assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Monday, June 28, 2010

NASIB SI AYAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman. Di sini saya sekadar ingin berkongsi cerita dan mudah-mudahan kita dapat menjadikan panduan dalam mengharungi hidup yang kian mencabar keimanan. Sezarah pun tiada niat untuk mengaibkan individu lain.

***A mempunyai 8 adik beradik kesemuanya. 4 lelaki dan 4 perempuan. Kehidupan mereka adik beradik boleh dikatakan sederhana. Kesemua mereka telah mempunyai keluarga sendiri. Ibu dan ayah A adalah peneroka felda. Wwalau tidak mewah, kedua orang tua A berjaya membesarkan mereka berlapan sehingga menjadi manusia dan bukan sampah masyarakat.

Kini, dengan kehendak Allah, ayah A mengalami masalah kesihatan jantung. So, untuk menstabilkan kesihatan jantung si ayah, ayah tua perlu menjalani satu pembedahan kecil untuk memasang satu alat yang dipanggil (stand) demi mengembangkan salur darah yang kian menyempit akibat kolestrol. Proses ini mahu tidak mahu harus dilakukan agar si ayah dapat bernafas tanpa masalah.

Malang si ayah kerana perbelanjaan untuk menjalani proses itu menelan belanja rm sebelas ribu. apa boleh buat, duit si ayah telah habis dan tak sempat nak disimpan kerana membesarkan 8 anaknya. Maka, dengan rasa rendah diri mengadulah si ibu kepada anak-anaknya agar mendapat simpati dari mereka.

Alhamdulillah kesemua adik beradik A bersetuju mengeluar seorang sedikit tanpa banyak bicara, kecuali A. Amemang terkenal dengan mulut pedasnya. Dengan rasa bangga dan lantang A bersuara: “ayah, tulah dulu tak nak simpan duit. Kan sekarang ni dah susahkan anak-anak. Apa yang ayah tahu, rokok aje. Lain kali simpan harta. Kat rumah ni pun tak ada langsung harta hasil dari titik peluh ayah. Yang ada ni, semua A yang belikan.”

rumah menjadi senyap sunyi seketika. bagai tiada berpenghuni lagaknya. Semua adik beradik A memandang ke arahnya tanpa kata. Mereka terkejut dengan kata-kata yang terhambur dari mulut A. masing-masing hanya tunduk. mungkin kerana malu, atau geram dengan keceluparan mulut si adik. si ayah hamya mampu memandang A dengan wajah yang sayu, sedangsi ibu hanya mampu menitiskan airmata sedih kerana mendapat penghinaan dari anak perempuannya sendiri.

Kalau ianya berlaku dalam keluarga anda, apakah yang anda lakukan?

Harapan saya bersamalah kita berdoa kepada Allah agar ditabahkan hati kita dan dikuatkan semangat untuk terus menjaga ibu ayah. Inshaallah.

RINDU PENYU TIADA YANG TAHU

Dalam air, aku seolah nampak akan cahaya sang bulan.. namun bila ku memandang ke atas, di mana cahayanya?  Entah aku sendiri tak pasti..

Lantas sekali lagi aku merenung ke dalam air, ya, jelas kelihatan cahaya dari sang bulan. ya, aku pasti itu simbahan dari cahayanya..

 

Tapi kenapa ia tidak kelihatan di atas sana?  Apakah mataku tidak mampu memandang reality?

Berkali aku ulangi perbuatan yang sama, namun hasilnya tetap seperti tadi..

 

Letih dengan permainan minda sendiri, aku lantas membiarkan saja..

Biar cahaya itu ku nikmati keindahannya dalam bayangan.  Andai itu lebih membahgiakan, aku pasrah..

 

Setelah ku tatap diri sendiri, aku mengerti kini, cahaya itu bukan hak mutlakku.  Cahaya dari bulan hanya untuk menemani malam dan tugasnya memberi keceriaan serta menerangi malam.  Kerana itu tugas yang telah dianugerah ilahi kepada sang bulan..

Kenapa aku harus terus mengharap cahayanya menyimbahiku sepenuhnya?  Cukuplah aku menikmati biasannya.  Bersyukurlah dengan apa yang aku nikmati kini.  Aku wajib redha dengan pemberian rahmat dari  Dia..

