assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Wednesday, July 21, 2010

UJIAN PART 1

“maafkan lia bang, kerana tak mampu menghasilkan buah cinta untuk abang.” Kata-kata itu sering terdetak dalam hati Alia Najwa setiap kali merenung gambar lelaki kesayangannnya. Sudah hamper setahun lelaki itu kembali ke sana, namun Alia masih merasakan kehadiran Azim Firdaus di sisinya. Masih tergambar jelas di ingatan betapa lelaki itu gembira bila menerima berita yang mereka bakal menjadi mama dan papa. Almaklumlah telah hamper 5 tahun mereka bersama. Miski mereka saling menerima ketentuan ilahi, namun mereka tak pernah lekang dari berdoa kehadrad ilahi agar diberi permata buat hiasan dalam hidup mereka.

***”terima kasih Lia, kerana bakal menghasilkan buah cinta untuk abang. Abang mahu kita sama-sama menjaga buah cinta kita ni sebaik mungkin. Lia mesti ikut segala arahan doctor demi buah cinta kita.” Lembut Azim menuturkankata sambil memeluk mesra Alia Najwa. “inshaallah bang. Lia akan mengutamakan kesihatan buah cinta kita dari segalanya. Lia tahu kita sama-sama mendambarkan sebutir permata.” Balas Alia manja. “mudah-mudahan Allah kabulkan niat suci kita Lia.” Sambil berkata Azim Firdaus menadah tangan memohon kehadrat ilahi.

***“hello, ini encik Azim? Saya Arif kawan Alia, isteri encik.” “ya, saya bercakap. Ada apa dengan isteri saya?” “jangan cemas Encik Azim. Isteri awak telah kami hantar ke hospital kerana tumpah darah setelah terjatuh tangga tadi.” “astaghafirullah. Kat hospital mana dia sekarang?” Tanya Azim firdaus dengan cemas. “dia kat hospital AP medical center.” “baik saya ke sana sekarang. Terima kasih.”

***”maafkan lia bang, kerana tak dapat mempertahankan buah cinta kita. Lia tahu abang kecewa.” Kata Alia sambil menangis. “sudahlah Lia, ni semua bukan kehendak kita. Ingatlah segalanya telah ditentu untuk kita. Abang redha Lia. Jadi, abang mahu Lia pun terima dengan hati rela.” Azim masih mampu memujuk isterinya miski hatinya sendiri sedikit terkilan dengan peristiwa itu. Tapi dia sedar segalanya ditangan Yang Maha Esa. redha dengan ketentuan adalah penawar yang paling mujiarab saat ini.

***Hari ini genap 7 tahun mereka bersama. Mereka merasakan sangat bahagia dan bersyukur kerana Allah telah menghadiahkan sebutir permata yang sangat indah. Peristiwa dua kali Alia keguguran tidak lagi menghantuinya. Alia Najwa telah selamat melahirkan seorang putra yang cukup sifat dan sihat pada pandangan mata. Berbaloi rasanya segala pengorbanan Alia dan Azim sepanjang mengandungkan putra mereka. Selama 6 bulan Alia terpaksa tinggal di ward atas alasan dia tidak langsung boleh melakukan sebarang pekerjaan dan banyak bergerak dan kandungannya perlu diawasi doctor kerana rahimnya tidak kuat untuk menampung janin yang semakin membesar. Sementara Azim tetap setia menemaninya setiap hari selepas waktu kerja. Selama 6 bulan mereka bagaikan berumah tangga di hospital. 6 bulan di wad, bermakna puluhan ribu ringgit bill yang terpaksa dijelaskan Azim. Tapi itu semua hilang begitu saja bila menatap buah cinta mereka, terhasil dari cinta suci yang selama ini terjalin.

