Rindu aku pada pertemuan itu,
Pertemuan indah
Memahat seribu kenangan,
Biar seketika Cuma,
Hangat kasihmu,
Menjalar kesegenap
Saraf nadiku.
Rindu aku pada pertemuan itu,
Saat pertama
Bertemu mata,
Lidahku kelu
Tak terungkap kata,
Air mata Cuma
Jatuh melurut,
Tanda kasih kita
Telah lama bertaut.
Rindu aku pada pertemuan itu,
Suatu pertemuan
Yang membahagiakan,
Tenang terasa
Seluruh jiwa,
Saat wajahku,
Kusebam kedadamu.
Tiada kata
Mampu ku bicarakan,
Hanya rinduku
Berlagu shahdu.
Rindu aku pada pertemuan itu,
Bait-bait lagumu,
Sering mengajakku,
Memuja DIA YANG satu.
Isi ceritamu,
perjuangan para nabi,
Pemimpin ummah.
Rindu aku pada pertemuan itu,
Suatu pertemuan,
Entah bila kan berulang.
Menitis airmataku,
Dipenghujung waktu,
Pertemuan kau dan aku.
Oh Rabbul Izati,
Izinkan aku
Ketemu lagi,
Demi mencari,
Cinta sejati.
Friday, August 28, 2015
Friday, July 31, 2015
Berkongsi Rasa
Ujian Allah itu hadir dalam pelbagai bentuk. Ia tak semestinya dalam bentuk bencana alam atau penyakit.
Tidak keterlaluan, jika saya bependapat apa yang sedang negara kita alami mutakhir ini, seperti ekonomi merudum dengan kejatuhan nilai ringgit yang agak ketara, pentas politik tak habis-habis bagai nak runtuh, serta isu-isu sensitif yang entah bila penghujungnya, juga salah satu ujian buat kita hamba yang kerdil ini.
Untuk meredakan segala ujian ini, mahu tidak mahu, percaya atau tidak, semua kita samaada rakyat marhaen mahupun orang atasan yang percayakan pemerintah paling Agung “Allah Azawajjalla”, wajib muhasabah diri agar lebih hampir kepada DIA YANG MAHA mengatur perjalanan alam ini.
Inshaallah, jika kita benar-benar dekat padanya, pasti Allah kabulkan setiap permintaan kita.
Tidak keterlaluan, jika saya bependapat apa yang sedang negara kita alami mutakhir ini, seperti ekonomi merudum dengan kejatuhan nilai ringgit yang agak ketara, pentas politik tak habis-habis bagai nak runtuh, serta isu-isu sensitif yang entah bila penghujungnya, juga salah satu ujian buat kita hamba yang kerdil ini.
Untuk meredakan segala ujian ini, mahu tidak mahu, percaya atau tidak, semua kita samaada rakyat marhaen mahupun orang atasan yang percayakan pemerintah paling Agung “Allah Azawajjalla”, wajib muhasabah diri agar lebih hampir kepada DIA YANG MAHA mengatur perjalanan alam ini.
Inshaallah, jika kita benar-benar dekat padanya, pasti Allah kabulkan setiap permintaan kita.
Wednesday, July 29, 2015
Penyejuk Rasa
Panas memang panas cuaca sekarang ni. Namun tak sepanas haba di pentas politik tanah air tercintaku.
Di sini aku bukanlah nak tumpang semangkuk dua sup yang sedang menggelegak tu, tapi sebagai sebahagian dari warga negara Malaysia, perlu juga peka dengan situasi semasa.
Okeylah, apa kata jum kita pakat zikir dan selawat banyak-banyak. Mudah-mudahan Allah terus mencurah rahmatnya ke atas tanah air tercinta ini. Dan terus memayungi kita dengan langit yang penuh ketenangan. Inshaallah.
Berdoalah kita bersunguh-sungguh agar yang batil disingkirkan, dan yang benar terserlah segera.
Erm, bnak yang baik pasti ada syaratnya. Oh, tak payah pengeras. Cukup sekadar menjadi hamba sejati kepada Yang Maha Pencipta kita.
Kalau tak solat macam mana kita nak minta itu dan ini dari Dia Yang Maha Memberi?
So, anak kuncinya solat. Maka solatlah kita dengan penuh keikhlasan.
Lakukan yang terbaik, pasti kita perolihi yang terbaik.
Di sini aku bukanlah nak tumpang semangkuk dua sup yang sedang menggelegak tu, tapi sebagai sebahagian dari warga negara Malaysia, perlu juga peka dengan situasi semasa.
Okeylah, apa kata jum kita pakat zikir dan selawat banyak-banyak. Mudah-mudahan Allah terus mencurah rahmatnya ke atas tanah air tercinta ini. Dan terus memayungi kita dengan langit yang penuh ketenangan. Inshaallah.
Berdoalah kita bersunguh-sungguh agar yang batil disingkirkan, dan yang benar terserlah segera.
Erm, bnak yang baik pasti ada syaratnya. Oh, tak payah pengeras. Cukup sekadar menjadi hamba sejati kepada Yang Maha Pencipta kita.
Kalau tak solat macam mana kita nak minta itu dan ini dari Dia Yang Maha Memberi?
So, anak kuncinya solat. Maka solatlah kita dengan penuh keikhlasan.
Lakukan yang terbaik, pasti kita perolihi yang terbaik.
Wednesday, April 15, 2015
Usrah Nurani 10th Apr.
Tuesday, April 7, 2015
Usrah Nurani 3rd Apr. 2015
Wednesday, March 25, 2015
Renungan Asar
Hari ini saya berkesempatan ronda-ronda di alam maya. Dalam ronda-ronda, saya ketemu dengan satu
vidio yang mengutarakan rasa ketidak puasan hati terhadap kerajaan Terengganu
yang melaksanakan penutupan gedung-gedung perniagaan pada waktu solat Jumaat. Suara di dalam video itu merasakan kerajaan Terengganu
telah menerobos ke dalam hak-hak peribadi orang awam.
Itu mungkin pada pandangan mata kita yang lemah iman. Kalau budaya melayu yang entah dari mana asalnya,
adik nak lepas, silakan. Tetapi bukan dalam
solat. Kita berkewajiban ingat mengingat
demi keutuhan agama Allah.
By the way, setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan buat
kerajaan Terengganu/khasnya buat pak MB Dato Razif kerana telah menjalankan
amanah Allah yang menyeru orang-orang beriman mendirikan solat sebagaimana yang
terkandung di dalam surah Jumaat ayat 9.
maksudnya:
““wahai orang-orang yang beriman, apabila telah diseru untuk
melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu mengingat Allah, dan
tinggalkanlah jual beli. Yang demikian
itu, lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.”
Sekurangkurangnya beliau
mula mengambil langkah pertama untuk meletakkan amanah Allah sebagai
tanggungjawab utama di dalam pentadbiran beliau.
Setahu saya arahan penutupan perniagaan hanya terhadap kaum lalaki
islam sahaja. iaitu antara pukul 12.00 tengahhari
hingga pukul 2.00 petang. Tetapi sekiranya
sesebuah perniagaan dikelolakan oleh kaum wanita,
nah silakan berurusan.
Dalam jangka masa dua jam itu, kaum lelaki islam dilarang sama
sekali berada di tempat-tempat awam termasuk berurusan jual beli.