Thursday, June 24, 2010

PERKARA YANG SERONOK KITA LAKUKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman. Seperti biasa maaf saya hulurkan andainya tulisan ini kurang disenangi. Percayalah ianya tidak terarah kepada mana-mana individu. Sesungguhnya tulisan sekadar mengingatkan diri saya agar terus berhati-hati dalam menjalani hidup yang kian mencabar.

Saya menulis berdasarkan apa yang saya lalui selama ini. Mengumpat adalah satu perkkara yang sangat menyeronokkan. Walau pun pada hakikatnya perbuatan ini salah disisi agama kerana ianya memberi impak buruk kepada masyarakat sekeliling.

Ya, kita merasa bangga dan bertanggungjawab kerana telah mencerita perihal orang lain kepada orang lain. Kita merasakan apa yang sedang kita lakukan adalah benar kerana kita telah menyampaikan perkara benar perihal seseorang. Tapi sedarkah kita, sebenarnya kita sedang mengumpat? Kerana istilah mengumpat dalam islam adalah: (menceritakan kesah beanar seseorang, dan jika didengarinya, dia akan marah(.

Sementara menceritakan suatu kesah yang tidak benar atau tidak sahih tentang seseorang, ianya dianggap fitnah. Perbuatan ini juga dilarang sama sekali dalam agama. Kerana ia boleh memporak perandakan sesebuah masyarakat.

Selalunya kita akan lebih berhati-hati agar tidak terjurumus kekancah fitnah. Tetapi bab mengumpat ini, kita terkadang terlupa kerana terlalu seronok dengan kesah benar yang sedang kita dengar.

Maka, apa kata mulai saat ini, kita sama-sama hindarkan diri dari terlibat dengan aktiviti mengumpat seperti mana kita mengelak dari terlibat dalam permainan fitnah menfitnah. Di sini saya tidaklah bermaksud nak menjadikan diri kita nafsih nafsih, tapi jika kita dapati seseorang itu mempunyai sifat yang kurang baik, cubalah tegur dengan berhemah. Jika kita tidak mampu, hindarkan diri kita dari beliau, dan tak perlu menyampaikan keburukan itu kepada orang lain.

Mudah-mudahan kita mampu melangkah selangkah lagi kearah yang lebih positif. Tangani keburukan dengan kebaikan. Inshaallah kita boleh melakukan sedikit demi sedikit.

Sekali lagi maaf saya pohon andainya tulisan saya tidak sealiran dengan kebijaksanaan kalian. Kerana saya menulis berdasarkan ketajaman minda saya yang tidak tajam dan kurang arif.

GIGI KEKAL

Sayangku, hari ini Khamis, bersamaan 24th Jun, dua batang lagi gigi kekalmu tumbuh..
Ini bermakna dua batang gigi susumu terpaksa kami cabut ..
Jangan menangis sayangku..
Tahukah engkau sayangku, bahwa kau sudah punyai empat batang gigi kekal sehingga kini. Ini bererti kau mesti menjaga gigimu sebaik mungkin agar tidak mudah menjadi rongak..
Sayangku, kau mesti menggosok gigimu setiap hari.. tidak boleh lagi ponteng gosok gigi..

Tuesday, June 22, 2010

PENJARA PUDU

Di sini,
Di tengah kota,
Di celah hiruk pikuk
Ragam manusia,
Aku tersergam
Seabad lamanya.

Berjasakah aku?
Tapi untuk siapa?

Baernilaikah aku?
Tapi di mana nilainya?

Hari ini,
Tanggal 21 Jun,
Aku terrpaksa akur
Akan Arus pemodenan,
Tunduk,
Dengan kehendak,
Nilai hartanah.

Hari ini,
Dengan penuh dramatic,
Aku gugur menyembah bumi.
Lenyap semua jasaku,
Hilang Nilai antikku.

Tiada lagi,
Bermain di bibir,
Namaku
Penjara pudu.

