assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, February 17, 2015

Musafir Seorang Aku2



Alhamdulillah lebih kurang dalam tempoh seminggu, segala dokumen yang diperlukan telah lengkap kami sediakan.  Jumaat 26 Disember, kami sekali lagi ke Th travel untuk menyerahkan dokumen yang dikehendaki beserta bayaran lengkap.


Setelah menyerahkan segala dokumen dan bayaran, kami diberi tiga buah beg besar, tiga buah beg sandang, sepasang kain eharam untuk tiap seorang gentleman beserta sehelai telekung untukku.  Kami juga diberi jadual perjalanan.  Kami akan terus ke Jedah.  Ini bermakna orang lelaki akan memakai kain ehram di airport KLIA.  Dan setiba sahaja di Makkah, kami akan terus mengerjakan umrah.


Setelah selesai berurusan kami pulang dengan pelbagai perasaan di dalam hati masing-masing.  Sebelum kami pulang, sempat pegawai yang menguruskan tempahan kami memberi nasihat yang ringkas namun begitu besar ertinya.


“akak dan abang betulkan niat, pergi lillahhi taala, Inshaallah, allah mudahkan segala-galanya di sana kelak.”


Aku hanya menganggukkan kepala tanda memahami akan nasihat keramat dari pegawai tersebut.  Sebelum berundur kami mengucapkan terima kasih.


Hari terus berlalu.  Hatiku kian gementar dalam penantian.  Pelbagai persoalan mula bermain dibenakku.


“mampukah anak bujangku mengelolakan ibu dan ayah nya di celah-celah ratusan ribu manusia?”


Aku juga takut, kalau-kalau segala dosa yang ku lakukan selama ini diberi pembalasan di tanah suci itu.


Dan pelbagai lagi persoalan satu persatu meliar dibenakku.  Dari yang remeh sehingga yang agak berat.


Demi membuang segala rasa  yang kurang enak, aku perbanyakkan solat taubat dan hajat.  Teringat aku akan kata-kata orang bijak pandai agama, bahawa sentiasa bersanggka baik dengan Allah, kerana Allah maha penyayang dan maha pemberi rahmat.  Untuk menguatkan spiritualku,  disetiap masa lapang, aku isi dengan ungkapan astifar dan membaca alquraan.


28 January, tibalah hari yang ditunggu-tunggu.  Alhamdulillah, hatiku terasa tenang.  Tiada lagi persoalan-persoalan liar bertenggek dibenakku.  Aku hanya pasak kedalam hati yang paling dalam, bahawa aku pergi semata-mata untuk beribadah kepada Allah yang Maha esa.


Pada hari itu, anakkulah orang yang paling gembira.  Manakan tidak, 28 January merupakan tarikh kelahiran dia.  Menurut anakku, pergi mengerjakan umrah adalah hadiah yang paling bermakna buat dia.


“terima kasih mama, papa.  Hari ini hari yang paling best buat saya.”


Itulah kata-kata yang lahir ikhlas dari mulut anakku.


Kami mula meningalkan “our sweet home” lebih kurang jam 1.45 tengahhari.  Anakku mengetuai bacaan doa keluar rumah dan doa perjalanan.  Di sebelah paginya, telah kami sempurnakan solat sunat musafir dan solat sunat ehram.


Keberangkatan kami ke tanah suci telah dihantar oleh kedua-dua adik bungsu keluargaku dan keluarga suami.  Yang lain hanya mengucapkan selamat jalan melalui telephone sahaja.  Almaklumlah, masing-masing tinggal di luar KL.


Selesai solat Asar, aku dan rombongan diminta ke bahagian internasional untuk urusan immigration dan seterusnya perlepasan.  Oh ya, kami menaiki  pesawat yang disewa khas oleh Th travel.


Lebih kurang jam 8.00 malam, pesawat mula berligar-ligar demi meraih kudrad untuk berlepas ke udara.  Oleh kerana pesawat menghadap ke kiblat, maka kami diarah bersolat di tempat duduk masing-masing.  Dan sebelumnya semua penumpang telah diminta menyimpan wuduk sewaktu solat asar.


Sedikit sayu hatiku, tatkala kapal mula meninggalkan lapangan terbang KLIA.  Almaklumlah, ini adalah kali pertama aku bermusafir jauh dari tanah tumpah darahku.  Namun rasa itu segera terpadam dek keinginan yang amat sangat memijak bumi suci lagi barakkah.


Lebih kurang sejam perjalanan, selsema anakku kian serius.  Badannya mula panas.  Hatiku mula gusar.  Namun cepat-cepat ku tepis rasa itu dengan mengingati Allah banyak-banyak.


Ah, dengan kehendak Allah jua, Dia gerakkan hatiku untuk membawa ubat demam selsema buat anakku.  Ubat lantas ku berikan padanya dengan harapan Allah akan meredakan demamnya.  Dan kehendak Allah jua, diantara beberapa pramugari, ada seorang amoi yang terlalu baik kepada kami.  Aku lantas mengambil kesempatan dengan kerap meminta air suam untuk anakku.  Mudah-mudahan dengan  banyak meminum air suam, akan mengurangkan panas badannya.  Alhamdulillah, formulaku menjadi.  Setiba kami di lapangan Haji Jedah, ku lihat anakku lebih segar dan ceria.  Selsemanya juga mengendur.


Kami tiba di lapangan terbang Haji Jedah lebih kurang jam 12.00 malam, waktu Arab Saudi.  Masa perjalanan ialah 8 jam.  Waktu di Arab Saudi  adalah 5 jam lewat dari waktu Malaysia.  Alhamdulillah sewaktu di udara, tiada berlaku perlanggaran awan yang serius, hanya gegaran kecil sahaja.



Bersambung

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.