Kan
molek begitu. Paling tidak, ia tidak menimbulkan
fitnah pada agama suci ini.
Friday, March 20, 2015
Kobis/Cabbage
Nah, cuba
anda baca article di bawah. Menurut kajian,
kobis yang mudah didapati dalam pasaran merupakan sejenis sayuran yang kaya dengan
bahan-bahan pencegah penyakit barah.
The Latest News about Cabbage
What's New and Beneficial About Cabbage
- Cabbage can provide you with some special cholesterol-lowering benefits if you will cook it by steaming. The fiber-related components in cabbage do a better job of binding together with bile acids in your digestive tract when they've been steamed. When this binding process takes place, it's easier for bile acids to be excreted, and the result is a lowering of your cholesterol levels. Raw cabbage still has cholesterol-lowering ability—just not as much as steamed cabbage.
- Researchers now realize that different types of cabbage (red, green, and Savoy) contain different patterns of glucosinolates. This new knowledge means that your broadest health benefits from cabbage are likely to come from inclusion of all varieties in your diet.
- Cabbage in general—but also Savoy cabbage in particular—turns out to be an especially good source of sinigrin. Sinigrin is one of the cabbage glucosinolates that has received special attention in cancer prevention research. The sinigrin in cabbage can be converted into allyl-isothiocyanate, or AITC. This isothiocyanate compound has shown unique cancer preventive properties with respect to bladder cancer, colon cancer, and prostate cancer.
- In one recent study, short-cooked and raw cabbage were the only types of cabbage to show cancer-preventive benefits—long-cooked cabbage failed to demonstrate measurable benefits.
- New research shows that steaming is a better cooking method than microwaving if you want to maximize the health benefits of glucosinolates found in cabbage. That's because two minutes of microwaving destroys the same amount of myrosinase enzymes as seven minutes of steaming, and you need those myrosinase enzymes to help convert cabbage's glucosinolates into cancer-preventive compounds.
Cabbage
provides numerous health benefits including:
- Anti-inflammatory benefits
- Antioxidant properties
- Detoxification benefits
- Cancer prevention
- Cardiovascular support
- Digestive support
Nutritional
Profile
Cabbage
is an excellent source of vitamin K, vitamin C, and vitamin B6. It is also a
very good source of manganese, dietary fiber, potassium, vitamin B1, folate and
copper. Additionally, cabbage is a good source of choline, phosphorus, vitamin
B2, magnesium, calcium, selenium, iron, pantothenic acid, protein, and niacin.
Copyright © 2015 The George Mateljan
Foundation, All Rights Reserved
|
George Mateljan Foundation, PO Box 25801, Seattle,
Washington 98165
Saturday, March 14, 2015
Alharam, kau kemas dalam memoriku
Rabu, 4 Feb, adalah hari terakhir aku di kota ibadah.
Itulah iktikaf terakhirku di masjid Alharam. Subuh hari itu juga subuh terakhir aku
bersolat di masjid penyatu umat rasul Saw..
Aku bersunguh mengerahkan hati dan segala panca indaraku agar tertumpu
menghadap ilahi di dalam solatku. Aku benar-beanar ingin Allah pandang akan
solat subuh itu adalah solat terbaik disisinya.
Aku perbanyakkan solat sunat taubat dan sunat hajat. Mudah-mudahan Allah Azawajalla mengampunkan
segala dosa yang telah ku lakukan, dan aku juga mengharapkan agar Allah
mempermudahkan permusafiranku di kota
barakah Madinah seperti mana Allah memudahkan laluanku sekeluarga di tanah suci
Makah. Tujuanku satu, menziarah rasul
dan beribadah di masjid kecintaan baginda, masjid Nabawi.
Doa yang paling tulus jua ku himpun buat keluarga di tanah
air, saudara-saudara seislam senegara, dan seluruh saudara islam diserata
dunia.
Hari itu kami akan berangkat ke tanah barakah Madinah, di
mana terletaknya masjid Nabawi dan makam junjungan agung rasul SAW. Tepat jam 9.00 pagi, kesemua ahli rombongan
dikehendaki meletakkan bagasi di luar bilik masing-masing untuk memudahkan para
petugas Th travel menguruskan bagasi-bagasi tersebut ke dalam bas.
Lebih kurang jam 10.30, aku tiga beranak serta ahli
rombongan lain bergerak bersama-sama ke masjid Alharam untuk melakukan tawaf
Widak/Wadak (tawaf Perpisahan). Sayu
hatiku, mengalir air mataku karna terpaksa berpisah denganmu Alharam. Disepanjang tawaf, dari lubuk hatiku yang
paling dalam, aku sungguh berharap agar Allah rezkikan aku tiga beranak ke situ
lagi.
Antara perkara-perkara yang dilarang selepas tawaf
Perpisahan ialah:
**tidur/berbaring di atas katil,
**membeli belah, kecuali makanan bekal di dalam perjalanan,
**memberi sedekah,
**memandang kaabah dengan niat ibadah ketika dalam
perjalanan pulang dari melakukan tawaf Perpisahan
**iktikaf atau duduk beribadah di dalam Alharam selepas
tawaf Widak
**merakam sebarang image menggunakan hp, camera/alat yang
sewaktu dengannya.
Jika berlaku salah satu perkara di atas, akan membatalkan
tawaf Perpisahan kita, lantas menyebabkan kita perlu melakukan tawaf Widak
sekali lagi. Semua larangan di atas
tidak lagi menjadi larangan ke atas diri, setelah kita menaiki bas.
Tengahhari itu, kami hanya melakukan solat Zuhur di dalam
bilik masing-masing. Tepat jam 2.00
petang, bas mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan perkarangan hotelRotana
yang terletak di bawah Menara Jam.
Sunyi di dalam bas, mungkin masing-masing sedang melayan
kesayuan hati yang terpaksa berpisah dengan Alharam dan tanah kelahiran rasul
SAW. Hanya kedengaran suara anakku
mengucapkan selamat tinggal Alharam dan Rotana sambil melambai-lambaikan
tangannya. Lama dia berkeadaan
begitu. Sehingga Alharam hilang dari
pandangannya.
“ma, rasa nak duduk sinilah.”
Itu suara hati anakku yang diluahkan padaku.
Perjalanan dari kota
Makah ke tanah barakah Madinah memakan masa lebih kurang 6 jam. Di dalam perjalanan, bas hanya berhenti
sekali sahaja untuk para penumpangnya menunaikan solat Asar. Alhamdulillah, kami selamat tiba di Move In
and Pick, hotel penginapan kami lebih kurang jam 8.00 malam.
Keesokkan harinya, Khamis, lebih kurang jam 7.30 pagi, aku
tiga beranak serta ahli rombongan berkumpul di lobi untuk dibawa ke Raudhah dan
makam rasul serta sahabat baginda.
Raudhah dan makam rasul serta sahabat terletak di masjid Nabawi.
Di dalam masjid Nabawi, jemaah lelaki dan perempuan terpisah
secara total. Pintu untuk memasuki
masjid itu juga berlainan. Tercuit
sedikit hatiku dengan rasa resah, yalah, kalau boleh aku tidak mahu memenatkan
anakku untuk menghantar aku dan kemudian keluar mencari pintu untuk dia dan
papanya pula. Demi menghalau rasa resah
itu, aku perbanyakkan istifar. Untuk menghiburkan
hati, aku renung kembali perjalanan aku
di Makkah, betapa kami dipermudahkan.
