assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, October 28, 2014

Rencah Kehidupan



Mudah-mudahan secebis pengalaman di bawah boleh dijadikan pedoman bagi mereka yang belum mengalaminya.


Ani dan Zul telah hampir 10 tahun menjadi pemegang polisi “life- insurance daripada seorang agent insurance yang juga boleh dianggap kawan mereka.  oleh kerana suatu sebab yang tidak boleh dielakkan, kedua-dua mereka telah mengambil keputusan untuk memberhentikan polisi insurance mereka.


Setelah sepakat, Zul yang kononnya lebih rapat dengan agent tersebut telah menghubungi agent itu untuk bertanyakan bagaimana cara untuk memberhentikan polisi life insurance mereka.


Anda tahu apa jawapan yang diberi oleh agent tersebut?


Agent:  “tak payah bayar ajelah.  Proses pemberhentian dalam tempoh 6 bulan, kelak kalian akan menerima pulangan sebahagian kecil wang caruman.”


Dek tak berpuashati dengan jawapan agent yang seolah-olah tak bertanggungjawab, Ani telah menghubungi call centre/pusat khidmad pelanggan syarikat insurance tersebut untuk bertanyakan proses sebenar pemberhentian polisi.


Anda tahu apa jawapannya?  10 kali lebih jujur dari jawapan yang diberi oleh agent insurance tadi.


Pegawai pusat Khidmad Pelanggan:  “puan bawa polisi ke kaunter kami, isi borang permohonan, kemudian tunggu wang akan dipulangkan dalam tempoh dua minggu dari tarih permohonan.


Ternyata benar kata pegawai Pusat Khidmad Pelanggan, tak sampai pun tempoh dua minggu, Ani dan Zul telah pun menerima pulangan wang caruman mereka.


Tahukah anda mengapa agent insurance mengatakan proses pemberhentian polisi selama 6 bulan?


Kerana disepanjang tempoh tersebut, walau pun pihak pemegang polisi tidak lagi membayar caruman, namun agent akan terus mendapat percent mereka yang ditolak menerusi section saving di dalam account pemegang polisi.  Maka dengan ini, akan mengecilkan wang pulangan yang bakal diterima oleh pemegang polisi.


Hai para agent insurance, berkata benarlah walau di dalam apa situasi sekali pun.  Andai ketika memancing pelanggan anda bermulut manis, maka berlapang dadalah saat anda bakal kehilangan pelangan.

Tuesday, October 21, 2014

Mohon Maaf



Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf di atas posting tengah hari tadi.  Mungkin saya kurang arif akan tujuan sebenar penganjuran program tersebut.  Sekiranya program “I Want To Touch A Dog” dianjurkan bertujuan menjadikan haiwanini  sebagai haiwan peliharaan di dalam rumah, sememang dilarang sama sekali.  Kerana sekiranya anjing di dalam rumah, akan terhalang malaikat rahmat memasuki rumah kita.


Apa pun saya mengucapkan ribuan terima kasih atas teguran pembaca budiman ke atas posting saya siang tadi.  Memang benar kata anda, najis mughalazah tetap najis mughalazah.Inshaallah, dilain kali, saya akan lebih berhati-hati di dalam meletakkan posting di lelaman maya ini.


Sekali lagi, saya memohon berbanyak maaf.

Monday, October 20, 2014

Jentik Sikit,



hai hai, kenapalah kita ni sering negative thingking.  Papar yang satu ni memang suka melariskan jualannya dengan tajuk kontrovesi.


Bagi saya program “I want to touch a dog” agak baik kerna ianya bertujuan memberi kesedaran kepada orang islam awam tentang bersentuhan dengan anjing dan bagaimana cara samak yang betul.  Ianya bukan dijalankan membabi buta.


Jum kita Tanya diri kita, siapakah menghina islam, samada penganjur  “program I Want To Touch A Dog” atau seorang ahli perniagaan islam yang menjadikan  minuman alcohol sebagai product perniagaannya besar-besaran?


Tepuk dahi tanyalah akal.

Wednesday, October 15, 2014

Terima Kasih Dato' Sri Najib



Sudah hampir seminggu pembentangan belanjawan Negara berlalu, namun seperti biasa ceritanya akan berlanjutan berminggu-minggu.



Alhamdulillah, elaun pekerja cacat (epc) turut mendapat perhatian Dato’ Sri Najib kali ini.  Elaun tersebut telah dinaikkan dari rm 300 ke rm 350 sebulan.  Walau pun ianya hanya rm 50 keanikkannya, namun ianya sungguh bermakna bagi kami gulungan OKU.  “terima kasih Dato’ Sri, atas keperihatinan Dato’.”  Ingat bila kita berterima kasih kepada orang, secara tak langsung itu tanda kesyukuran kepada Allah Yang Maha Besar.




Memandangkan Dato’ Sri telah meletakkan rm 3000 kebawah adalah berpendapatan rendah, maka saya amat berharap dapat  kiranya di tahun hadapan, Dato’ Sri bermurah hati untuk  menaikkan taraf kelayakan penerima elaun tersebut (EPC), dari rm 1200 kepada rm 3000.maka akan lebih ramai lagi gulungan OKU bakal mendapat munafaatnya.