Saturday, June 19, 2010

SELAMAT HARI BAPA

assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman. saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Bapa kepada semua lelaki yang bergelar bapa. jadikanlah diri anda seorang ayah yang terhebat. semua dari kita punya kelebihan, maka, gunakan kelebihan yang ada pada kita untuk membentuk keluarga cemerlang di dunia dan akhirat. sesunggunya ayah penaung keluarga. pincang keluarga, akibat ayah yang tidak berilmu.

puisi dibawah saya tujukan khas buat ayah tercinta:
terima kasih ayah, atas pengorbananmu:

Ayah,
Dimatamu
Penuh kasih sayang,
Dalam genggammu
Penuh harapan,
Tiap langkahmu
Penuh semangat.

Ayah,
Tika mudamu,
Tekad menggunung
Sedetik waktu,
Tiada kau persiakan.

Ayah,
Gerak tarimu,
Penuh bertenaga,
Semangat juangmu
Merah menyala.

Membelah malam,
Meredah hujan,
Berpayung mentari,
Menongkah arus,
Tiada pernah
Kau perhitungkan,

Ayah,
Bibirmu
Terus menguntum senyum,
Biar kudratmu
Kian menusut.

Ayah,
Kuasa pelindungmu,
terus kau payungkan,
miski naunganmu
telah berdiri gagah.

Sunday, June 13, 2010

SEORANG TUA DAN KETAM

Ombak besar bersama ribut baru melanda sebuah kampung nelayan. Di pantai
terdampar ribuan ketam-ketam kecil yang dibawa bersama ombak besar itu.
Apabila ribut reda dan cuaca tenang semula kelihatan seorang tua sedang
mengutip ketam-ketam yang sudah "nyawa-nyawa ikan" kerana kekeringan itu
lalu dicampakkannya semula ke laut. Seekor demi seekor..
 
Perbuatan orang tua itu diperhatikan oleh sekumpulan ank muda yang
kebetulan berada di pantai itu. Mereka pelik melihat betapa tekunnya orang
tua tersebut mengutip satu demi satu ketam-ketam kecil untuk dicampakkan ke
laut.
 
"Atuk buat apa tu?" tegur seorang daripada anak muda itu.
"Kutip ketam ni untuk buang semula ke laut," jawab orang tua itu.
"Kenapa?"
"Kalau dicampakkan ke laut kan ketam ini akan berpeluang untuk hidup?"
"Atuk nak kutip semua ketam-ketam ni ke?" tanya mereka sambil menunjukkan
ribuan ketam-ketam yang terdampar di pantai itu sambil ketawa.
"Begitulah. Tapi mana atuk terdaya.....ini pun dah cukup letih," akui orang
tua itu. Namun tangannya masih sibuk mengutip dan mencampakkan ketam-ketam
itu ke laut....perlahan-lahan.....
 
Anak muda itu senyum sambil mengeleng-gelengkan kepala.
"Sia-sia aja atuk. Ribuan ketam ni akan mati. Atuk tak akan sempat dan
mampu menyelamatkan semuanya".
"Eh , tidaklah."
"Kenapa?" tanya anak muda itu.
"Bagi kita mungkin nampak sia-sia sebab apalah ertinya menyelamatkan seekor
dua ketam ni berbanding ribuan lain yang akan mati tetapi bagi seekor ketam
yang kita selamatkan itu, ia terlalu besar ertinya." kata orang tua itu.
"Kenapa atuk?"
"Kerana ia melibatkan soal hidup atau matinya, betul tak?" tanya orang tua
itu.
 
Anak-anak muda yang memandang sinis sejak tadi terdiam melihat
kebijaksanaan dan keprihatinan orang tua itu.
 
Moral of the story:
Jangan fikir besar atau kecilnya satu kebaikan apabila kita ingin
melakukannya. Mungkin apa yang dianggap kecil oleh kita sangat besar
ertinya pada yang menerimanya. Apatah lagi bila kita sedar Allah menilai
setiap kebaikan yang kita buat. Mungkin suatu yang dianggap kecil oleh kita
adalah besar pada pandangan Allah justeru keikhlasan dan kesabaran dalam
melaksanakannya.
 
sumber:  email dari kawan

Thursday, June 10, 2010

RINTIHAN

Tika malam terus beranjak dewasa, saat sunyi kian bermaharajalela, mata dan mindaku tetap tak mahu beralah.  Masing-masing beradu tenaga memujuk tuannya untuk terus menhayati dan menginsafi malam yang cukup mendamaikan dengan penuh ketenangan.  Demi menerima ajakan minda dan mataku, aku lantas tarikan jejariku di atas keyboard dengan harapan akan terhasil sesuatu buat hiasan laman mayaku.