So, di tanah barakah itu juga pasti Allah tidak akan membiarkan
hamba-hambanya yang memohon pertolongan dariNYA.
Dalam masa aku menikmati manisnya waktu di Alharam, ustaz Th
travel sedang membahagi-bahagikan kumpulan mengikut jantina. Tetiba aku disapa oleh seorang jemaah wanita.
“jum ikut saya.”
Sambil tanganku dipegang.
“ah, Alhamdulillah.”
Syukurku di dalam hati.
Sejak saat itu, setiap waktu solatku, puan Madiha dan
suaminya en. Normaidin setia bersama aku tiga beranak ke masjid Nabawi.
Alhamdulillah, aku dapat masuk Raudhah tanpa mengalami
sebarang incident yang tidak diingini.
Aku juga dapat bersolat sunat beberapa rakaat dan berdoa dengan
selesanya. Jemaah hanya dapat memberi
salam kepada baginda rasul dan sahabat dari luar sahaja. Seluruh ruang perkuburan baqiq ditutupi
dengan dinding.
Sewaktu aku berada di Madinah, cuacanya agak panas sedikit disiang hari,
sementara di waktu malamnya,angin
berhembus agak sejuk.
Menurut puan Madiha/kak Madiha, bumbung kubah masjid Nabawi
begitu unik. Bumbungnya akan terbuka dan
tertutup secara automatik bila tiba waktu-waktu tertentu. Contohnya, sedang azan Maghrib berkumandang
bumbung akan terbuka perlahan-lahan.
Begitu juga bila tiba mentari mula menyapa, bumbung akan tertutup
perlahan-lahan. Sementara di dataran masjid
pula terdapat paying-payung yang memayungi pengunjung dari dibakar
mentari. Dan kaedah yang sama juga
diaplikasikan. Akan menguncup bila tiba
malam, dan mengembang bila mentari meninggi.
Ah,tapi sayang seribu kali sayang, cameraboy ku berada jauh dariku.
Sabtu, 7 Febuary.
Tepat jam 7.00 pagi, semua ahli rombongan berkumpul di lobi
untuk aktiviti ziarah. Tempat yang
pertama kami singgah ialah masjid Quba.
Di mana masjid itu adalah masjid yang pertama rasul SAW dirikan dan di
situlah khutbah Jumaat pertama rasul SAW.
Di situ, semua jemaah dibenarkan turun untuk mendirikan solat
sunat. Sabda rasul, “sesiapa yang
mendirikan solat dua rakaat di masjidku, pahalanya seumpama sekali umrah”. So aku kira pasti setiap jemaah tidak
melepaskan begitu sahaja peluang yang terhampar. Dan aku?
Alhamdulillah, kak Madiha masih sudi menghulurkan tangannya untuk aku
menumpang mata beliau. Kalau tidak,
pasti anakku agak kepenatan kerana terpaksa mencari-cari ruangdi celah-celah
ribuan manusia untuk menempatkan aku.
Dan kemudian dia terpaksa pula keluar masjid untuk dia dan papanya
mencari bahagian lelaki pula. Yalah,
bukan mudah bergerak di celah-celah ribuan manusia.
Selesai para jemaah mengerjakan solat sunat, bas meneruskan perjalanan ke bukit Uhud. Di mana kisahnya terkandung di dalam
Alquran. Di situ para jemaah dibenarkan
turun untuk melihat-lihat pemandangan serta menghirup udara segar dan yang
paling utama, menghayati akan punca-punca kekalahan umat islam di dalam
peperangan tersebut. Di situ juga
terdapat banyak jerai-gerai yang menjual kurma.
Seketika di bukit Uhud, kemudian bas melintasi masjid
qiblatain. Setiba di kebun kurma dan
pasar kurma, para jemaah dibenarkan turun untuk memilih kurma yang berkenan
dihati untuk dibeli buat diri sendiri mahu pun dijadikan buah tangan. Dikedua-dua tempat itu terdapat pelbagai
jenis kurma dan pelbagai harga pula.
Alhamdulillah kami tiba semula di hotel penginapan sebelum
Zuhur. Waktu-waktu solat di kota Madinah lebih kurang
waktu solat di tanah suci Makah sahaja.
Keesokan harinya, Ahad, 8 Feb,merupakan hari terakhir kami
di kota
Madinah. Itu bererti akan berakhirlah
permusafiran aku tiga beranak.
Tepat jam 9.00 pagi, semua jemaah diminta menghantar bagasi
masing-masing ke lobi untuk para petugas memasukkan ke dalam bas. Sewaktu kami di Malaysia lagi, kami diingatkan,
bahawa sudah menjadi kebiasaan, samada di airport atau hotel-hotel, jika
menggunakan troli atau perkhidmatan bellboy, hendaklah diberi wang sebagai
penghargaan mungkin. So setiap kali kami
menggunakan perkhidmatan mereka, kami akan menghulur riyal 10, tetapi
masing-masing menolak dengan kata-kata, “doa, doa”. maka fahamlah kami setiap tenaga yang
dihulurkan buat kami, semuanya minta dibalas dengan doa ikhlas kami. Inshaallah, di dalam setiap solatku, doa
untuk semua orang yang pernah berbuat baik padaku tidak akan ku tinggalkan
secara sengaja.
Selepas berjamu selera buat terakhir kali di Madinah, dan
menunaikan solat terakhir di kota kecintaan rasul, lebih kurang jam 1.30
tengahhari, bas mula bergerak meninggalkan Move In And Pick tempat kami
bermaustatin buat beberapa hari. Selamat
tinggal rasul SAW, selamat tinggal saidina Abu Bakar dan selamat tinggal
saidina Omar. “Inshaallah, moga allah
merezkikan kita ketemu lagi.” Doaku di
dalam hati.
Tidak sampai satu jam perjalanan, kami tiba di airport
Madinah. Alhamdulillah, segala proses
immigration berjalan lancer. Flight kami
dijadualkan pada pukul 5.20 petang.
Tetapi oleh kerana dibimbangi perjalanan bas tidak lancer dan proses
immigration memakan masa, maka itulah kami terpaksa meninggalkan hotel
penginapan 4 jam lebih awal.
Di dalam flight, atas ketentuan Allah, Alhamdulillah nama
aku tiga beranak turut tersenarai untuk duduk ditempat duduk business
class. Kalau nak beli sendiri, hanya di
dalam mimpi sajalah. “terima kasih Th
travel, kerana telah memilih nama kami sebagai salah seorang penumpang business
class.” Alhamdulillah, flight selamat
mendarat di airport Klia lebih kurang jam 6.30 pagi Isnin.
Setelah melalui perjalanan panjang, Alhamdulillah aku tiga
beranak selamat sampai ke “our sweet home”, lebih kurang jam 9.00 pagi.
Terima kasih ya Allah, di atas kurnianmu, permusafiran kami
success. Di kesempatan ini jua, ingin
kami mengucapkan jutaan terima kasih buat puan hajah/kak Madiha dan suami tuan
Haji Normaidin kerana telah banyak membantu kami sewaktu di Madinah. Kebaikan kalian sememangnya tidak mungkin
terbalas dek kami. Namun Inshaallah
Allah pasti memandang akan setiap huluran tangan kalian buat kami. Inshaallah akak dan abang, di dalam setiap
solat kami, doa yang paling ikhlas kami himpunkan buat kalian sekeluarga.