Alia dan Azim sepakat menamakan putra mereka Noor Farhan (cahaya kebahgian). Kini Farhan sudah menjangkau 3 bulan. Pada usia dua bulan pertama, Farhan sepertimana baby normal,aktif dan kuat menusu. Atas kehendak Allah Yang Maha Besar, dalam usia Farhan 3 bulan, dia tidak lagi seaktif dulu dan mula diserang demam yang berlarutan. “bang, apakah kita diuji lagi? Atau mungkinkah ini suatu kifarat buat Alia atas kesalahan lalu?” “sudahlah Lia, jangan meratapi nasib. Kita sebagai mama papa, berusha sajalah agar Farhan terus dipinjamkan kepada kita hingga akhir nafas kita. Azim cuba menenangkan hati Alia miski hati sendiri tidak keruan. Dia juga seperti Alia, takut akan segala kemungkinan.

Mujurlah Alia telah mengambil keputusan untuk berundur dari kerjayanya. Memang dia berniat setelah lahir buah cinta mereka ke dunia, dia akan menjaganya sendiri. Alia ingin membesarkan permata hatinya dengan tangannya sendiri. Suaminya Azim Firdaus amat berbesar hati sekali dengan keputusan yang diambil isterinya. Baginya soal perbelanjaan hidup tak menjadi masalah. Sebagai seorang Senior Aketek di sebuah syarikat swasta, pendapatannya sudah cukup untuk menanggung dan memberi kemewahan dalam keluarga. Jadi, bilamana Farhan sedang mengalami masalah kesihatan kronik,, dapatlah Alia sentiasa disisinya tanpa memikirkan soal kerja yang bakal dibebankan kepada orang lain.

Sungguh terharu hati Alia dan Azim mengenangkan buah cinta mereka yang masih putik, terpaksa menanggung penyakit kronik dan sentiasa keluar masuk hospital. Pun begitu,mereka masih memanjat rasa syukur kepada Yang Esa kerana memberi mereka peluang merasa betapa bahagia menjadi mama papa. Dalam kepayahan, Farhan terus membesar miski tidak selincah baby normal. Kini Farhan telah pun menjangkau 6 bulan, namun dia masih tidak boleh melakukan apa-apa.

Terkesima Alia dan Azim bila mengetahui bahawa darah permata hati mereka dicemari virus Hepatitis. “maaf encik Azim dan puan Alia, nampaknya baby kalian menghidapi hepatitis.” Ujar Dr. Lim, pakar piadetrik yang merawat Farhan. Azim dan Alia saling berpandangan tanpa kata. Kedua-dua mereka faham, hepatitis hanya boleh dijangkiti melalui darah. Ini bermakna darah kedua-dua mereka telah tercemar dengan virus itu. Alia cepat menundukkan wajahnya. Tak sanggup untuk bertentang mata Azim yang penuh tanda Tanya. Di mata Alia sudah mula bertakung manik-manik jernih yang bakal gugur bila-bila masa. Alia terasa amat bersalah kepada suaminya kerana tak dapat menghasilkan buah cinta yang sihat dan segar buat lelaki kesayangannya. Demi melihat suasana emosi pasangan suami isteri itu kurang stabil, Dr. Lim cuba mengawal keadaan. “bertenanglah kalian berdua, yang penting sekarang ni, kita perlu memikirkan peluang untuk menyelamatkan baby kalian. Sekarang ni bukan masa untuk kita mencari punca. Fikir positif dan tumpukan perhatian kepada baby anda berdua.” Azim tertunduk malu mendengar kata-kata dari Dr. lim. Kini dia pasrah lantas keluar dari ruang emosi yang tidak stabil untuk menjadi lelaki islam yang punya pegangan. Azim lantas memegang bahu Alia sambil memujuk “lia, jangan menangis sayang. Dalam soal ni, tiada siapa yang bersalah. Abang tetap dengan kata-kata abang dulu, kita tetap bersama walau dalam apa situasi sekali pun. Itu janji abang pada Lia. Kecuali ditakdirkan Allah abang pergi dulu. andai itu kehendaknya, maka takdapatlah abang tunaikan janji lagi.” Demi melihat Azim yang sudah stabil emosinya, Dr. Lim meminta diri untuk berlalu dari wad yang menempatkan Farhan, baby pasangan itu. Sambil memeluk Azim, Alia melepaskan tangisannya. “maafkan lia. Lia sendiri tak tahu bagaimana semua ini berlaku. Kesian Farhan, menjadi mangsa dari kecuaian Lia.” Alia terus menyalahkan dirinya.

