assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, February 15, 2012

BUAL PENGALAMAN

Terdapat sesetengah kanak-kanak yang sentiasa dahagakan ilmu baru. Tetapi mereka ini inginkan ilmu disampaikan dalam bentuk komik. Kerana bahasa komik selalunya santai, ceria dan mudah difahami. Jadi, saya kira komik sains dari Korea boleh memenuhi keinginan anak-anak ini. Terdapat beberapa komik yang telah dialih bahasa ke bahasa Melayu.

Di antara komik-komik tersebut:

*Ikhtiar Hidup
*Khazanah Dunia
*Experiment Olimpiad

Terdapat pelbagai bentuk ikhtiar hidup yang diketengahkan oleh penulis dalam komik ini. Di antaranya:
*Gempa bumi
*gua
*laut
*virus
*Serangga
*Explorasi Tubuh Manusia
*Dinosaur dan lain-lain.

Melalui pembacaan komik-komik ini, banyak ilmu baru yang dapat ditimba oleh mereka. Contohnya, Ikhtiar Hidup Virus. Ia menceritakan kitaran sesuatu virus, bagaimana virus boleh menjangkiti manusia dan,nama-nama dan jenis-jenis virus. Termasuklah virus moden seperti H1N1.

Isi cerita komik-komik ini, jika dibaca dengan minda islam, maka akan terserlah bahawa Allah itu Maha Hebat pada pandangan anak-anak kita.

Melalui pembacaan komik Ikhtiar Hidup Virus, anak saya telah mampu merongkai persoalan: mengapa khinzir diharamkan Allah untuk umat islam.

Manakala melalui komik Explorasi Tubuh Manusia, menjadikan anak saya lebih menjaga kebersihan diri, kerana takut akan cacing-cacing parasit tinggal didalam tubuhnya.

Melalui komik-komik ini juga, anak saya mula berminat dengan peta dunia. Alasannya ingin tahu di mana letaknya negara-negara seperti: Jepun, Francis, Mesir, Cina, yang telah dilawati melalui pembacaan komik Khazanah Dunia.

Pendek kata, bagi saya komik-komik tersebut amat sesuai dijadikan santapan minda anak-anak masa kini. Miski ia komik, namun pengisiannya penuh ilmiah.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.