Terima kasih jua buat puan hajah/auntie Khairiah dan suami
tuan Haji/uncle Maulud, di atas kesudian kalian menjadikan kami sebahagian dari
teman rapat kalian. Sungguh, diantara
ratusan ahli rombongan, kalian tidak langsung kelihatan canggung untuk
bersimbang dengan kami. Thanks auntie
and uncle. May Allah memandang apa yang
telah kalian lakukan, karna sesungguhnya, mengembirakan orang lain juga
sedekah.
kita sering memandang seseorang Oku pengelihatan hanya pada
satu sudut sahaja. nampak sahaja dia Oku
pengelihatan, terbayang di dalam kepala kita, pasti duit diperlukan. Apa kata mulai saat dan tika ini, cuba kita
lebih cakna/peka apakah keperluan seseorang Oku pengelihatan yang berada
bersama kita.
Labels:
DIARY SEORANG AKU
Thursday, March 5, 2015
Musafir Seorang Aku5
Ahad, 1 Feb.
Alhamdulillah, Allah masih memberi aku tiga beranak kesihatan yang baik
untuk meneruskan perhambaan di tanah suci itu.
Hari itu tiada aktiviti berkumpulan.
Lebih kurang jam 9.00, kami sekali lagi ke Alharam, untuk melihat
kalau-kalau ada ruang untuk kami celah untuk melakukan tawaf sunat. Alhamdulillah, pagi itu orang tidaklah begitu
padat seperti Sabtu dan Jumaat. Usai solat
sunat tawaf, dapatlah kami seketika berdampingan dengan kain kaabah dan
menikmati keharuman wangian darinya. Dan
Alhamdulillah, kami juga berkesempatan berdiri di hadapan Multazam untuk
berdoa. Di mana ianya satu tempat yang
mustajap untuk berdoa.
Tempat-tempat mustajap untuk berdoa antaranya:
Hadapan Multazam
Hijir Ismial
Belakang Makam nabi Ibrahim
Tengahhari itu, sedang kami berjalan keluar dari restaurant
hotel, tetiba anakku menjerit kecil nama ustaz Hamdi. Usai bersalaman dengan suami dan anakku,
beliau memberi tahu, bahawa kedatangan beliau kali ini adalah ingin membawa
kami berziarah keliling kota
Makkah.
“kalau kita niat ziarah, kita dapat pahala.” Beri tahu ustaz Hamdi kepada kami.
Oh rupanya ustaz Hamdi tidak keseorangan. Di dalam kereta sedia menunggu isteri dan dua
anak kecilnya Hatim 4 tahun, dan Mukminah 8 tahun. ah, ini bermakna anakku pasti gembira kerana
dapat kawan baru.
Sewaktu di dalam kereta, ustaz Hamdi dengan ramah memberi
sedikit penerangan tentang gaya hidup serta style
rumah-rumah masyarakat setempat.
Disepanjang jalan, kedapatan banyak masjid yang tidak jauh jaraknya
antara satu sama lain. Menurut ustaz
Hamdi lagi, kalau dari jauh, rumah-rumah di sini kelihatan seperti sebuah
kotak, kerana ianya berbentuk square.
Ah, dua anak ustaz Hamdi dan anakku hanya mendiamkan
diri. Mungkin sedang tekun mendengar
penerangan atau masing-masing masih malu-malu kucing untuk bertegur sapa.
Setengah jam kemudian, ustaz Hamdi memberhentikan keretanya
di Albaik House. Iaitu sebuah restaurant
makanan segera ala kfc. Undang-undang di
Kota Makkah tidak membenarkan kaum wanita duduk makan di dalam restaurant, biar
pun bersama keluarga. So, setelah
membeli makanan, ustaz Hamdi membawa kami bersantai di taman permainan di
Khalidiah. Hembusan anginnya seolah-olah
berada di pantai. Begitu Nyaman. Yalah, sewaktu kami di sana, cuaca Makkah tidak begitu panas dan
tidaklah sejuk.
Setiba di taman permainan, apa lagi, berkejar-kejaranlah
ketiga-tiga anak itu. Biar pun anakku
tidak boleh berbahasa mereka, dan mereka tidak boleh berbahasa anakku, namun
mereka kelihatan begitu mesra.
Menurut ustaz Hamdi, beliau dan isteri sengaja membawa kami
ke situ, kerana ingin memberi peluang anakku beriadhah. Beliau kagum melihat anakku yang baru berusia
11 tahun, namun tekun membantu kami dan bersungguh melakukan ibadah umrah tanpa
sebarang rungutan.
Aku hanya tersenyum.
Di dalam hati tumbuh sedikit kebanggaan bila ada orang yang memuji anakku. Namun cepat-cepat aku beristifar, takut riak
menguasai hati.
“anak siapa pun, kalau dibiasakan sedari kecil membantu
kita, pasti sifat itu menjadi darah daging mereka. kebanyakkan anak-anak gulungan senasib kami
mempunyai sifat-sifat sedemikian. Mungkin
pada mulanya mereka melakukan secara terpaksa, namun lama-kelamaan, sudah
sebati dalam peribadi mereka.”
Terang aku dan suami kepada ustaz Hamdi dan isteri.
Pada hari itu, kami bersolat Asar di taman permainan
sahaja. Menurut ustaz Hamdi, sudah
menjadi kebiasaan bagi masyarakat setempat solat di tempat awam.
Usai solat dan makan, ustaz Hamdi membawa kami ziarah ke
tempat-tempat seperti Jabal Nur, Jabal Thur, masjid Jin, perkuburan Makla
dimana terletaknya makam saidatina Khadijah dan beberapa tempat lagi.
Sebenarnya tempat-tempat itu telah kami lewati hari
sebelumnya, namun menurut anakku, dia tak berpuashati kerana tidak dapat turun
bergambar buat kenangan.
Pada hari itu, solat maghrib dan Ishaa kami juga di luar
masjid Alharam. Kami tiba semula di
hotel tempat penginapan, hamper jam 9.00 malam.
kami juga tidak makan malam di hotel kerana masih kenyang dan siap
diberi bekal lagi buat anakku.
Pada esok harinya Isnin, seperti juga hari-hari lalu, jam
3.30 pagi, kami mula bersiap-siap untuk ke masjid Alharam. Biar pun waktu Subuh masuk jam 5.40, namun
kami perlu pergi awal demi mengelakkan tidak dapat masuk masjid.
Hari itu sekali lagi ibadah umrah akan kami lakukan. Pagi itu tempat Miqad iala di masjid
Hudaibiah. Lokasinya tidaklah begitu
jauh dari kota
Makkah. Alhamdulillah, perjalanan pada
pagi itu begitu lancer.
Jam 9.00, kami sudah pun tiba kembali ke hotel
penginapan. seketika naik ke bilik untuk
memperbaharui wuduk, kemudian aku tiga beranak bersama-sama ahli rombongan lain
bergerak ke masjid Alharam untuk menyempurnakan umrah ketiga dan terakhir.