Sudah seminggu Farhan dimasukkan ke wad, namun demamnya masih takmenunjukkan tanda untuk pulih. Malah semakin hari Farhan kelihatan semakin tenat. Mama dan papanya bergilir-gilir meribanya. Mereka bagaikan tak mahu melepaskan Farhan bersendiri biar pun sesaat. Sekali lagi Azim terpaksa berlulang alik dari hospital ke tempat kerjanya.

”ya Allah, andai ini kifarat buatku, aku terima dengan redha. Namun aku bermohon padamu Ya Agung, ampunilah segala dosa yang telah aku perlakukan selama ini. Kasihanilah putra kami. Andai dia bukan milik kami, aku rela untuk kau menarik dia dari kami. Aku takmampu melihat penderitaan yang ditanggung putra kami. Farhan terlalu lemah untuk menanggung kifarat ke atas dosaku. Ya Allah,Ya Rabul Alamin, aku benar-benar bermohon simpati dan belasmu untuk melepaskan putra kami dari bebanan ini. Ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah.” Itulah doa Alia dan Azim setiap kali selesai solat.

Seperti biasa sebelum ke tempat kerja, Azim akan memeluk dan mencium Farhan. hari itu, hati Azim benar-benar sayu melihat putra mereka yang amat pucat takberdaya. Malam tadi Farhan diserang sawan lagi. semalam agak serius dan lama berbanding selalu. Pagi ini, menyusu pun Farhan tak berdaya. “lia, kalau ada apa-apa,cepat call abang ya. Inshaallah tengah hari nanti abang datang. Abang rasa hari ni, abang ambil cuti separuh hari aje. Tak sedap benar rasa hati abang ni.” Azim meluahkan rasa hatinya sambil meletakkan Farhan keribaan Alia. Alia hanya menggangguk sambil mencium tangan suaminya.

***di pejabat, Azim benar-benar resah. Segala kerja yang dibuat tak menjadi. Demi menenangkan hatinya, Azim berselawat dan bertasbih berulang-ulang kali. Sambil duduk meredakan ketidak keruannya, Azim terpandang akan kotak yang berisi buku-buku lama. Tergerak hatinya untuk melihat isi di dalamnya. Perlahan Azim membuka kotak dan mengeluarkan satu persatu buku dan kertas sambil membaca sekali lalu tajuk yang tercatat dihadapan. Saat matanya terpandang buku derma darah, cepat tangan Azim mengambil dan membuka helaian demi helaian. setiap helaian penuh tercatat tarikh dia membuat pendermaan. Semua tarikh itu menunjukkan tika dia masih bujang. Kini Azim tersedar, dah terlalu lama dia tak menderma darah. Tatkala jejarinya menyingkap helaian demi helaian, sehelai kertas putih terjatuh dari celah-celah helaian. lantas Azim mengambil kertas tersebut dan membaca catatan di atasnya. ‘Tabung Darah Negara, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. ‘tuan, darah tuan tidak selamat untuk didermakan kerana telah tercemar virus’. Berderau darah Azim tika menatap perkataan ‘virus’. Dengan gementar dia terus membaca. ‘tuan dikehendaki buat pemereksaan lanjut di hospital berdekatan’.

Terasa terhenti denyutan jantungnya seketika. “ya Allah, mengapa aku terlalu lalai. Sekarang, anak dan isteriku terancam. Maafkan abang Lia. Maafkan papa Farhan sayang. Kerana kecuaian papa, Farhan menjadi mangsa.” Panjang Azim bergumam dalam hati. Menitis airmatanya dihimpit rasa bersalah. Diamati tarikh yang tercatat, 11th Ogos. 1996. itulah kali terakhir Azim menderma darah.

