assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Friday, February 27, 2015

Musafir Seorang Aku4



Sabtu, 31 January, hari ketiga aku dan keluarga di Makkah.  Hari itu kami dijadualkan berziarah dan mengerjakan umrah kali kedua.  Untuk mengerjakan umrah, rukun pertamanya ialah niat.  Maka untuk berniat ,kita mestilah keluar dari tanah haram iaitu Makkah ke tanah halal.  pada hari itu, aku dan ahli rombongan telah dijadualkan ke Jaraknah untuk berniat ehram.


Seperti juga hari pertama, tepat jam 7.00 pagi, setiap ahli rombongan diminta berkumpul di lobi 11 untuk sama-sama bergerak menaiki bas di ground 0.  namun jadual perjalanan kami pada hari itu agak terganggu dek kesesakkan yang berlaku dipersekitaran jalan masjid Alharam.  Seperti mana yang telah aku catatkan sebelum ini, bahawa Jumaat dan Sabtu merupakan cuti hujung minggu penduduk Negara ini, maka pada setiap hujung minggulah jalan-jalan di sekitar Alharam menjadi lebih sibuk dari biasa.


Bas  yang hendak kami naiki hanya dapat memasuki perkarangan hotel, lebih kurang jam 8.00.  ini bermakna jadual perjalanan kami telah terbuang selama 1 jam.  Pun begitu, tiada terdengar sebarang rungutan dari para jemaah, mungkin masing-masing faham, pasti ada hikmah disebaliknya atau masing-masing sedang menjaga adab di tanah haram.


Ah, jalan di kota Makkah pagi itu benar-benar sibuk.  Pergerakan bas juga tidak lancer. Terpaksa berhenti-henti.  Apa yang dapat aku perhatikan, pemandu bas di sini seolah-olah benar-benar terlatih dari segi pemanduan dan imosi.  Tiada terdengar satu rungutan pun yang keluar dari mulutnya dan cara beliau break bas juga smooth.   tak terasa badan kita terhinggut-hinggut ke depan dan kebelakang.


Demi menjimatkan masa, mutawif mencadangkan agar bas hanya berhenti di Jabal Rahmah sahaja.  Tempat lain-lain tu, bas perlahankan pergerakan, dan mutawif akan memberi penerangan.


Kalau tak silap ingatanku, bas kami melintasi Jabal Nur di mana terletaknya gua Hira tempat pertama rasul SAW menerima wahyu.  Bas kami juga melintasi Jabal Thur di mana tempat persembunyian Rasul SAW dan sahabat baginda Saidina Abu Bakar.  Kemudian bas melalui Mina, Muzdalifah serta Arafah di mana tempat-tempat itu wajib dikunjungi bagi jemaah haji.


Memandangkan bas rombongan terlalu banyak dan orang ramai bersesak-sesak hendak menaiki  bukit Rahmah, mutawif mencadangkan agar kami hanya turun seketika sahaja, sekadar menghirup udara setempat.


Kami tiba di masjid Jaraknah lebih kurang jam 10.30.  di sini, ahli rombongan dibenarkan turun untuk bersolat sunat ehram serta melakukan urusan yang berkaitan tandas.  Sebelum bas bergerak pulang ke Alharam, kami diingatkan agar berniat.  Alhamdulillah, Kami tiba semula di masjid Alharam hamper Zuhur.  Ini bermakna kami terpaksa melakukan umrah sesudah Zuhur.


Usai solat Zuhur, kami makan tengahhari demi memberi keselesaan kepada perut masing-masing sebelum mengerjakan umrah.


Umrah aku tiga beranak kali ini dipandu oleh ustaz Hamdi iaitu tamu kami semalam.  Beliau telah menunggu kami  sebelum waktu Zuhur lagi.  Makan tengahhari juga dilayan oleh beliau.  Sesudah makan, kami dibenarkan naik ke bilik untuk memperbaharui wuduk dan segala urusan remeh temeh.  Almaklumlah umrah kali ini akan berterusan sehingga asar.