Sesudah makan tengahhari, aku tiga beranak hanya
berehat-rehat di bilik sahaja. Sementara
menunggu masa untuk ke Alharam kembali, aku membilik-bilik hp ku. Terdapat satu message dari celcom, lantas aku
membacanya. Message itu rupanya
pemberitahuan yang bil hp ku telah mencapai rm 220, dan meminta aku menjelaskan
jika tidak mahu menghadapi sebarang masalah.
Erm, bagaimana itu terjadi?
Sedangkan aku telah pun melanggan package umrah7 yang bernilai
rm100. dan telah aku pastikan sewaktu
hendak bermusafir, bil yang berakhir 24 Januari telah kubayar. Dan telah dua hari aku tidak membuat
panggilan bersuara kerana pada pengiraanku, masa yang diperuntukkan dalam
package hamper habis aku gunakan. Kerana
malas nak menyakitkan hati, aku abaikan saja message itu.
Selasa, 3 Febuari, merupakan hari kedua terakhir kami di kota Makkah. Dan bererti hanya tinggal sehari sahaja lagi
kami dapat bermesra denga Alharam.
Terasa hiba pula hati ini bila mengenangkan saat perpisahan. Mana kan
tidak, kalau sewaktu first day kaki ini memijak Alharam, bercucuran airmata kesyukuran tanda betapa
hati ini bahagia dapat bertemu rumah yang agung yang disebut-sebut dalam kitab
suci (alquraan), so ini kan
pula waktuperpisahan. Perpisahan yang
belum pasti bila kan
ketemu lagi. Ah, gementar hatiku, bila
mengenang saat itu.
Oleh kerana hari itu hari kedua terakhir aku di situ, aku
mengajak anak dan suamiku pusing-pusing mall dan kedai kedai kecil di bawah
hotel untuk membeli sedikit buah tangan buat keluarga dan teman-teman di tanah
tumpah darahku.
Sedang aku melangkah keluar bilik, hp ku bergetar menandakan
ada message. Lantas message ku
baca. Ah, sedikit terkesima aku. Dari celcom lagi. Kali ini bil hp ku telah berjumlah rm
420. bagai mana bil boleh meningkat
sekali ganda? sedangkan aku tidak
langsung menggunakan hp sejak beberapa hari kebelakangan. Dan voice mail juga telah aku nyah aktifkan
sewaktu di Malaysia
lagi. Untuk call celcom Malaysia aku
malas. Kerana bila kita menghubungi
celcom Malaysia,
kita akan di charge rm 1. kelak
bertambah lagi bil aku. Mahu tidak mahu,
aku mengambil keputusan untuk membeli sym card Arab Saudi sahaja.
Melangkah sahaja masuk mall, aku meminta anakku mencari
kedai prepaid dahulu. Lama juga kami
berpusing, yalah tempat tak biasa. Sym
card dijual dengan harga riyal 35 dan aku tambah lagi riyal 70.
Setelah urusan sym card ku selesai, kami bergerak pula dari
satu kedai ke satu kedai melihat-lihat barangan yang dijual. Dari dalam mall, ke luar mall. Haha, kedai dalam mall tak boleh tawar
menawar, so aku minta discountlah bila ada barang yang aku berkenan. Boleh
kan gitu? Pada mulanya terdiam seketika pekedai
tu. Kemudian, dia berkata “halal,
halal.” Haha, bolehlah tu… dari rm 200
turun kepada rm 100. okaylah kan?
Jalan punya jalan, kami jumpa kedai 3 ringgit. Yalah, banyak barangan di situ dijual dengan
harga riyal 3. contohnya minyak wangi
botol kecil-kecil, inai, keychain dan tasbih kayu koka kata pemilik kedai. Kalau beli barangan tersebut satu dozen,
harganya hanya riyal 30.
Setelah membeli serba sedikit barang yang hendak dibawa
pulang, aku tiga beranak naik ke bilik untuk bersiap-siap ke Alharam pula.
sementara menunggu anak dan suamiku bersiap, aku call Malaysia. Ah bagus juga rangkaian mobilly ksa, setiap
kali selepas call, akan tertera message yang memberi tahu jumlah baki. So ini bermaknya kita tahu berapakah jumlah
wang yang telah kita gunakan.
bersambung
Labels:
DIARY SEORANG AKU
Friday, February 27, 2015
Musafir Seorang Aku4
Sabtu, 31 January, hari ketiga aku dan keluarga di
Makkah. Hari itu kami dijadualkan berziarah
dan mengerjakan umrah kali kedua. Untuk
mengerjakan umrah, rukun pertamanya ialah niat. Maka untuk berniat ,kita mestilah keluar dari tanah haram
iaitu Makkah ke tanah halal. pada hari
itu, aku dan ahli rombongan telah dijadualkan ke Jaraknah untuk berniat ehram.
Seperti juga hari pertama, tepat jam 7.00 pagi, setiap ahli
rombongan diminta berkumpul di lobi 11 untuk sama-sama bergerak menaiki bas di
ground 0. namun jadual perjalanan kami
pada hari itu agak terganggu dek kesesakkan yang berlaku dipersekitaran jalan masjid
Alharam. Seperti mana yang telah aku
catatkan sebelum ini, bahawa Jumaat dan Sabtu merupakan cuti hujung minggu
penduduk Negara ini, maka pada setiap hujung minggulah jalan-jalan di sekitar
Alharam menjadi lebih sibuk dari biasa.
Bas yang hendak kami
naiki hanya dapat memasuki perkarangan hotel, lebih kurang jam 8.00. ini bermakna jadual perjalanan kami telah
terbuang selama 1 jam. Pun begitu, tiada
terdengar sebarang rungutan dari para jemaah, mungkin masing-masing faham,
pasti ada hikmah disebaliknya atau masing-masing sedang menjaga adab di tanah
haram.
Ah, jalan di kota
Makkah pagi itu benar-benar sibuk.
Pergerakan bas juga tidak lancer. Terpaksa berhenti-henti. Apa yang dapat aku perhatikan, pemandu bas di
sini seolah-olah benar-benar terlatih dari segi pemanduan dan imosi. Tiada terdengar satu rungutan pun yang keluar
dari mulutnya dan cara beliau break bas juga smooth. tak
terasa badan kita terhinggut-hinggut ke depan dan kebelakang.
Demi menjimatkan masa, mutawif mencadangkan agar bas hanya
berhenti di Jabal Rahmah sahaja. Tempat
lain-lain tu, bas perlahankan pergerakan, dan mutawif akan memberi penerangan.
Kalau tak silap ingatanku, bas kami melintasi Jabal Nur di
mana terletaknya gua Hira tempat pertama rasul SAW menerima wahyu. Bas kami juga melintasi Jabal Thur di mana
tempat persembunyian Rasul SAW dan sahabat baginda Saidina Abu Bakar. Kemudian bas melalui Mina, Muzdalifah serta
Arafah di mana tempat-tempat itu wajib dikunjungi bagi jemaah haji.
Memandangkan bas rombongan terlalu banyak dan orang ramai
bersesak-sesak hendak menaiki bukit
Rahmah, mutawif mencadangkan agar kami hanya turun seketika sahaja, sekadar
menghirup udara setempat.
