assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Monday, October 10, 2011

BUAL BUDGET

Ern, nampaknya gulungan pendidik tersenyum panjang. Tak habis-habis mereka mengucapkan kesyukuran kerana setiap tahun, mereka sentiasa dalam hati setiap PM kita. Tahniah cikgu. Mudah-mudahan dengan keberadaan watak kalian dalam hati PM akan memberi semangat mendidik serta membuka ruang minda untuk lebih kreatif dalam mempengaruhi minat anak didik dalam subject yang kalian sampaikan

Budget yang baru dua hari dibentangkan, bagi saya yang cetekminda ni, biasa-biasa aje, tiada yang luar biasa, seperti mana pendapat orang cerdik pandai kata, budget “ukur baju kat badan sendiri”.

Tentang peruntukkan kepada Kaki Tangan Awam, telah dijangkakan, kerana sana sini banyak mulut-mulut langsung atau tidak langsung dengan penyedian budget membicarakan.

Apa-apa pun, apa yang saya harapkan, tahun depan, bertambah ramailah Kaki Tangan Awam mengunjungi Ideal Reflexology, hahaha.

Buat masa ini, hanya 5 percent dari keseluruhan customer terdiri dari Kaki Tangan Awam. Itu pun kebanyakannya para pendidik.

Kenapa ramai pendidik? Yalah, mana tidaknya, cikgu-cikgu adalah gulungan yang terdedah dengan risiko sakit tulang bealakang dan sakit kepala. Kenapa? Kerana mereka terlalu banyak beardiri dan terdedah dengan permasalahan anak didik.

Sakit tulang bealakang lebih terdedah kepada yang perempuan, risikonya lebih tinggi, kerana kebanyakan mereka memakai kasut yang bertumit.

Jadi, diharapkan mulai tahun depan, lebih ramai lagi para guru kita sedar akan kepentingan reflexology terhadap kesihatan mereka.

Guru adalah tulang belakang masyarakat, so peliharalah tulang belakang anda dari terasa sakit.

Caranya? Kunjungilah Ideal Reflexology atau mana-mana reflexologist untuk membuat reflexy. Sekurang-kurangnya, selepas membuat reflexy,badan anda lebih bertenaga dan bersemangat untuk mengajar.

Segala sakit kepala akibat permasalahan murid dapat dinyahkan. Ianya terbukti dari respond yang kami perolehi dari cikgu-cikgu yang sering mengunjungi Ideal.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.