Lebih kurang jam 2.30 petang, kami mula bergerak ke Alharam untuk menyempurnakan umrah.  Selesai tawaf, ustaz Hamdi meletakan kami betul-betul di belakang makam nabi Ibrahim (makam nabi Ibrahim ialah bekas-bekas tapak kaki baginda) untuk bersolat sunat tawaf dan berdoa.  Kemudian kami diletakkan betul-betul dihadapan Multazam untuk berdoa.  Usai berdoa, kami dibawa ke ruang saie.


Sebelum memulakan saie, ustaz Hamdi membawa kami ke tempat air zamzam.  Secawan zamzam telah diberi kepada kami setiap seorang.  Dan kami juga diberi secawan lagi untuk membasuh muka.  Di situ memang disediakan besen untuk mereka yang ingin menyegarkan wajah dengan air zamzam.


Sebelum sempat kami menyelesaikan saie, qamat untuk sola Asar berkumandang, maka kami hentikan terlebih dahulu ibadah Saie lantas turut berimam solat Asar.  Usai solat jenazah, kami sambung kembali ibadah Saie yang hanya tinggal dua pusingan sahaja lagi.


Selesai Saie, kami bertahlul (bergunting rambut) tanda sempurnalah sudah ibadah umrah kedua kami.


Rukun-rukun di dalam umrah:
I  nia
II  tawaf
III  saie
IV  bertahlul


Usai menyempurnakan umrah, kami pulang ke hotel untuk merehatkan badan biar seketika Cuma.  Aku tahu, anakku begitu penat.  Manakan tidak sedari jam 3.30 pagi, dia belum lagi merebahkan badannya ke katil.  Pun begitu, Alhamdulillah dia masih bersungguh dalam mengerjakan umrahnya.


Jujur aku katakan, umrah keduaku lebih menginsafkan diri ini.  Kalau di dalam umrah pertama, airmata Tawaf dan Saieku lebih kepada keterujaan dapat menjejakkan kaki ke masjid Alharam serta kesyukuran yang mendalam kepada ilahi kerana diri kerdil ini turut menjadi pilihan Allah Azawajjala.  Tetapi airmata Tawaf dan Saieku kali ini benar-benar menginsafkan serta terasa betapa diri ini adalah seorang pendosa.


Disepanjang proses Tawaf dan Saie, tidak putus-putus aku bermohon keampunan dari ilahi agar setiap dosa yang pernah ku lakukan dari sekecil-kecil dosa sehinggalah sebesar-besar dosa diberi pengampunan .


Terasa diri ini tiada nilai disisi DIA Yang Maha Pencipta.  Betapa tidak, Hajar, nabi Ismail dan nabi Ibrahim bekorban demi agama Allah.  Dan begitu juga rasul sAW yang bekorban harta dan nyawa sendiri demi membangunkan sebuah agama suci lagi benar.  Namun aku?  Langsung tiada sumbangan terhadap shiar islam.  Hanya cukup sekadar bersyukur dengan apa yang sedang aku kecapi hari ini.


Ya Allah,berilah aku kekuatan untuk memlihara tingkah laku diri ini agar sentiasa mentaati perintahMu serta menjauhi segala laranganMu.  Jua aku memohon moga aku diberi kekuatan untuk membentuk keluargaku di atas jalan yang Kau redha’i.  sungguh aku mengharapkan agar suatu hari kelak, hasil asuhan tangan ini, akan lahir seorang hambamu yang bermunafaat kepada agama benarMu.  Inshaallah, amin.


bersambung

Monday, February 23, 2015

Musafir Seorang Aku3



Alhamdulillah, segala urusan immigration dan pengambilan bagasi berjalan lancar.  Kami sedikit lewat  masuk ke Makkah disebabkan terpaksa menunggu bas yang agak lama.


Apabila bas mula memasuki tanah suci Makkah, mutawif mula mengetuai bacaan doa memasuki Makkah.  Menitis airmataku, kerana betapa kerdilnya diri ini kurasakan.  Dan betapa Allah telah mengkabulkan doa hamba-hambanya selagi ia kea rah kebaikan.