Kami tiba di masjid Jaraknah lebih kurang jam 10.30. di sini, ahli rombongan dibenarkan turun
untuk bersolat sunat ehram serta melakukan urusan yang berkaitan tandas. Sebelum bas bergerak pulang ke Alharam, kami
diingatkan agar berniat. Alhamdulillah,
Kami tiba semula di masjid Alharam hamper Zuhur. Ini bermakna kami terpaksa melakukan umrah
sesudah Zuhur.
Usai solat Zuhur, kami makan tengahhari demi memberi
keselesaan kepada perut masing-masing sebelum mengerjakan umrah.
Umrah aku tiga beranak kali ini dipandu oleh ustaz Hamdi
iaitu tamu kami semalam. Beliau telah
menunggu kami sebelum waktu Zuhur
lagi. Makan tengahhari juga dilayan oleh
beliau. Sesudah makan, kami dibenarkan
naik ke bilik untuk memperbaharui wuduk dan segala urusan remeh temeh. Almaklumlah umrah kali ini akan berterusan
sehingga asar.
Lebih kurang jam 2.30 petang, kami mula bergerak ke Alharam
untuk menyempurnakan umrah. Selesai
tawaf, ustaz Hamdi meletakan kami betul-betul di belakang makam nabi Ibrahim (makam
nabi Ibrahim ialah bekas-bekas tapak kaki baginda) untuk bersolat sunat tawaf
dan berdoa. Kemudian kami diletakkan betul-betul
dihadapan Multazam untuk berdoa. Usai
berdoa, kami dibawa ke ruang saie.
Sebelum memulakan saie, ustaz Hamdi membawa kami ke tempat
air zamzam. Secawan zamzam telah diberi
kepada kami setiap seorang. Dan kami
juga diberi secawan lagi untuk membasuh muka.
Di situ memang disediakan besen untuk mereka yang ingin menyegarkan
wajah dengan air zamzam.
Sebelum sempat kami menyelesaikan saie, qamat untuk sola
Asar berkumandang, maka kami hentikan terlebih dahulu ibadah Saie lantas turut
berimam solat Asar. Usai solat jenazah,
kami sambung kembali ibadah Saie yang hanya tinggal dua pusingan sahaja lagi.
Selesai Saie, kami bertahlul (bergunting rambut) tanda
sempurnalah sudah ibadah umrah kedua kami.
Rukun-rukun di dalam umrah:
I nia
II tawaf
III saie
IV bertahlul
Usai menyempurnakan umrah, kami pulang ke hotel untuk
merehatkan badan biar seketika Cuma. Aku
tahu, anakku begitu penat. Manakan tidak
sedari jam 3.30 pagi, dia belum lagi merebahkan badannya ke katil. Pun begitu, Alhamdulillah dia masih
bersungguh dalam mengerjakan umrahnya.
Jujur aku katakan, umrah keduaku lebih menginsafkan diri
ini. Kalau di dalam umrah pertama,
airmata Tawaf dan Saieku lebih kepada keterujaan dapat menjejakkan kaki ke
masjid Alharam serta kesyukuran yang mendalam kepada ilahi kerana diri kerdil
ini turut menjadi pilihan Allah Azawajjala.
Tetapi airmata Tawaf dan Saieku kali ini benar-benar menginsafkan serta
terasa betapa diri ini adalah seorang pendosa.
Disepanjang proses Tawaf dan Saie, tidak putus-putus aku
bermohon keampunan dari ilahi agar setiap dosa yang pernah ku lakukan dari
sekecil-kecil dosa sehinggalah sebesar-besar dosa diberi pengampunan .
Terasa diri ini tiada nilai disisi DIA Yang Maha Pencipta. Betapa tidak, Hajar, nabi Ismail dan nabi
Ibrahim bekorban demi agama Allah. Dan
begitu juga rasul sAW yang bekorban harta dan nyawa sendiri demi membangunkan
sebuah agama suci lagi benar. Namun
aku? Langsung tiada sumbangan terhadap
shiar islam. Hanya cukup sekadar
bersyukur dengan apa yang sedang aku kecapi hari ini.
Ya Allah,berilah aku kekuatan untuk memlihara tingkah laku
diri ini agar sentiasa mentaati perintahMu serta menjauhi segala
laranganMu. Jua aku memohon moga aku
diberi kekuatan untuk membentuk keluargaku di atas jalan yang Kau redha’i. sungguh aku mengharapkan agar suatu hari
kelak, hasil asuhan tangan ini, akan lahir seorang hambamu yang bermunafaat
kepada agama benarMu. Inshaallah, amin.
bersambung
Labels:
DIARY SEORANG AKU
Monday, February 23, 2015
Musafir Seorang Aku3
Alhamdulillah, segala urusan immigration dan pengambilan
bagasi berjalan lancar. Kami sedikit
lewat masuk ke Makkah disebabkan
terpaksa menunggu bas yang agak lama.
Apabila bas mula memasuki tanah suci Makkah, mutawif mula
mengetuai bacaan doa memasuki Makkah.
Menitis airmataku, kerana betapa kerdilnya diri ini kurasakan. Dan betapa Allah telah mengkabulkan doa
hamba-hambanya selagi ia kea rah kebaikan.
Perjalanan dari terminal Haji Jeddah ke Masjid Alharam lebih
kurang 1 jam. Kami tiba di hotel
penginapan yang mana terlalu hamper dengan masjid alharam, lebih kurang jam 4.30
subuh. Namun menurut Mutawif, untuk
terus melakukan tawaf umrah masanya terlalu suntuk. Kerana proses chack in dan pengambilan bagasi
akan mengambil masa lebih kurang 1 jam.
So kami disarankan bersolat ddalam bilik masing-masing atau di dataran
masjid alharam sahaja.
Lebih kurang jam 7.00 pagi, setelah sarapan, setiap ahli
rombongan diminta berkumpul di lobi 11 untuk sama-sama bergerak ke masjid
alharam untuk mengerjakanumrah pertama.
Oh ya tempat miqad (tempat berniat ehram) bagi jemaah Malaysia yang
terus ke Makkah, ialah di Karnul Manazil.
Alhamdulillah setelah kakiku memijak bumi Alharam, terasa
bagai terangkat segala kepayahan. Tiada
sedikit pun tercalit rasa itu di dalam hatiku.
Dengan pimpinan Allah Azawajjala yang diperantarakan kepada anakku, setiap langkah terasa mudah dan lancar miski
dicelah lautan manusia.
Apabila kakiku melangkah ke dalam Masjid Alharam, seluruh
jiwa nurani mengalami suatu perasaan yang tidak mungkin dapat aku gambarkan
dengan kata-kata. Biar pandangan mataku
kosong, namun cahaya Alharam terang bersinar di dalam jiwa nurani yang kerdil
ini. dan tatkala anakku membisikkan,
“ma, kita menghadap ke Kaabah”.
Dadaku hebat berdegup. Serrentak
itu juga airmataku mengalir kepipi sambil hatiku berdoa. Dalam kesayuan, aku mengikuti bacaan doa melihat kaabah yang diketuai oleh mutawif.
Setelah selesai berdoa, mutawif terus memandu kami ke tempat
tawaf untuk memulakan tawaf umrah. dan
selesai tawaf, kami terus ke tempat saie.
Selesai saie, lantas bertahlul (bergunting rambut). Alhamdulillah, kami selesai mengerjakan umrah
pertama lebih kurang jam 9.00 pagi.