 

Ya, di sini, di daerah ini, daerah yang cukup mendamaikan, aku dan penghuninya tenang menikmati malam tanpa ragu, gusar atau cemas yang keterlalluan.  Sehingga terkadang ada diantara kami enggan melepaskan malam biar pun kalimat agung berkumandang di rumah-rumah Allah , menandakan ada tugas yang wajib ditunaikan dan siang kan mengambil alih tempat malam.    Apakah aku bersyukur dengan anugerah rahmatmu?  Atau lekakah aku dengan kasih sayangmu sehingga aku alpa menunaikan hakmu ke atas diriku?  Betapa aku tega meminta itu dan ini, sedangkan permintaanmu aku persendakan.

 

Dek kerana terlalu rakus mengejar kebahagian,  tanpa ku sedar, kepentingan diri menjadi keutamaan.  Lantas terbentuk kelompok berlawanan idealogi miski pada dasarnya satu kepercayaan.  Oh penaungku Yang Agung, layakkah aku mendapat keampunanmu?  Atau berhakkah aku menikmati segala keindahan dan kemanisan di sisimu kelak?

 

Tolonglah aku Ya Rabul Alamin, aku amat takut akan kebencianmu.  Aku tak mahu kehilanganmu, kerna ku tahu,hanya Kau yang mampu membawaku ke gerbang Syurga.  Aku benar-benar bermohon padamu, moga kau terus pimpin tanganku untuk aku tak beralih arah.  Di malam yang kudus, aku merayu padamu,usah Kau rampas cahaya kudus dan tulus kasihmu dari hatiku. 

Saturday, June 5, 2010

SEBUAH PELAYARAN

Semakin jauh
Bahtera belayar,
Kian tecabar
Dek kerenah alam.

Sesekali
Ombak besar melanda,
Sesekali
Angin kencang singgah.

dayakah tangan ini
Menarik sauh
Untuk berlabuh?
Mampukah
Bahtera berlabuh
Tanpa tragedy?

Ya Rabbul Alamin,
Setulus jiwa,
Hamba persembahkan
Menagih simpati,
Memohon belas,
Padu rohani,
Tegap jasmani,
Dalam pelayaran
Ke pelabuhan hakiki.

Thursday, June 3, 2010

UNTUK KANCIL

Salam persahabatan buat sahabatku kancil. Dari jauh aku sentiasa mendoakan agar dirimu tetap mendapat sinar kebahagian dari Dia Yang Maha Pencipta.

Surat ini sengaja ku tulis buatmu sahabatku, kerana aku mahu kau tahu isi hatiku yang kau tak pernah luput dari ingatanku miski kita telah lama tak lagi bermain dan bercerita seperti dua sahabat akrab. Apa pun yang tersirat dalam hatimu,aku takperlu tahu. Kerana setiap makhluk punya hak yang tersendiri.

Kancil sahabatku, setelah kian lama kita tak bertemu, tiba-tiba sebulan yang lalu kau datang menyapa diriku. Kau tahu kancil, betapa gembira aku tika itu kerana kau ku lihat tetap mesra dan ramah seperti dulu. dan hari ini kau menyapa diriku lagi. Tapi kali ini suaramu begitu asing ku rasakan. Biar apa pun, miski hadirmu untuk seketika namun aku amat menghargainya. Terima kasih sahabatku, kerana kau masih terus sudi menghulur tanganmu untuk sahabatmu yang lemah ini.

Sahabatku, ku harap kau selalu-selalulah menjenguk lakaranku di laman ini. Dan harapanku kau juga akan sering menghias laman kediamanmu agar ku tahu situasi dirimu Walau pun kita tak bersua muka.

Sekian salam persahabatan yang penuh tulus dari sahabatmu
Penyu.

Mudah-mudahan keamanan dan kebahgian kan menjadi milik setiap makhluk di muka bumi ini. Bersamalah berdoa kepada Yang Maha Pencipta. Dan bersamalah menunaikan hak Yang Maha Pencipta keatas diri kita sebagai hambanya.

