assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Tuesday, November 22, 2011

BOLA,OH BOLA

Bola oh bola, kau benar-benar berjaya mencuri perhatian ramai orang, dan dari pelbagai generasi, termasuklah bujang cilikku.

Aku yang sememangnya dah lama tak menelinga (mendengar) akan ulasan bola sepak, mahu tak mahu, sejak akhir-akhir ni, terpaksa mengambil pusing juga dengan perkembangan bola sepak semasa.

Kenapa? Oh, karna bujang cilikku sudah mula cenderung bercerita tentang bola sepak.

Dari mana dia dapat sumber? Oh, setiap pagi, sebelum naik bas ke sekolah, dia sempat menyelak-nyelak akhbar yang dijual di depan kawasan perumahanku.

ya, bermula final Piala Malaysia lalu, aku terpaksa chongok (duduk) di hadapan tv kerana menemaninya . setiap kali ada aksi-aksi yang mendebarkan, di pihak Negeri Sembilan, dia pasti memelukku dan memberi semangat kepadaku. Seolah-olah, aku yang bermain. Tetapi bila ditanya dia memihak kepada negeri mana ketika itu, dia akan menjawab kedua-duanya. Bila ditanya kenapa, katanya sebab, dua-dua dia sayang. Hahaha, pandai juga anakku.

Dan semalam, sekali lagi, aku menjadi peneman setianya. Setiap kali ada aksi mendebarkan, pasti laungan suaranya turut gemersik.

Aha, jangan kelak, dirayu aku untuk membawanya ke stadium, sudahlah.

Apa-apa pun, sekalung tahniah dihulurkan buat pasukan Harimau Muda Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.