Kemudian mutawif membawa kami balik ke hotel. Aku tiga beranak serta ahli rombongan lain
lantas naik ke bilik masing-masing untuk merehatkan badan sementara menunggu
waktu Zohur.
Setiba sahaja aku tiga beranak di bilik kami, anakku tanpa
berlengah terus melompat ke katil.
Selang beberapa ketika, dengkuran halus kedengaran,mungkin terlalu letih
agaknya dia dek perjalanan yang panjang dan diburukkan lagi dek hidungnya yang
berair. Pun begitu, Alhamdulillah, Allah
masih memberi dia kekuatan untuk menyelesaikan umrah tanpa sebarang rungutan. Selang beberapa minit kemudian, suamiku juga
turut memasuki alam lena.
Setelah memberi kesegaran tubuh, aku mula bermain-main
dengan hp ku. Sebelum ke tanah suci, aku
telah merisik-risik selcom tentang syarikat komunikasi apakah yang bekerjasama
dengannya. Aku masuk network,lantas
menukarkan kepada rangkaian mobilly ksa.
Aku malas nak tukar sym card Arab Saudi.
Lalu aku menggunakan package umrah yang disediakan oleh selcom Malaysia. Aku dengan senang hati melanggan package
umrah 7 hari. Package tersebut
menyediakan:
55 minit panggilang bersuara, 100 sms dan internat tanpa had. Setelah selcom aktifkan package yang ku
langgan, aku menghubunggi kedua-dua ibu bapaku dan ibu bapa mertuaku untuk
mengkabarkan akan perihal kami tiga beranak.
Lebih kurang jam 11 pagi, aku mengejutkan suami dan anaaku
untuk bersiap-siap ke masjid Alharam bersolat zohor. Waktu Zohor di Makkah lebih kurang jam 12.35
tengahhari. Jam 11.30, kami tiga beranak
mula melangkah ke masjid Alharam.
Alhamdulillah, dengan kehendak Allah, anakku dengan mudah mengecam jalan
dan pintu masjid yang berhampiran dengan hotel kami yang telah ditunjuk oleh
mutawif pagi tadi. Perjalanan kami dari
hotel ke masjid tak sampai 10 minit.
Alhamdulillah, atas rahmat Allah, sewaktu di dalam masjid,
begitu mudah anakku mencariku setelah selesai solat. Ruang solat perempuan dan lelaki
dipisahkan. Usai solat Zohor, kami
pulang ke hotel untuk makan tengahhari.
Makan tenggahhari selepas Zohor, makan malam selesai Ishaa dan sarapan
usai solat Subuh.
Setelah berjamu selera, kami naik ke bilik untuk bersantai
seketika. Jam 3.00 kami ke masjid untuk
Asar pula. Waktu Asar lebih kurang jam
3.45 petang. Oleh kerana hotel kami
tidak jauh, maka setelah Asar kami sekali lagi pulang ke bilik untuk
memperbaharui wuduk. Lebih kurang jam
5.15, kami ke masjid lagi untuk Maghrib dan Ishaa pula.Maghrib lebih kurang jam
6.30 petang, dan Ishaa 7.35 malam.
Keesokkan harinya, Jumaat merupakan hari kedua kami di
Makkah. Hari itu tiada aktiviti
berkumpulan. Masing-masing mencari
haluan sendiri.
Selesai bersarapan di pagi itu, kami tiga beranak hanya
bersiar-siar di dalam mall dan gerai-gerai kecil di luar mall. Mall dan gerai-gerai kecil terletak di bawah
hotel yang kami huni. Oleh kerana hari
itu hari Jumaat, maka harus cepat ke masjid.
Seawall jam 10.00. kalau terlewat
sukar untuk masuk masjid. Hanya dapat
bersolat di dataran masjid sahajalah.
Selesai solat Asar, sedang kami berehat-rehat di bilik, kami
didatangi tamu. Tamu tersebut pernah
menjadi customer suamiku sewaktu tamu itu berkunjung ke Malaysia. Setelah beliau memperkenalkan dirinya dan
ahli keluarga beliau, beliau memberitahu bahawa temannya di Malaysia
memberi tahu beliau yang suamiku dan keluarga berkunjung ke Makkah. Oh ya,tamu kami itu adalah orang Patani
kelahiran Makkah. Maka bolehlah beliau
bercakap melayu walau pun tak lancar.
Di Makkah, cuti
hujung minggu ialah pada hari Jumaat dan Sabtu.
Maka kebiasaannya, pada hari-hari tersebut, masjid Alharam akan lebih
padat dari hari-hari biasa, kerana kebanyakkan penduduk di sini mengambil
kesempatan untuk melakukan umrah.
Setengah jam berborak, tamu kami memohon diri. Dan dia berjanji untuk mengunjungi kami lagi
bila terluang.
bersambung
Labels:
Diary Seorang Aaku
Tuesday, February 17, 2015
Musafir Seorang Aku2
Alhamdulillah lebih kurang dalam tempoh seminggu, segala
dokumen yang diperlukan telah lengkap kami sediakan. Jumaat 26 Disember, kami sekali lagi ke Th
travel untuk menyerahkan dokumen yang dikehendaki beserta bayaran lengkap.
Setelah menyerahkan segala dokumen dan bayaran, kami diberi
tiga buah beg besar, tiga buah beg sandang, sepasang kain eharam untuk tiap seorang
gentleman beserta sehelai telekung untukku.
Kami juga diberi jadual perjalanan.
Kami akan terus ke Jedah. Ini
bermakna orang lelaki akan memakai kain ehram di airport KLIA. Dan setiba sahaja di Makkah, kami akan terus
mengerjakan umrah.
Setelah selesai berurusan kami pulang dengan pelbagai
perasaan di dalam hati masing-masing.
Sebelum kami pulang, sempat pegawai yang menguruskan tempahan kami
memberi nasihat yang ringkas namun begitu besar ertinya.
“akak dan abang betulkan niat, pergi lillahhi taala,
Inshaallah, allah mudahkan segala-galanya di sana kelak.”
Aku hanya menganggukkan kepala tanda memahami akan nasihat
keramat dari pegawai tersebut. Sebelum
berundur kami mengucapkan terima kasih.
Hari terus berlalu.
Hatiku kian gementar dalam penantian.
Pelbagai persoalan mula bermain dibenakku.
“mampukah anak bujangku mengelolakan ibu dan ayah nya di
celah-celah ratusan ribu manusia?”
Aku juga takut, kalau-kalau segala dosa yang ku lakukan
selama ini diberi pembalasan di tanah suci itu.
Dan pelbagai lagi persoalan satu persatu meliar
dibenakku. Dari yang remeh sehingga yang
agak berat.
Demi membuang segala rasa
yang kurang enak, aku perbanyakkan solat taubat dan hajat. Teringat aku akan kata-kata orang bijak
pandai agama, bahawa sentiasa bersanggka baik dengan Allah, kerana Allah maha
penyayang dan maha pemberi rahmat. Untuk
menguatkan spiritualku, disetiap masa
lapang, aku isi dengan ungkapan astifar dan membaca alquraan.
28 January, tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Alhamdulillah, hatiku terasa tenang. Tiada lagi persoalan-persoalan liar
bertenggek dibenakku. Aku hanya pasak
kedalam hati yang paling dalam, bahawa aku pergi semata-mata untuk beribadah
kepada Allah yang Maha esa.
