assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, November 25, 2014

Perkongsian Ikhlas



saya kira rancangan Usrah Nurani Jumaat lalu begitu ilmiah sekali perbincangannya.  Jadi molik rasanya saya share rakamannya dengan para pengunjung budiman.


Perbincangan berkisar bagaimana kita sebagai masyarakat marhain/orang biasa-biasa harus beradab dengan  para ulamak muktabar apabila bertembung dengan permaslaahan khilafiah.  Di dalam perbincangan tersebut juga banyak ilmu yang boleh didapati bagi kita orang biasa-biasa yang masih kekurangan ilmu ini.


Mudah-mudahan ia dapat memberi munafaat kepada kita bersama.

Wednesday, November 12, 2014

Cetusan Pagi



Biar pun 1 Muharam/maal hijrah 1436 hijri telah hamper 20 hari kita tinggalkan, namun rasanya tak salah peristiwa perpindahan kekasih Allah/rasulullah SAW terus diselusuri agar rasa cinta terhadap baginda semakin meresap kedalam sanubari kita.


Betapa baginda berkorban jiwa raga hatta darah baginda yang mulia jua turut tertumpah demi membina islam yang hari ini kita kecapi dalam zon yang boleh dianggap selesa.


Sejarah baginda rasul, parasahabat dan alim ulamak terdahulu perlu terus diulang baca agar kita benar-benar dapat menhayatinya demi memperkasakan agama didalam diri sendiri khasnya dan menyuburkannya di bumi Allah ini.  Memang benar, islam dipelihara Allah, namun andai sejarahlampau tidak kita hayati, dikhuatiri ianya akan terlepas dari genggaman hati dan jiwa  kita.


Di bawah secebis kisah yang melibatkan peranan wanita insan mulia di dalam penghijrahan rasul SAW.

Mudah-mudahan kisah tersebut menjadi inspirasi buat kita menyumbang kea rah memelihara/mengembangkan agama islam.    Bagi saya peranan yang paling mudah kita lakukan, beri semangat kepada suami dan anak lelaki untuk solat berjumaah di masjid terutama di waktu subuh.