Perjalanan dari terminal Haji Jeddah ke Masjid Alharam lebih kurang 1 jam.  Kami tiba di hotel penginapan yang mana terlalu hamper dengan masjid alharam, lebih kurang jam 4.30 subuh.  Namun menurut Mutawif, untuk terus melakukan tawaf umrah masanya terlalu suntuk.  Kerana proses chack in dan pengambilan bagasi akan mengambil masa lebih kurang 1 jam.  So kami disarankan bersolat ddalam bilik masing-masing atau di dataran masjid alharam sahaja.


Lebih kurang jam 7.00 pagi, setelah sarapan, setiap ahli rombongan diminta berkumpul di lobi 11 untuk sama-sama bergerak ke masjid alharam untuk mengerjakanumrah pertama.  Oh ya tempat miqad (tempat berniat ehram) bagi jemaah Malaysia yang terus ke Makkah, ialah di Karnul Manazil.


Alhamdulillah setelah kakiku memijak bumi Alharam, terasa bagai terangkat segala kepayahan.  Tiada sedikit pun tercalit rasa itu di dalam hatiku.  Dengan pimpinan Allah Azawajjala yang diperantarakan kepada anakku,  setiap langkah terasa mudah dan lancar miski dicelah lautan manusia.


Apabila kakiku melangkah ke dalam Masjid Alharam, seluruh jiwa nurani mengalami suatu perasaan yang tidak mungkin dapat aku gambarkan dengan kata-kata.  Biar pandangan mataku kosong, namun cahaya Alharam terang bersinar di dalam jiwa nurani yang kerdil ini. dan tatkala anakku membisikkan,  “ma, kita menghadap ke Kaabah”.  Dadaku hebat berdegup.  Serrentak itu juga airmataku mengalir kepipi sambil hatiku berdoa.  Dalam kesayuan, aku mengikuti bacaan doa  melihat kaabah yang diketuai oleh mutawif.


Setelah selesai berdoa, mutawif terus memandu kami ke tempat tawaf untuk memulakan tawaf umrah.  dan selesai tawaf, kami terus ke tempat saie.  Selesai saie, lantas bertahlul (bergunting rambut).  Alhamdulillah, kami selesai mengerjakan umrah pertama lebih kurang jam 9.00 pagi.


Kemudian mutawif membawa kami balik ke hotel.  Aku tiga beranak serta ahli rombongan lain lantas naik ke bilik masing-masing untuk merehatkan badan sementara menunggu waktu Zohur.


Setiba sahaja aku tiga beranak di bilik kami, anakku tanpa berlengah terus melompat ke katil.  Selang beberapa ketika, dengkuran halus kedengaran,mungkin terlalu letih agaknya dia dek perjalanan yang panjang dan diburukkan lagi dek hidungnya yang berair.  Pun begitu, Alhamdulillah, Allah masih memberi dia kekuatan untuk menyelesaikan umrah tanpa sebarang rungutan.  Selang beberapa minit kemudian, suamiku juga turut memasuki alam lena.


Setelah memberi kesegaran tubuh, aku mula bermain-main dengan hp ku.  Sebelum ke tanah suci, aku telah merisik-risik selcom tentang syarikat komunikasi apakah yang bekerjasama dengannya.  Aku masuk network,lantas menukarkan kepada rangkaian mobilly ksa.  Aku malas nak tukar sym card Arab Saudi.  Lalu aku menggunakan package umrah yang disediakan oleh selcom Malaysia.  Aku dengan senang hati melanggan package umrah 7 hari.  Package tersebut menyediakan:
55 minit panggilang bersuara,  100 sms dan internat tanpa had.  Setelah selcom aktifkan package yang ku langgan, aku menghubunggi kedua-dua ibu bapaku dan ibu bapa mertuaku untuk mengkabarkan akan perihal kami tiga beranak.


Lebih kurang jam 11 pagi, aku mengejutkan suami dan anaaku untuk bersiap-siap ke masjid Alharam bersolat zohor.  Waktu Zohor di Makkah lebih kurang jam 12.35 tengahhari.  Jam 11.30, kami tiga beranak mula melangkah ke masjid Alharam.  Alhamdulillah, dengan kehendak Allah, anakku dengan mudah mengecam jalan dan pintu masjid yang berhampiran dengan hotel kami yang telah ditunjuk oleh mutawif pagi tadi.  Perjalanan kami dari hotel ke masjid tak sampai 10 minit.


