masing-masing menolak dengan kata-kata, “doa, doa”.  maka fahamlah kami setiap tenaga yang dihulurkan buat kami, semuanya minta dibalas dengan doa ikhlas kami.  Inshaallah, di dalam setiap solatku, doa untuk semua orang yang pernah berbuat baik padaku tidak akan ku tinggalkan secara sengaja.


Selepas berjamu selera buat terakhir kali di Madinah, dan menunaikan solat terakhir di kota kecintaan rasul, lebih kurang jam 1.30 tengahhari, bas mula bergerak meninggalkan Move In And Pick tempat kami bermaustatin buat beberapa hari.  Selamat tinggal rasul SAW, selamat tinggal saidina Abu Bakar dan selamat tinggal saidina Omar.  “Inshaallah, moga allah merezkikan kita ketemu lagi.”  Doaku di dalam hati.


Tidak sampai satu jam perjalanan, kami tiba di airport Madinah.  Alhamdulillah, segala proses immigration berjalan lancer.  Flight kami dijadualkan pada pukul 5.20 petang.  Tetapi oleh kerana dibimbangi perjalanan bas tidak lancer dan proses immigration memakan masa, maka itulah kami terpaksa meninggalkan hotel penginapan 4 jam lebih awal.


Di dalam flight, atas ketentuan Allah, Alhamdulillah nama aku tiga beranak turut tersenarai untuk duduk ditempat duduk business class.  Kalau nak beli sendiri, hanya di dalam mimpi sajalah.  “terima kasih Th travel, kerana telah memilih nama kami sebagai salah seorang penumpang business class.”  Alhamdulillah, flight selamat mendarat di airport Klia lebih kurang jam 6.30 pagi Isnin.


Setelah melalui perjalanan panjang, Alhamdulillah aku tiga beranak selamat sampai ke “our sweet home”, lebih kurang jam 9.00 pagi.


Terima kasih ya Allah, di atas kurnianmu, permusafiran kami success.  Di kesempatan ini jua, ingin kami mengucapkan jutaan terima kasih buat puan hajah/kak Madiha dan suami tuan Haji Normaidin kerana telah banyak membantu kami sewaktu di Madinah.  Kebaikan kalian sememangnya tidak mungkin terbalas dek kami.  Namun Inshaallah Allah pasti memandang akan setiap huluran tangan kalian buat kami.  Inshaallah akak dan abang, di dalam setiap solat kami, doa yang paling ikhlas kami himpunkan buat kalian sekeluarga.


Terima kasih jua buat puan hajah/auntie Khairiah dan suami tuan Haji/uncle Maulud, di atas kesudian kalian menjadikan kami sebahagian dari teman rapat kalian.  Sungguh, diantara ratusan ahli rombongan, kalian tidak langsung kelihatan canggung untuk bersimbang dengan kami.  Thanks auntie and uncle.  May Allah memandang apa yang telah kalian lakukan, karna sesungguhnya, mengembirakan orang lain juga sedekah.


kita sering memandang seseorang Oku pengelihatan hanya pada satu sudut sahaja.  nampak sahaja dia Oku pengelihatan, terbayang di dalam kepala kita, pasti duit diperlukan.  Apa kata mulai saat dan tika ini, cuba kita lebih cakna/peka apakah keperluan seseorang Oku pengelihatan yang berada bersama kita.

Thursday, March 5, 2015

Musafir Seorang Aku5



Ahad, 1 Feb.  Alhamdulillah, Allah masih memberi aku tiga beranak kesihatan yang baik untuk meneruskan perhambaan di tanah suci itu.  Hari itu tiada aktiviti berkumpulan.  Lebih kurang jam 9.00, kami sekali lagi ke Alharam, untuk melihat kalau-kalau ada ruang untuk kami celah untuk melakukan tawaf sunat.  Alhamdulillah, pagi itu orang tidaklah begitu padat seperti Sabtu dan Jumaat.  Usai solat sunat tawaf, dapatlah kami seketika berdampingan dengan kain kaabah dan menikmati keharuman wangian darinya.  Dan Alhamdulillah, kami juga berkesempatan berdiri di hadapan Multazam untuk berdoa.  Di mana ianya satu tempat yang mustajap untuk berdoa.

Tempat-tempat mustajap untuk berdoa antaranya:
Hadapan Multazam
Hijir Ismial
Belakang Makam nabi Ibrahim


Tengahhari itu, sedang kami berjalan keluar dari restaurant hotel, tetiba anakku menjerit kecil nama ustaz Hamdi.  Usai bersalaman dengan suami dan anakku, beliau memberi tahu, bahawa kedatangan beliau kali ini adalah ingin membawa kami berziarah keliling kota Makkah.