Sedang fikiran Azim berkecamuk, HP nya berbunyi. Azim tahu bunyi alunan suara Alia, menandakan panggilan itu dari isterinya. Menggigil tangan Azim saat menekan butang answering. “hello Lia, ada apa dengan Farhan?” gementar suara Azim ditelinga Alia. “bang, Farhan telah dibawa ke ICU. Dia sawan lagi.” Penuh kesyahduan suara Alia kedengaran di telinga Azim. “lia, ingat Allah Lia. Tunggu abang, abang ke sana sekarang.” Azim masih cuba menenangkan isterinya, biar di dalam hati sendiri,dia menangis kerana dihimpit rasa bersalah yang amat sangat. Sebelum keluar dari pejabatnya, Azim bertafakur sejenak sambil menadah tangan agar hati dan jiwanya mendapat ketenangan yang mutlak. Dia mesti tenang bila berhadapan dengan isterinya. Sebagai lelaki beriman, dia harus kuat untuk menerima segala ketentuan. Sebagai lelaki dan ketua keluarga, dia perlu memberi semangat kepada isterinya kelak.

Setiba Azim di hospital AP medical center,dia terus ke tingkat ICU. Dia cuba mencari susuk tubuh isterinya di dalam bilik berkaca, namun yang kelihatan Dr. Lim bersama rakan sejawatnya beserta beberapa pembantunya. Demi melihat Azim, Dr. Lim segera keluar mendapatkan Azim. “doctor, bagaimana anak saya? Mana isteri saya?” belum sempat Dr. Lim membuka mulut, Azim lebih pantas melontar soalan. “azim, bertenang. Isteri awak pensan tadi. Mungkin terlalu tertekan dan penat. Sementara Farhan, maafkan kami Azim. Mungkin tuhan lebih menyayangi baby kalian. Perlahan Dr. Lim menuturkan kata penuh simpati. “maksud doctor, Farhan tiada lagi?” Azim seolah-olah tidak pasti dengan apa yang didengar tadi. Mengalir jua airmata Azim ke pipinya. “ya Allah, semuanya kerana kecuaianku.” Gumam Azim dalam hatinya. Dr. Lim hanya menggangguk. Taksanggup dia mengulangi kata-katanya. Dia tahu, Azim terlalu kecewa. Dia juga tahu betapa Azim dan isterinya telah lama menunggu kehadiran permata hati. “sabar Azim. Kita hanya boleh berharap sesuatu yang baik, tapi tuhan menentukan segalanya. Oh ya, isteri awak ada di bilik sana.” Dr. Lim cuba menenangkan Azim dengan kata-kata peransang. “Azim, kalau semuanya telah pulih seperti biasa, nanti jangan lupa jumpa saya kat klinik. Ada sedikit perkara yang perlu saya bincang dengan awak berdua.” “terima kasih doctor.” Jawab Azim ringkas.

Azim masuk ke bilik berkaca untuk mendapatkan tubuh kaku Farhan. Sambil mengangkat dan mencium anaknya, “maafkan papa Farhan. Kalaulah masa boleh papa undur, pasti Farhan tak menjadi mangsa virus ini. Semoga Farhan menanti papa dan mama kat sana kelak. Tolong doakan kami sayang.” “bang,” tegur Alia perlahan. Terperanjat Azim. Dia tak sedar bila Alia berada di belakangnya. Segera Azim berpaling kea rah Alia. Direnung wajah sayu isterinya. “maafkan Lia bang, kerana sekali lagi gagal mempertahankan buah cinta kita. Lia tak mampu melawan kehendak Allah bang.” Alia terus mempersalahkan dirinya. Perlahan Azim meletakkan tubuh kaku Farhan, lantas memeluk isterinya sambil mengusap lembut kepala Alia. “Lia tak bersalah. Segalanya datang dari Allah. Abang percaya,semua ini pasti ada hikmahnya Lia. Sekarang ni, Lia harus kuat dan tabah menghadapi ujian mau pun kifarat buat kita berdua. Kita mesti segera selesaikan jenazah Farhan. Kasihan Farhan, tak baik melengah-lengahkan jenazah.” Dalam sedu yang masih berbaki, Alia menggangguk faham.

Semalam,
Jauh perjalanan ku rasakan,
Onak dan duri,
Penuh di jalanan,
Hamper rebah
Aku sendirian,
Mujur Dia
Kuat digenggaman.

(hak cipta Alang Terengganu)

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.