Alhamdulillah, atas rahmat Allah, sewaktu di dalam masjid, begitu mudah anakku mencariku setelah selesai solat.  Ruang solat perempuan dan lelaki dipisahkan.  Usai solat Zohor, kami pulang ke hotel untuk makan tengahhari.  Makan tenggahhari selepas Zohor, makan malam selesai Ishaa dan sarapan usai solat Subuh.


Setelah berjamu selera, kami naik ke bilik untuk bersantai seketika.  Jam 3.00 kami ke masjid untuk Asar pula.  Waktu Asar lebih kurang jam 3.45 petang.  Oleh kerana hotel kami tidak jauh, maka setelah Asar kami sekali lagi pulang ke bilik untuk memperbaharui wuduk.  Lebih kurang jam 5.15, kami ke masjid lagi untuk Maghrib dan Ishaa pula.Maghrib lebih kurang jam 6.30 petang, dan Ishaa 7.35 malam.


Keesokkan harinya, Jumaat merupakan hari kedua kami di Makkah.  Hari itu tiada aktiviti berkumpulan.  Masing-masing mencari haluan sendiri.


Selesai bersarapan di pagi itu, kami tiga beranak hanya bersiar-siar di dalam mall dan gerai-gerai kecil di luar mall.  Mall dan gerai-gerai kecil terletak di bawah hotel yang kami huni.  Oleh kerana hari itu hari Jumaat, maka harus cepat ke masjid.  Seawall jam 10.00.  kalau terlewat sukar untuk masuk masjid.  Hanya dapat bersolat di dataran masjid sahajalah.


Selesai solat Asar, sedang kami berehat-rehat di bilik, kami didatangi tamu.   Tamu tersebut pernah menjadi customer suamiku sewaktu tamu itu berkunjung ke Malaysia.  Setelah beliau memperkenalkan dirinya dan ahli keluarga beliau, beliau memberitahu bahawa temannya di Malaysia memberi tahu beliau yang suamiku dan keluarga berkunjung ke Makkah.  Oh ya,tamu kami itu adalah orang Patani kelahiran Makkah.  Maka bolehlah beliau bercakap melayu walau pun tak lancar.


Di Makkah,  cuti hujung minggu ialah pada hari Jumaat dan Sabtu.  Maka kebiasaannya, pada hari-hari tersebut, masjid Alharam akan lebih padat dari hari-hari biasa, kerana kebanyakkan penduduk di sini mengambil kesempatan untuk melakukan umrah.


Setengah jam berborak, tamu kami memohon diri.  Dan dia berjanji untuk mengunjungi kami lagi bila terluang.


bersambung

Tuesday, February 17, 2015

Musafir Seorang Aku2



Alhamdulillah lebih kurang dalam tempoh seminggu, segala dokumen yang diperlukan telah lengkap kami sediakan.  Jumaat 26 Disember, kami sekali lagi ke Th travel untuk menyerahkan dokumen yang dikehendaki beserta bayaran lengkap.


Setelah menyerahkan segala dokumen dan bayaran, kami diberi tiga buah beg besar, tiga buah beg sandang, sepasang kain eharam untuk tiap seorang gentleman beserta sehelai telekung untukku.  Kami juga diberi jadual perjalanan.  Kami akan terus ke Jedah.  Ini bermakna orang lelaki akan memakai kain ehram di airport KLIA.  Dan setiba sahaja di Makkah, kami akan terus mengerjakan umrah.


Setelah selesai berurusan kami pulang dengan pelbagai perasaan di dalam hati masing-masing.  Sebelum kami pulang, sempat pegawai yang menguruskan tempahan kami memberi nasihat yang ringkas namun begitu besar ertinya.


“akak dan abang betulkan niat, pergi lillahhi taala, Inshaallah, allah mudahkan segala-galanya di sana kelak.”


Aku hanya menganggukkan kepala tanda memahami akan nasihat keramat dari pegawai tersebut.  Sebelum berundur kami mengucapkan terima kasih.


Hari terus berlalu.  Hatiku kian gementar dalam penantian.  Pelbagai persoalan mula bermain dibenakku.