Wednesday, June 2, 2010

LUAHAN MASYARAKAT UMUM

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman. Saya menulis atas rasa tanggungjawab sesama manusia yang dalam satu komuniti. Saya menulis dari sudut kaca mata saya sendiri setelah mendengar banyak rungutan orang normal terhadap kita gulungan OKU pengelihatan. Maaf jika tulisan saya ini sama sekali tidak secocok dengan pendapat teman sekomuniti. Juga maaf andai tulisan ini mengundang rasa tidak puashati di kalangan teman-teman.

Sebagai komuniti minority, kita pasti tak terlepas dari perhatian orang awam. Apa sekali pun yang kita lakukan pasti mendapat tindakbalas positif mahu pun negatif. So,kita sebagai salah seorang ahli komuniti hendaklah berusaha sebaik mungkin untuk menterjemahkan perlakuan kita agar tidak disalah mengerti atau dipandang serong oleh masyarakat umum. Di sini saya sama sekali tidak bermaksud untuk mengajak teman-teman bersikap hipokrit, tetapi menyesuaikan perlakuan dan tatacara kita di tempatnya. Memang pada hakikatnya kita juga seperti mereka (insan normal) punya hati dan perasaan, punya berbagai kerenah, punya keinginan dan kemahuan dan pendekkata mempunyai segala apa yang mereka miliki kecuali panca indra mata. Lantas sebagai hamba Allah, maka kita tidak terlepas dari sifat-sifat negative seperti malas bekerja, sombong, suka mengumpat dan berbagai lagi sifat yang tergulung kea rah negative. Namun itu semua terkadang dilupakan begitu saja oleh sesetengah orang normal. Pada pendapat mereka kita gulungan OKU adalah istimewa lantas perangai juga tentu istimewa. Bilamana mereka sudah bergaul dengan kita gulungan OKU, barulah tanggapan sebegini terhakis dari minda mereka.

Oleh kerana saya mempunyai Pusat Reflexology, (maaf promotion) maka secara tidak langsung saya berhubung rapat dengan orang awam dari pelbagai kaum dan status kehidupan. Rata-rata customer yang datang ke pusat kami membangkitkan rasa kurang senang mereka terhadap OKU pengelihatan yang mencari makan dengan cara menjual book mark/calendar dari satu meja ke satu meja di restoran-restoran. Mereka merasakan kehadiran (penembak istilah dalam komuniti) gulungan peminta sebegini menggangu kosentrasi santai mereka. Dengan harapan agar penjual book mark/kalender ini tidak datang lagi atau cepat berlalu, salah seorang akan bertindaksegera memberi rm 1. untuk sekali dua kehadiran gulungan ini, mereka (orang awam) masih boleh terima dan pemberian mereka iklas. Tapi bilamana ianya sudah menjadi kebiasaan dan terkadang dengan muka yang sama serta boleh dikatakan di merata restoran, mereka mula memberi dengan tujuan menghalau agar tidak diganggu. Percaya atau tidak, itulah hakikat yang harus kita (OKU pengelihatan) terima.

Sebagai sebahagian dari komuniti OKU pengelihatan, marilah kita sama-sama memikirkan dan renung-renungkan luahan hati masyarakat umum. Apakah kita tiada pilihan lain? Segala jawaban ada pada diri kita. Apakah kita sanggup selamanya makan dan memberi makan keluarga kita hasil dari pemberian yang kurang baik. Sekali lagi maaf saya pohon andai tulisan ini menyinggung hati teman-teman sekomuniti. Tulisan saya sekadar mengajak kita sama-sama berfikir akan pandangan dan luahan hati masyarakat umum terhadap kita gulungan OKU pengelihatan. Apakah selamanya kita mahu dianggap mengganggu kehidupan mereka? Walhal hakikatnya jika kita lihat disekeliling, masih ada ruang lagi untuk kita mencari sesuap nasi. Bagi saya, biarlah kita hidup tidak mewah, asal rezeki yang diperolehi halal dan cara mendapatkannya juga sah dari sudut agama. Pada dasarnya mencari makan dengan cara menjual book mark/kalender dari satu meja ke satu meja adalah sah disisi undang-undang, tapi jika ianya keterlaluan dan menjadi kebanggaan,maka ianya sudah menjadi haram disisi agama. Tepuk dada tanyalah hati kita sendiri.