“kalau kita niat ziarah, kita dapat pahala.”  Beri tahu ustaz Hamdi kepada kami.


Oh rupanya ustaz Hamdi tidak keseorangan.  Di dalam kereta sedia menunggu isteri dan dua anak kecilnya Hatim 4 tahun, dan Mukminah 8 tahun.  ah, ini bermakna anakku pasti gembira kerana dapat kawan baru.


Sewaktu di dalam kereta, ustaz Hamdi dengan ramah memberi sedikit  penerangan tentang gaya hidup serta style rumah-rumah masyarakat setempat.  Disepanjang jalan, kedapatan banyak masjid yang tidak jauh jaraknya antara satu sama lain.  Menurut ustaz Hamdi lagi, kalau dari jauh, rumah-rumah di sini kelihatan seperti sebuah kotak, kerana ianya berbentuk square.


Ah, dua anak ustaz Hamdi dan anakku hanya mendiamkan diri.  Mungkin sedang tekun mendengar penerangan atau masing-masing masih malu-malu kucing untuk bertegur sapa.


Setengah jam kemudian, ustaz Hamdi memberhentikan keretanya di Albaik House.  Iaitu sebuah restaurant makanan segera ala kfc.  Undang-undang di Kota Makkah tidak membenarkan kaum wanita duduk makan di dalam restaurant, biar pun bersama keluarga.  So, setelah membeli makanan, ustaz Hamdi membawa kami bersantai di taman permainan di Khalidiah.  Hembusan anginnya seolah-olah berada di pantai.  Begitu Nyaman.  Yalah, sewaktu kami di sana, cuaca Makkah tidak begitu panas dan tidaklah sejuk.


Setiba di taman permainan, apa lagi, berkejar-kejaranlah ketiga-tiga anak itu.  Biar pun anakku tidak boleh berbahasa mereka, dan mereka tidak boleh berbahasa anakku, namun mereka kelihatan begitu mesra.


Menurut ustaz Hamdi, beliau dan isteri sengaja membawa kami ke situ, kerana ingin memberi peluang anakku beriadhah.  Beliau kagum melihat anakku yang baru berusia 11 tahun, namun tekun membantu kami dan bersungguh melakukan ibadah umrah tanpa sebarang rungutan.


Aku hanya tersenyum.  Di dalam hati tumbuh sedikit kebanggaan bila ada orang yang memuji anakku.  Namun cepat-cepat aku beristifar, takut riak menguasai hati.


“anak siapa pun, kalau dibiasakan sedari kecil membantu kita, pasti sifat itu menjadi darah daging mereka.  kebanyakkan anak-anak gulungan senasib kami mempunyai sifat-sifat sedemikian.  Mungkin pada mulanya mereka melakukan secara terpaksa, namun lama-kelamaan, sudah sebati dalam peribadi mereka.”

Terang aku dan suami kepada ustaz Hamdi dan isteri.


Pada hari itu, kami bersolat Asar di taman permainan sahaja.  Menurut ustaz Hamdi, sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat setempat solat di tempat awam.


Usai solat dan makan, ustaz Hamdi membawa kami ziarah ke tempat-tempat seperti Jabal Nur, Jabal Thur, masjid Jin, perkuburan Makla dimana terletaknya makam saidatina Khadijah dan beberapa tempat lagi.


Sebenarnya tempat-tempat itu telah kami lewati hari sebelumnya, namun menurut anakku, dia tak berpuashati kerana tidak dapat turun bergambar buat kenangan.


Pada hari itu, solat maghrib dan Ishaa kami juga di luar masjid Alharam.  Kami tiba semula di hotel tempat penginapan, hamper jam 9.00 malam.  kami juga tidak makan malam di hotel kerana masih kenyang dan siap diberi bekal lagi buat anakku.


Pada esok harinya Isnin, seperti juga hari-hari lalu, jam 3.30 pagi, kami mula bersiap-siap untuk ke masjid Alharam.  Biar pun waktu Subuh masuk jam 5.40, namun kami perlu pergi awal demi mengelakkan tidak dapat masuk masjid.


Hari itu sekali lagi ibadah umrah akan kami lakukan.  Pagi itu tempat Miqad iala di masjid Hudaibiah.  Lokasinya tidaklah begitu jauh dari kota Makkah.  Alhamdulillah, perjalanan pada pagi itu begitu lancer.