“mampukah anak bujangku mengelolakan ibu dan ayah nya di celah-celah ratusan ribu manusia?”


Aku juga takut, kalau-kalau segala dosa yang ku lakukan selama ini diberi pembalasan di tanah suci itu.


Dan pelbagai lagi persoalan satu persatu meliar dibenakku.  Dari yang remeh sehingga yang agak berat.


Demi membuang segala rasa  yang kurang enak, aku perbanyakkan solat taubat dan hajat.  Teringat aku akan kata-kata orang bijak pandai agama, bahawa sentiasa bersanggka baik dengan Allah, kerana Allah maha penyayang dan maha pemberi rahmat.  Untuk menguatkan spiritualku,  disetiap masa lapang, aku isi dengan ungkapan astifar dan membaca alquraan.


28 January, tibalah hari yang ditunggu-tunggu.  Alhamdulillah, hatiku terasa tenang.  Tiada lagi persoalan-persoalan liar bertenggek dibenakku.  Aku hanya pasak kedalam hati yang paling dalam, bahawa aku pergi semata-mata untuk beribadah kepada Allah yang Maha esa.


Pada hari itu, anakkulah orang yang paling gembira.  Manakan tidak, 28 January merupakan tarikh kelahiran dia.  Menurut anakku, pergi mengerjakan umrah adalah hadiah yang paling bermakna buat dia.


“terima kasih mama, papa.  Hari ini hari yang paling best buat saya.”


Itulah kata-kata yang lahir ikhlas dari mulut anakku.


Kami mula meningalkan “our sweet home” lebih kurang jam 1.45 tengahhari.  Anakku mengetuai bacaan doa keluar rumah dan doa perjalanan.  Di sebelah paginya, telah kami sempurnakan solat sunat musafir dan solat sunat ehram.


Keberangkatan kami ke tanah suci telah dihantar oleh kedua-dua adik bungsu keluargaku dan keluarga suami.  Yang lain hanya mengucapkan selamat jalan melalui telephone sahaja.  Almaklumlah, masing-masing tinggal di luar KL.


Selesai solat Asar, aku dan rombongan diminta ke bahagian internasional untuk urusan immigration dan seterusnya perlepasan.  Oh ya, kami menaiki  pesawat yang disewa khas oleh Th travel.


Lebih kurang jam 8.00 malam, pesawat mula berligar-ligar demi meraih kudrad untuk berlepas ke udara.  Oleh kerana pesawat menghadap ke kiblat, maka kami diarah bersolat di tempat duduk masing-masing.  Dan sebelumnya semua penumpang telah diminta menyimpan wuduk sewaktu solat asar.


Sedikit sayu hatiku, tatkala kapal mula meninggalkan lapangan terbang KLIA.  Almaklumlah, ini adalah kali pertama aku bermusafir jauh dari tanah tumpah darahku.  Namun rasa itu segera terpadam dek keinginan yang amat sangat memijak bumi suci lagi barakkah.


Lebih kurang sejam perjalanan, selsema anakku kian serius.  Badannya mula panas.  Hatiku mula gusar.  Namun cepat-cepat ku tepis rasa itu dengan mengingati Allah banyak-banyak.


Ah, dengan kehendak Allah jua, Dia gerakkan hatiku untuk membawa ubat demam selsema buat anakku.  Ubat lantas ku berikan padanya dengan harapan Allah akan meredakan demamnya.  Dan kehendak Allah jua, diantara beberapa pramugari, ada seorang amoi yang terlalu baik kepada kami.  Aku lantas mengambil kesempatan dengan kerap meminta air suam untuk anakku.  Mudah-mudahan dengan  banyak meminum air suam, akan mengurangkan panas badannya.  Alhamdulillah, formulaku menjadi.  Setiba kami di lapangan Haji Jedah, ku lihat anakku lebih segar dan ceria.  Selsemanya juga mengendur.


Kami tiba di lapangan terbang Haji Jedah lebih kurang jam 12.00 malam, waktu Arab Saudi.  Masa perjalanan ialah 8 jam.  Waktu di Arab Saudi  adalah 5 jam lewat dari waktu Malaysia.  Alhamdulillah sewaktu di udara, tiada berlaku perlanggaran awan yang serius, hanya gegaran kecil sahaja.



