assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Thursday, September 8, 2011

BUAL PAGI

Semalam Haikal pulang dari sekolah dengan penuh kesedihan dan rasa bersalah. Saat mencium tanganku dia menangis. Aku? Seperti biasalah, cepat tersentuh hati bila melihat airmatanya gugur.

Setelah reda tangisannya, barulah aku soal siasat peri kesedihannya.

Haikal lantas menceritakan alkisah yang membuatkan hatinya begitu sensitif bila melihat mamanya. Rupanya semalam dia kehilangan duit rm 5. mungkin rm 5 tidaklah besar jumlahnya bagi kita, namun tidak pada anakku yang sudah tahu erti kepenatan dalam diri papanya.

Memang setiap hari kami akan membekalkan dia rm 5, kerana menurut Haikal, rm 2 untuk dimasukkan ke dalam tabung anak-anak yatim dan tabung Kamboja yang terdapat di sekolahnya. Sementara rm 3 untuk perbelanjaannya. Tapi Alhamdulillah, setakat hari ini, setiap hari pasti ada baki rm 1 atau lebih, dibawa pulang untuk tabungnya pula.

Aku sedikit kesal, kerana ini bukan kali pertama haknya diambil pelajar lain. Kalau setakat alat tulis, aku boleh menganggap kecuaian dia, tapi kalau bekas penselnya sekali lesap,entahlah..

Di sini, bagi aku, peranan ibu bapa/penjaga amatlah dituntut.

*setiap hari kita hendaklah memeriksa beg sekolah anak, jika terdapat barang baru, soal siasat,dari mana dia dapat.
Paling tidak, kita juga dapat mengetahui kerja sekolah yang harus disiapkan dan prestasi anak di sekolah.

*tanya anak, berapa rringgit yang dibelanjakan, apa yangdibeli, dan berapa baki yang harus dia ada.
Cara ini dapat membentuk anak lebih berhemah belanja dan menghargai ringgit.

*sering tanamkan dalam diri anak, takutkan Allah, kerana Allah maha melihat dan mendengar.
Inshaallah, jika setiap hari perkara yang sama kita baeri tahu anak, pasti perlakuan anak sama sahaja di hadapan mau pun di belakang kita.

Walau sesibuk mana pun ibu bapa, tidak boleh tidak, pendidikan anak bermula dari rumah. Kemantapan ekonomi dan kebagusan sekolah tidak menjamin keindahan peribadi anak.

Akrablah dengan anak, pasti mereka mudah bercerita apa saja yang berlaku terhadap dirinya. Dan apa saja nasihat baik kita mudah diterima.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.