assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Monday, February 23, 2015

Musafir Seorang Aku3



Alhamdulillah, segala urusan immigration dan pengambilan bagasi berjalan lancar.  Kami sedikit lewat  masuk ke Makkah disebabkan terpaksa menunggu bas yang agak lama.


Apabila bas mula memasuki tanah suci Makkah, mutawif mula mengetuai bacaan doa memasuki Makkah.  Menitis airmataku, kerana betapa kerdilnya diri ini kurasakan.  Dan betapa Allah telah mengkabulkan doa hamba-hambanya selagi ia kea rah kebaikan.


Perjalanan dari terminal Haji Jeddah ke Masjid Alharam lebih kurang 1 jam.  Kami tiba di hotel penginapan yang mana terlalu hamper dengan masjid alharam, lebih kurang jam 4.30 subuh.  Namun menurut Mutawif, untuk terus melakukan tawaf umrah masanya terlalu suntuk.  Kerana proses chack in dan pengambilan bagasi akan mengambil masa lebih kurang 1 jam.  So kami disarankan bersolat ddalam bilik masing-masing atau di dataran masjid alharam sahaja.


Lebih kurang jam 7.00 pagi, setelah sarapan, setiap ahli rombongan diminta berkumpul di lobi 11 untuk sama-sama bergerak ke masjid alharam untuk mengerjakanumrah pertama.  Oh ya tempat miqad (tempat berniat ehram) bagi jemaah Malaysia yang terus ke Makkah, ialah di Karnul Manazil.


Alhamdulillah setelah kakiku memijak bumi Alharam, terasa bagai terangkat segala kepayahan.  Tiada sedikit pun tercalit rasa itu di dalam hatiku.  Dengan pimpinan Allah Azawajjala yang diperantarakan kepada anakku,  setiap langkah terasa mudah dan lancar miski dicelah lautan manusia.


Apabila kakiku melangkah ke dalam Masjid Alharam, seluruh jiwa nurani mengalami suatu perasaan yang tidak mungkin dapat aku gambarkan dengan kata-kata.  Biar pandangan mataku kosong, namun cahaya Alharam terang bersinar di dalam jiwa nurani yang kerdil ini. dan tatkala anakku membisikkan,  “ma, kita menghadap ke Kaabah”.  Dadaku hebat berdegup.  Serrentak itu juga airmataku mengalir kepipi sambil hatiku berdoa.  Dalam kesayuan, aku mengikuti bacaan doa  melihat kaabah yang diketuai oleh mutawif.


Setelah selesai berdoa, mutawif terus memandu kami ke tempat tawaf untuk memulakan tawaf umrah.  dan selesai tawaf, kami terus ke tempat saie.  Selesai saie, lantas bertahlul (bergunting rambut).  Alhamdulillah, kami selesai mengerjakan umrah pertama lebih kurang jam 9.00 pagi.


Kemudian mutawif membawa kami balik ke hotel.  Aku tiga beranak serta ahli rombongan lain lantas naik ke bilik masing-masing untuk merehatkan badan sementara menunggu waktu Zohur.


Setiba sahaja aku tiga beranak di bilik kami, anakku tanpa berlengah terus melompat ke katil.  Selang beberapa ketika, dengkuran halus kedengaran,mungkin terlalu letih agaknya dia dek perjalanan yang panjang dan diburukkan lagi dek hidungnya yang berair.  Pun begitu, Alhamdulillah, Allah masih memberi dia kekuatan untuk menyelesaikan umrah tanpa sebarang rungutan.  Selang beberapa minit kemudian, suamiku juga turut memasuki alam lena.


Setelah memberi kesegaran tubuh, aku mula bermain-main dengan hp ku.  Sebelum ke tanah suci, aku telah merisik-risik selcom tentang syarikat komunikasi apakah yang bekerjasama dengannya.  Aku masuk network,lantas menukarkan kepada rangkaian mobilly ksa.  Aku malas nak tukar sym card Arab Saudi.  Lalu aku menggunakan package umrah yang disediakan oleh selcom Malaysia.  Aku dengan senang hati melanggan package umrah 7 hari.  Package tersebut menyediakan:
55 minit panggilang bersuara,  100 sms dan internat tanpa had.  Setelah selcom aktifkan package yang ku langgan, aku menghubunggi kedua-dua ibu bapaku dan ibu bapa mertuaku untuk mengkabarkan akan perihal kami tiga beranak.


Lebih kurang jam 11 pagi, aku mengejutkan suami dan anaaku untuk bersiap-siap ke masjid Alharam bersolat zohor.  Waktu Zohor di Makkah lebih kurang jam 12.35 tengahhari.  Jam 11.30, kami tiga beranak mula melangkah ke masjid Alharam.  Alhamdulillah, dengan kehendak Allah, anakku dengan mudah mengecam jalan dan pintu masjid yang berhampiran dengan hotel kami yang telah ditunjuk oleh mutawif pagi tadi.  Perjalanan kami dari hotel ke masjid tak sampai 10 minit.


Alhamdulillah, atas rahmat Allah, sewaktu di dalam masjid, begitu mudah anakku mencariku setelah selesai solat.  Ruang solat perempuan dan lelaki dipisahkan.  Usai solat Zohor, kami pulang ke hotel untuk makan tengahhari.  Makan tenggahhari selepas Zohor, makan malam selesai Ishaa dan sarapan usai solat Subuh.


Setelah berjamu selera, kami naik ke bilik untuk bersantai seketika.  Jam 3.00 kami ke masjid untuk Asar pula.  Waktu Asar lebih kurang jam 3.45 petang.  Oleh kerana hotel kami tidak jauh, maka setelah Asar kami sekali lagi pulang ke bilik untuk memperbaharui wuduk.  Lebih kurang jam 5.15, kami ke masjid lagi untuk Maghrib dan Ishaa pula.Maghrib lebih kurang jam 6.30 petang, dan Ishaa 7.35 malam.


Keesokkan harinya, Jumaat merupakan hari kedua kami di Makkah.  Hari itu tiada aktiviti berkumpulan.  Masing-masing mencari haluan sendiri.


Selesai bersarapan di pagi itu, kami tiga beranak hanya bersiar-siar di dalam mall dan gerai-gerai kecil di luar mall.  Mall dan gerai-gerai kecil terletak di bawah hotel yang kami huni.  Oleh kerana hari itu hari Jumaat, maka harus cepat ke masjid.  Seawall jam 10.00.  kalau terlewat sukar untuk masuk masjid.  Hanya dapat bersolat di dataran masjid sahajalah.


Selesai solat Asar, sedang kami berehat-rehat di bilik, kami didatangi tamu.   Tamu tersebut pernah menjadi customer suamiku sewaktu tamu itu berkunjung ke Malaysia.  Setelah beliau memperkenalkan dirinya dan ahli keluarga beliau, beliau memberitahu bahawa temannya di Malaysia memberi tahu beliau yang suamiku dan keluarga berkunjung ke Makkah.  Oh ya,tamu kami itu adalah orang Patani kelahiran Makkah.  Maka bolehlah beliau bercakap melayu walau pun tak lancar.


Di Makkah,  cuti hujung minggu ialah pada hari Jumaat dan Sabtu.  Maka kebiasaannya, pada hari-hari tersebut, masjid Alharam akan lebih padat dari hari-hari biasa, kerana kebanyakkan penduduk di sini mengambil kesempatan untuk melakukan umrah.


Setengah jam berborak, tamu kami memohon diri.  Dan dia berjanji untuk mengunjungi kami lagi bila terluang.


bersambung

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.