assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Sunday, June 5, 2011

SIMBANG ATM

Saya sedikit tertarik dengan perbincangan berkenaan pemilikan ATM card oleh OKU pengelihatan yang sedang berlangsung kat salah sebuah mailing list blind dalam Negara kita.

Dalam perbincangan tersebut, beberapa kawan blind telah menyuarakan rasa ketidak puasan hati mereka terhadap institusi bank kerana sukar untuk mereka memohon ATM card. Lalu mereka ini telah merasakan, diri telah didiskriminasikan oleh institusi tersebut.

Maka, kedengaranlah suara-suara yang menginginkan istitusi bank merangka satu polisi yang membenarkan OKU pengelihatan memiliki ATM card atau membuka akaun tanpa bergantung kepada budi bicara pegawai bertugas semata-mata.

Saya rasa, ianya boleh dilaksanakan sekiranya kesemua MGO yang mewakili OKU pengelihatan bbersepakat dan bersatu kata untuk membuat pertemuan dengan pihak bank Negara, lantas mengemukakan kewajaran mengwujudkan polisi yang berkaitan kepenggunaan warga OKU pengelihatan di institusi bank.

Tapi apakah setelah polisi hak-hak OKU pengelihatan diaktifkan, tidak akan timbul masalah explitasi orang-orang tertentu terhadap OKU pengelihatan yang kurang berdaya saing dari segi kecerdasan minda.

Kerana perlu diingat, tidak semua OKU pengelihatan mempunyai kecekapan dan kecerdasan yang cukup untuk mengendalikan mesin ATM. Saya bimbang, jika polisi berkaitan terlaksana, ada pula di antara rakan-rakan kita teraniaya kerana dipaksa memohon ATM card demi menyenangkan orang-orang tersayang disekeliling.

Saya pernah mendengar satu kes di mana seorang OKU pengelihatan yang dipaksa oleh ahli keluarganya sendiri untuk memohon ATM card, kononnya untuk memudahkan si OKU pengelihatan ini mengeluarkan wang. tapi masalahnya, OKU pengelihatan ini enggan berbuat demikian kerana beliau sedar akan ketidak cekapannya menggunakan mesin ATM, dan mobilitinya begitu lemah sekali.

Namun Alhamdulillah, kerana budi bicara pegawai yang bertugas ketika itu, permohonan OKU pengelihatan tadi telah ditolak. Maka, Oku pengelihatan itu terasa dirinya telah terselamat dari ketidaktanggungjawaban saudara sendiri. Kesah itu diceritakan sendiri oleh empunya cerita.

Jadi bagi saya, dalam soal kesukaran memohon ATM card atau membuka akaun, tidak perlulah sampai mendesak pihak bank merangka polisi demi kesenangan segelintir dari kita. Takut-takut, kesenangan bagi kita, namun kemudaratan pula bagi setengah kenkawan yang lain.

Bagi saya, kita punya pilihan untuk tidak berurusan dengan bank yang sememangnya enggan berkompromi dengan kita. Saya rasa, banyak lagi bank di negara ini yang boleh diajak berunding dalam soal pemilikan ATM card oleh OKU pengelihatan. So, tepuk dahi, tanyalah minda.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.