Jam 9.00, kami sudah pun tiba kembali ke hotel penginapan.  seketika naik ke bilik untuk memperbaharui wuduk, kemudian aku tiga beranak bersama-sama ahli rombongan lain bergerak ke masjid Alharam untuk menyempurnakan umrah ketiga dan terakhir.


Sesudah makan tengahhari, aku tiga beranak hanya berehat-rehat di bilik sahaja.  Sementara menunggu masa untuk ke Alharam kembali, aku membilik-bilik hp ku.  Terdapat satu message dari celcom, lantas aku membacanya.  Message itu rupanya pemberitahuan yang bil hp ku telah mencapai rm 220, dan meminta aku menjelaskan jika tidak mahu menghadapi sebarang masalah.


Erm, bagaimana itu terjadi?  Sedangkan aku telah pun melanggan package umrah7 yang bernilai rm100.  dan telah aku pastikan sewaktu hendak bermusafir, bil yang berakhir 24 Januari telah kubayar.  Dan telah dua hari aku tidak membuat panggilan bersuara kerana pada pengiraanku, masa yang diperuntukkan dalam package hamper habis aku gunakan.  Kerana malas nak menyakitkan hati, aku abaikan saja message itu.


Selasa, 3 Febuari, merupakan hari kedua terakhir kami di kota Makkah.  Dan bererti hanya tinggal sehari sahaja lagi kami dapat bermesra denga Alharam.  Terasa hiba pula hati ini bila mengenangkan saat perpisahan.  Mana kan tidak, kalau sewaktu first day kaki ini memijak Alharam,  bercucuran airmata kesyukuran tanda betapa hati ini bahagia dapat bertemu rumah yang agung yang disebut-sebut dalam kitab suci (alquraan), so ini kan pula waktuperpisahan.  Perpisahan yang belum pasti bila kan ketemu lagi.   Ah, gementar hatiku, bila mengenang saat itu.


Oleh kerana hari itu hari kedua terakhir aku di situ, aku mengajak anak dan suamiku pusing-pusing mall dan kedai kedai kecil di bawah hotel untuk membeli sedikit buah tangan buat keluarga dan teman-teman di tanah tumpah darahku.


Sedang aku melangkah keluar bilik, hp ku bergetar menandakan ada message.  Lantas message ku baca.  Ah, sedikit terkesima aku.  Dari celcom lagi.  Kali ini bil hp ku telah berjumlah rm 420.  bagai mana bil boleh meningkat sekali ganda?  sedangkan aku tidak langsung menggunakan hp sejak beberapa hari kebelakangan.  Dan voice mail juga telah aku nyah aktifkan sewaktu di Malaysia lagi.  Untuk call celcom Malaysia aku malas.  Kerana bila kita menghubungi celcom Malaysia, kita akan di charge rm 1.  kelak bertambah lagi bil aku.  Mahu tidak mahu, aku mengambil keputusan untuk membeli sym card Arab Saudi sahaja.


Melangkah sahaja masuk mall, aku meminta anakku mencari kedai prepaid dahulu.  Lama juga kami berpusing, yalah tempat tak biasa.  Sym card dijual dengan harga riyal 35 dan aku tambah lagi riyal 70.


Setelah urusan sym card ku selesai, kami bergerak pula dari satu kedai ke satu kedai melihat-lihat barangan yang dijual.  Dari dalam mall, ke luar mall.  Haha, kedai dalam mall tak boleh tawar menawar, so aku minta discountlah bila ada barang yang aku berkenan.     Boleh kan gitu?  Pada mulanya terdiam seketika pekedai tu.  Kemudian, dia berkata “halal, halal.”  Haha, bolehlah tu… dari rm 200 turun kepada rm 100. okaylah kan?


Jalan punya jalan, kami jumpa kedai 3 ringgit.  Yalah, banyak barangan di situ dijual dengan harga riyal 3.  contohnya minyak wangi botol kecil-kecil, inai, keychain dan tasbih kayu koka kata pemilik kedai.  Kalau beli barangan tersebut satu dozen, harganya hanya riyal 30.


Setelah membeli serba sedikit barang yang hendak dibawa pulang, aku tiga beranak naik ke bilik untuk bersiap-siap ke Alharam pula. sementara menunggu anak dan suamiku bersiap, aku call Malaysia.  Ah bagus juga rangkaian mobilly ksa, setiap kali selepas call, akan tertera message yang memberi tahu jumlah baki.  So ini bermaknya kita tahu berapakah jumlah wang yang telah kita gunakan.



bersambung