assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Friday, February 27, 2015

Musafir Seorang Aku4



Sabtu, 31 January, hari ketiga aku dan keluarga di Makkah.  Hari itu kami dijadualkan berziarah dan mengerjakan umrah kali kedua.  Untuk mengerjakan umrah, rukun pertamanya ialah niat.  Maka untuk berniat ,kita mestilah keluar dari tanah haram iaitu Makkah ke tanah halal.  pada hari itu, aku dan ahli rombongan telah dijadualkan ke Jaraknah untuk berniat ehram.


Seperti juga hari pertama, tepat jam 7.00 pagi, setiap ahli rombongan diminta berkumpul di lobi 11 untuk sama-sama bergerak menaiki bas di ground 0.  namun jadual perjalanan kami pada hari itu agak terganggu dek kesesakkan yang berlaku dipersekitaran jalan masjid Alharam.  Seperti mana yang telah aku catatkan sebelum ini, bahawa Jumaat dan Sabtu merupakan cuti hujung minggu penduduk Negara ini, maka pada setiap hujung minggulah jalan-jalan di sekitar Alharam menjadi lebih sibuk dari biasa.


Bas  yang hendak kami naiki hanya dapat memasuki perkarangan hotel, lebih kurang jam 8.00.  ini bermakna jadual perjalanan kami telah terbuang selama 1 jam.  Pun begitu, tiada terdengar sebarang rungutan dari para jemaah, mungkin masing-masing faham, pasti ada hikmah disebaliknya atau masing-masing sedang menjaga adab di tanah haram.


Ah, jalan di kota Makkah pagi itu benar-benar sibuk.  Pergerakan bas juga tidak lancer. Terpaksa berhenti-henti.  Apa yang dapat aku perhatikan, pemandu bas di sini seolah-olah benar-benar terlatih dari segi pemanduan dan imosi.  Tiada terdengar satu rungutan pun yang keluar dari mulutnya dan cara beliau break bas juga smooth.   tak terasa badan kita terhinggut-hinggut ke depan dan kebelakang.


Demi menjimatkan masa, mutawif mencadangkan agar bas hanya berhenti di Jabal Rahmah sahaja.  Tempat lain-lain tu, bas perlahankan pergerakan, dan mutawif akan memberi penerangan.


Kalau tak silap ingatanku, bas kami melintasi Jabal Nur di mana terletaknya gua Hira tempat pertama rasul SAW menerima wahyu.  Bas kami juga melintasi Jabal Thur di mana tempat persembunyian Rasul SAW dan sahabat baginda Saidina Abu Bakar.  Kemudian bas melalui Mina, Muzdalifah serta Arafah di mana tempat-tempat itu wajib dikunjungi bagi jemaah haji.


Memandangkan bas rombongan terlalu banyak dan orang ramai bersesak-sesak hendak menaiki  bukit Rahmah, mutawif mencadangkan agar kami hanya turun seketika sahaja, sekadar menghirup udara setempat.


Kami tiba di masjid Jaraknah lebih kurang jam 10.30.  di sini, ahli rombongan dibenarkan turun untuk bersolat sunat ehram serta melakukan urusan yang berkaitan tandas.  Sebelum bas bergerak pulang ke Alharam, kami diingatkan agar berniat.  Alhamdulillah, Kami tiba semula di masjid Alharam hamper Zuhur.  Ini bermakna kami terpaksa melakukan umrah sesudah Zuhur.


Usai solat Zuhur, kami makan tengahhari demi memberi keselesaan kepada perut masing-masing sebelum mengerjakan umrah.


Umrah aku tiga beranak kali ini dipandu oleh ustaz Hamdi iaitu tamu kami semalam.  Beliau telah menunggu kami  sebelum waktu Zuhur lagi.  Makan tengahhari juga dilayan oleh beliau.  Sesudah makan, kami dibenarkan naik ke bilik untuk memperbaharui wuduk dan segala urusan remeh temeh.  Almaklumlah umrah kali ini akan berterusan sehingga asar.


Lebih kurang jam 2.30 petang, kami mula bergerak ke Alharam untuk menyempurnakan umrah.  Selesai tawaf, ustaz Hamdi meletakan kami betul-betul di belakang makam nabi Ibrahim (makam nabi Ibrahim ialah bekas-bekas tapak kaki baginda) untuk bersolat sunat tawaf dan berdoa.  Kemudian kami diletakkan betul-betul dihadapan Multazam untuk berdoa.  Usai berdoa, kami dibawa ke ruang saie.


Sebelum memulakan saie, ustaz Hamdi membawa kami ke tempat air zamzam.  Secawan zamzam telah diberi kepada kami setiap seorang.  Dan kami juga diberi secawan lagi untuk membasuh muka.  Di situ memang disediakan besen untuk mereka yang ingin menyegarkan wajah dengan air zamzam.


Sebelum sempat kami menyelesaikan saie, qamat untuk sola Asar berkumandang, maka kami hentikan terlebih dahulu ibadah Saie lantas turut berimam solat Asar.  Usai solat jenazah, kami sambung kembali ibadah Saie yang hanya tinggal dua pusingan sahaja lagi.


Selesai Saie, kami bertahlul (bergunting rambut) tanda sempurnalah sudah ibadah umrah kedua kami.


Rukun-rukun di dalam umrah:
I  nia
II  tawaf
III  saie
IV  bertahlul


Usai menyempurnakan umrah, kami pulang ke hotel untuk merehatkan badan biar seketika Cuma.  Aku tahu, anakku begitu penat.  Manakan tidak sedari jam 3.30 pagi, dia belum lagi merebahkan badannya ke katil.  Pun begitu, Alhamdulillah dia masih bersungguh dalam mengerjakan umrahnya.


Jujur aku katakan, umrah keduaku lebih menginsafkan diri ini.  Kalau di dalam umrah pertama, airmata Tawaf dan Saieku lebih kepada keterujaan dapat menjejakkan kaki ke masjid Alharam serta kesyukuran yang mendalam kepada ilahi kerana diri kerdil ini turut menjadi pilihan Allah Azawajjala.  Tetapi airmata Tawaf dan Saieku kali ini benar-benar menginsafkan serta terasa betapa diri ini adalah seorang pendosa.


Disepanjang proses Tawaf dan Saie, tidak putus-putus aku bermohon keampunan dari ilahi agar setiap dosa yang pernah ku lakukan dari sekecil-kecil dosa sehinggalah sebesar-besar dosa diberi pengampunan .


Terasa diri ini tiada nilai disisi DIA Yang Maha Pencipta.  Betapa tidak, Hajar, nabi Ismail dan nabi Ibrahim bekorban demi agama Allah.  Dan begitu juga rasul sAW yang bekorban harta dan nyawa sendiri demi membangunkan sebuah agama suci lagi benar.  Namun aku?  Langsung tiada sumbangan terhadap shiar islam.  Hanya cukup sekadar bersyukur dengan apa yang sedang aku kecapi hari ini.


Ya Allah,berilah aku kekuatan untuk memlihara tingkah laku diri ini agar sentiasa mentaati perintahMu serta menjauhi segala laranganMu.  Jua aku memohon moga aku diberi kekuatan untuk membentuk keluargaku di atas jalan yang Kau redha’i.  sungguh aku mengharapkan agar suatu hari kelak, hasil asuhan tangan ini, akan lahir seorang hambamu yang bermunafaat kepada agama benarMu.  Inshaallah, amin.


bersambung

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.