assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, October 15, 2014

Terima Kasih Dato' Sri Najib



Sudah hampir seminggu pembentangan belanjawan Negara berlalu, namun seperti biasa ceritanya akan berlanjutan berminggu-minggu.



Alhamdulillah, elaun pekerja cacat (epc) turut mendapat perhatian Dato’ Sri Najib kali ini.  Elaun tersebut telah dinaikkan dari rm 300 ke rm 350 sebulan.  Walau pun ianya hanya rm 50 keanikkannya, namun ianya sungguh bermakna bagi kami gulungan OKU.  “terima kasih Dato’ Sri, atas keperihatinan Dato’.”  Ingat bila kita berterima kasih kepada orang, secara tak langsung itu tanda kesyukuran kepada Allah Yang Maha Besar.




Memandangkan Dato’ Sri telah meletakkan rm 3000 kebawah adalah berpendapatan rendah, maka saya amat berharap dapat  kiranya di tahun hadapan, Dato’ Sri bermurah hati untuk  menaikkan taraf kelayakan penerima elaun tersebut (EPC), dari rm 1200 kepada rm 3000.maka akan lebih ramai lagi gulungan OKU bakal mendapat munafaatnya.
 



 

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.