Pada hari itu, anakkulah orang yang paling gembira. Manakan tidak, 28 January merupakan tarikh
kelahiran dia. Menurut anakku, pergi mengerjakan
umrah adalah hadiah yang paling bermakna buat dia.
“terima kasih mama, papa.
Hari ini hari yang paling best buat saya.”
Itulah kata-kata yang lahir ikhlas dari mulut anakku.
Kami mula meningalkan “our sweet home” lebih kurang jam 1.45
tengahhari. Anakku mengetuai bacaan doa
keluar rumah dan doa perjalanan. Di
sebelah paginya, telah kami sempurnakan solat sunat musafir dan solat sunat
ehram.
Keberangkatan kami ke tanah suci telah dihantar oleh
kedua-dua adik bungsu keluargaku dan keluarga suami. Yang lain hanya mengucapkan selamat jalan
melalui telephone sahaja. Almaklumlah,
masing-masing tinggal di luar KL.
Selesai solat Asar, aku dan rombongan diminta ke bahagian
internasional untuk urusan immigration dan seterusnya perlepasan. Oh ya, kami menaiki pesawat yang disewa khas oleh Th travel.
Lebih kurang jam 8.00 malam, pesawat mula berligar-ligar
demi meraih kudrad untuk berlepas ke udara.
Oleh kerana pesawat menghadap ke kiblat, maka kami diarah bersolat di
tempat duduk masing-masing. Dan
sebelumnya semua penumpang telah diminta menyimpan wuduk sewaktu solat asar.
Sedikit sayu hatiku, tatkala kapal mula meninggalkan
lapangan terbang KLIA. Almaklumlah, ini
adalah kali pertama aku bermusafir jauh dari tanah tumpah darahku. Namun rasa itu segera terpadam dek keinginan
yang amat sangat memijak bumi suci lagi barakkah.
Lebih kurang sejam perjalanan, selsema anakku kian
serius. Badannya mula panas. Hatiku mula gusar. Namun cepat-cepat ku tepis rasa itu dengan
mengingati Allah banyak-banyak.
Ah, dengan kehendak Allah jua, Dia gerakkan hatiku untuk
membawa ubat demam selsema buat anakku.
Ubat lantas ku berikan padanya dengan harapan Allah akan meredakan
demamnya. Dan kehendak Allah jua,
diantara beberapa pramugari, ada seorang amoi yang terlalu baik kepada
kami. Aku lantas mengambil kesempatan dengan
kerap meminta air suam untuk anakku.
Mudah-mudahan dengan banyak
meminum air suam, akan mengurangkan panas badannya. Alhamdulillah, formulaku menjadi. Setiba kami di lapangan Haji Jedah, ku lihat
anakku lebih segar dan ceria. Selsemanya
juga mengendur.
Kami tiba di lapangan terbang Haji Jedah lebih kurang jam
12.00 malam, waktu Arab Saudi. Masa
perjalanan ialah 8 jam. Waktu di Arab
Saudi adalah 5 jam lewat dari waktu Malaysia. Alhamdulillah sewaktu di udara, tiada berlaku
perlanggaran awan yang serius, hanya gegaran kecil sahaja.
Bersambung
Labels:
DIARY SEORANG AKU
Friday, February 13, 2015
Musafir Seorang Aku
Keinginan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah dan
tanah barakkah Madinah begitu membuak-buak sejak setahun dua kebelakangan
ini. Namun apakan daya, rasa itu
terpaksa dipendam apabila jawaban yang ku terima dari beberapa syarikat
pelancungan menatapkan bahawa setiap jemaah OKU pengelihatan perlu membawa
seorang pengiring yang berusia 18 tahun ke atas. Sedang anak bujangku baru berusia 11 tahun.
Aku mula menjenguk-jenguk ke dalam akun simpanan kami. Setelah dicongak, Alhamdulillah, ianya masih
cukup untuk sponsor seorang pengiring. Lantas aku memilih untuk membawa adik
perempuanku. Setelah berbincang dengan
adik perempuanku dan suaminya, aku kembali menghubungi syarikat pelancungan
yang telah ku pilih.
Namun sekali lagi jawaban yang ku terima menurunkan rasa
keterujaan ku. “perempuan yang berusia
di bawah 45 tahun hendaklah ditemani suami, saudara lelaki, bapa/bapa
saudara. Undang-undang dikeluarkan oleh
kerajaan Arab Saudi.” Itulah yang diberitahu kepadaku oleh pegawai di syarikat
pelancungan yang ku hubungi.
Walau sedikit kepayahan untuk mencapai cita-citaku itu,
namun aku terus berdoa agar aku tiga beranak direzkikan menjejakkan kaki di
kedua-dua tanah suci tersebut.
Entah bagaimana, pada hari Jumaat 19 Disember 2014,aku
mengajak suami dan anakku walk in ke Th travel.
Setiba kami ke kaunter, aku bertanyakan salah seorang pegawai di situ.
“kalau kami bertiga nak buat umrah boleh?”
Diam seketika pegawai tersebut. Mungkin sedang mencari kebenaran akan kata-kataku atau sedang menilik akan kesungguhan diriak wajah kami.
Beberapa ketika kemudian, jawaban yang tak kusangka ku
terima.
“boleh. Bila nak pergi tu?”
jawab pegawai tersebut dengan tenang.
Mendengarkan jawaban itu, seluruh hatiku dipenuhi
bunga-bungaan yang mekar sambil ungkapan Alhamdulillah terlantun-lantun dalam
benakku.
Setelah rasa girangku dapat dinutralkan, aku lantas
bertanyakan apakah package-package yang disediakan serta tarikh yang masih
kosong di dalam bulan January.
Dengan tenang pegawai tersebut menerangkan akan package yang
disediakan oleh Th Travel Bhd.
Antaranya:
I package Akib
II package topaz
III package Almas
IV package Zamrud
Setelah memahami setiap penerangan yang diberikan oleh
pegawai tersebut, aku bertanya lagi.
“apakah package yang sesuai untuk kami?”
“kerana encik dan puan tak Nampak, saya kira eloklah kalian
ambil package topaz. Ianya saya lihat
Inshaallah akan memudahkan pergerakkan kalian bertiga Ke Masjid Alharam. Serta harganya masih mampubayar oleh encik
dan puan.
Bersungguh pegawai itu memberi penjelasan.
“Oh ya, tarikh yang masih kosong di dalam bulan January
hanyalah 28.” Sambung pegawai itu lagi.
Setelah bersetuju dengan tarikh dan package yang ditetapkan
untuk kami, kami pun membayar sejumlah deposit yang ditentukan.
Kemudian dengan tenang pegawai tersebut menjelaskan segala
dokumen yang diperlukan. kami diberi
tempuh lebih kurang dua minggu untuk menyelesaikan segala dokumen sepertti:
I passport
II 4 keping gambar untuk visa
III buku kesihatan
beserta injection imunisasi
IV salinan surat nikah yang disahkan
oleh pegawai jabatan agama islam yang berhampiran
VI salinan surat beranak anak yang
disahkan oleh pegawai di jabatan pendaftaran Negara berhampiran
Bersambung.
Nota: untuk mereka
yang merindui bacaan imam masjid alharam, boleh klik link dibawah:
Labels:
DIARY SEORANG AKU
Subscribe to:
Posts (Atom)