Bersambung

Friday, February 13, 2015

Musafir Seorang Aku



Keinginan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah dan tanah barakkah Madinah begitu membuak-buak sejak setahun dua kebelakangan ini.  Namun apakan daya, rasa itu terpaksa dipendam apabila jawaban yang ku terima dari beberapa syarikat pelancungan menatapkan bahawa setiap jemaah OKU pengelihatan perlu membawa seorang pengiring yang berusia 18 tahun ke atas.  Sedang anak bujangku baru berusia 11 tahun.


Aku mula menjenguk-jenguk ke dalam akun simpanan kami.  Setelah dicongak, Alhamdulillah, ianya masih cukup untuk sponsor seorang pengiring. Lantas aku memilih untuk membawa adik perempuanku.  Setelah berbincang dengan adik perempuanku dan suaminya, aku kembali menghubungi syarikat pelancungan yang telah ku pilih.


Namun sekali lagi jawaban yang ku terima menurunkan rasa keterujaan ku.  “perempuan yang berusia di bawah 45 tahun hendaklah ditemani suami, saudara lelaki, bapa/bapa saudara.  Undang-undang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi.” Itulah yang diberitahu kepadaku oleh pegawai di syarikat pelancungan yang ku hubungi.


Walau sedikit kepayahan untuk mencapai cita-citaku itu, namun aku terus berdoa agar aku tiga beranak direzkikan menjejakkan kaki di kedua-dua tanah suci tersebut.


Entah bagaimana, pada hari Jumaat 19 Disember 2014,aku mengajak suami dan anakku walk in ke Th travel.  Setiba kami ke kaunter, aku bertanyakan salah seorang pegawai di situ.


“kalau kami bertiga nak buat umrah boleh?”


Diam seketika pegawai tersebut.  Mungkin sedang mencari kebenaran akan  kata-kataku atau sedang menilik akan  kesungguhan diriak wajah kami.


Beberapa ketika kemudian, jawaban yang tak kusangka ku terima.


“boleh. Bila nak pergi tu?”  jawab pegawai tersebut dengan tenang.


Mendengarkan jawaban itu, seluruh hatiku dipenuhi bunga-bungaan yang mekar sambil ungkapan Alhamdulillah terlantun-lantun dalam benakku.


Setelah rasa girangku dapat dinutralkan, aku lantas bertanyakan apakah package-package yang disediakan serta tarikh yang masih kosong di dalam bulan January.


Dengan tenang pegawai tersebut menerangkan akan package yang disediakan oleh Th Travel Bhd.  Antaranya:
I  package Akib
II  package topaz
III  package Almas
IV  package Zamrud


Setelah memahami setiap penerangan yang diberikan oleh pegawai tersebut, aku bertanya lagi.


“apakah package yang sesuai untuk kami?”


“kerana encik dan puan tak Nampak, saya kira eloklah kalian ambil package topaz.  Ianya saya lihat Inshaallah akan memudahkan pergerakkan kalian bertiga Ke Masjid Alharam.  Serta harganya masih mampubayar oleh encik dan puan.


Bersungguh pegawai itu memberi penjelasan.


“Oh ya, tarikh yang masih kosong di dalam bulan January hanyalah 28.”  Sambung pegawai itu lagi.


Setelah bersetuju dengan tarikh dan package yang ditetapkan untuk kami, kami pun membayar sejumlah deposit yang ditentukan.


Kemudian dengan tenang pegawai tersebut menjelaskan segala dokumen yang diperlukan.  kami diberi tempuh lebih kurang dua minggu untuk menyelesaikan segala dokumen sepertti:

I  passport
II 4 keping gambar untuk visa
III  buku kesihatan beserta injection imunisasi
IV  salinan surat nikah yang disahkan oleh pegawai jabatan agama islam yang berhampiran
VI  salinan surat beranak anak yang disahkan oleh pegawai di jabatan pendaftaran Negara berhampiran



Bersambung.


Nota:  untuk mereka yang merindui bacaan imam masjid alharam, boleh klik link dibawah: