assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, April 20, 2011

RENUNGAN BUAT YANG TERSAYANG

Assalamualaikum sayang. Tahukah kau, kala ini hati mama sedikit terguris dengan perlakuanmu? Hiba benar hati ini, bila guru kelasmu khabarkan pada mama, yang sikapmu mula kea rah negative.

Patutlah kebelakangan ini, kau seolah-olah sudah tidak tahu menjaga barang-barangmu. Itu menunjukkan yang kau tidak lagi menghargai pemberian mama papa ke atas dirimu.

Anakku, bila mana kita tidak menghargai pemberian orang kepada kita, samalah seperti kita tidak mensyukuri nikmat dari Allah. Mudah-mudahan kita terhindar dari tergulung dalam gulungan orang mengkufuri nikmat.

Sayangku, demi membendung sikapmu terus tersasar dari landasan, maka mama terpaksa menjatuhkan hukuman ke atas dirimu. Hukuman yang mama kenakan ini rasanya berpadanan dengan usiamu.

Mulai hari ini, kau tidak lagi dibenarkan bermain dengan sebarang permainanmu. Untuk memastikan hukuman terlaksana, lalu mama telah mengunci kesemua permainanmu ke dalam bilik kosong.

Kau juga tidak berpeluang menonton kartoon kegemaranmu dihujung minggu, kerana kabel tv telah mama simpan.

Hukuman ini akan berjalan sehingga kau dapat menutralkan kembali sikap negatifmu.

Mengertilah anakku, mama berbuat begini bukan kerana marah padamu, tapi mama mahu kau tahu, bahawa sikap yang sedang kau pertontonkan pada umum masa kini, adalah tidak wajar wujud dalam diri seorang anak muslim.

Semoga apa yang kau lalui hari ini akan lebih mematangkan tindak tandukmu dihari esok.

Mama akan terus berdoa kepada Allah, agar perjalanan hidupmu diterangi oleh iman dan akalmu yang berpandukan alqur’an jua hadith.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.