assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Monday, May 31, 2010

LAUTAN MAYA

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca budiman.. puisi sekadar mengingatkan diri sendiri akan batas-batas meneroka lautan maya.

Menyusuri lautan maya
Cetek iman
Rendah perhitungan
Goyah identity
Lalu tersungkur
Dalam pelukan nafsu

Kaum adam
Galak menabur cinta
Tatkala hawa
Leka mengutip

Dalam fantasi
Lupa segala reality
Sedang hakikat
Telah dimiliki
Dan memiliki

Menysuri lautan maya
Teguh benting iman
Tinggi perhitungan
Perkasa identity
Lantas terus
Berdiri gagah
Meredah arus
Ciptaan insani

Thursday, May 27, 2010

MINGGU PEPEREKSAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman. Just nak share dengan kalian telatah si kecilku menghadapi minggu pepereksaan. Kalau tahun-tahun lalu dia belum mengerti apa itu pepereksaan. Tapi tahun ini dia dah mula memahami erti pepereksaan. Di sekolah si kecilku, minggu ini adalah minggu pepereasaan.

Hari ini Haikal pulang dari sekolah dengan muka masam. Setelah memeluk dan mencium ku, dia berlalu tanpa banyak cerita.

Mama: “kal, kenapa senyap aje hari ini?”
Haikal: “tadi, kat sekolah Haikal ada pereksa Matematik. Tapi Haikal buat salah. Cikgu kata Haikal boleh buat, tapi Haikal suka main.”
Mama: “kenapa Haikal main masa pereksa?”
Haikal: “haikal bukan main ma, tapi Haikal tak dapat nak kira. Sebab banyak sangat. Haikal tak ingat nak kira macam yang mama ajar tu.”
Mama: “berapa yang Haikal salah?”
Haikal: “4.”
Mama: “yang betul?”
Haikal: “8”
Mama: “tak apalah. Lain kali cuba lagi. Sebab Kal tak ingat lagi nak buat macam mama ajar tu, jadi Haikal kena banyak buat latihan.”
Haikal: “ya lah ma. Tapi cikgu Halimah tu macam marah aje.”
Mama: “macam mana Kal tahu dia marah?”
Haikal: “Haikal tengok muka dia, tak senyum kat Haikal.”
Mama: “mama rasa cikgu tak marah kat Haikal, tapi mungkin cikgu dah penat melayan telatah Haikal dan kawan-kawan.”

Setengah jam kemudian, aku lihat dia kembali ceria. Mungkin tadi dia rasa tension agaknya. Tapi setelah meluahkan perasaanya kepadaku, mindanya cerdas kembali. Hai, begitulah telatah anak kecil zaman sekarang. Baru usia 6 tahun, tapi dah pandai tension.

LIVER

What is the Liver?
The liver is the largest glandular organ of the body. It weighs about 3 lb
(1.36 kg). It is reddish brown in color and is divided into four lobes of
unequal size and shape. The liver lies on the right side of the abdominal
cavity beneath the diaphragm. Blood is carried to the liver via two large
vessels called the hepatic artery and the portal vein. The heptic artery
carries oxygen-rich blood from the aorta (a major vessel in the heart).
The portal vein carries blood containing digested food from the small
intestine. These blood vessels subdivide in the liver repeatedly,
terminating in very small capillaries. Each capillary leads to a lobule.
Liver tissue is composed of thousands of lobules, and each lobule is made
up of hepatic cells, the basic metabolic cells of the liver.

What is its major function?
The liver has many functions. Some of the functions are: to produce
substances that break down fats, convert glucose to glycogen, produce urea
(the main substance of urine), make certain amino acids (the building
blocks of proteins), filter harmful substances from the blood (such as
alcohol), storage of vitamins and minerals (vitamins A, D, K and B12) and
maintain a proper level or glucose in the blood. The liver is also
responsible for producing cholesterol. It produces about 80% of the
cholesterol in your body.
Diseases of the Liver
Several diseases states can affect the liver. Some of the diseases are
Wilson's Disease, hepatitis (an inflammation of the liver), liver cancer,
and cirrhosis (a chronic inflammation that progresses ultimately to organ
failure). Alcohol alters the metabolism of the liver, which can have
overall detrimental effects if alcohol is taken over long periods of time.

Hemochromatosis can cause liver problems.
Medications that negatively effect the liver
Medications have side effects that may harm your liver. Some of the
medications that can damage your liver are: serzone, anti-cancer drugs
(tagfur, MTX, and cytoxan), and medications used to treat diabetes.
Serzone is a prescription drug manufactured by Bristol-Myers Squibb for
the treatment of depression.
The possible side effects of Serzone® are: agitation, dizziness,
clumsiness or unsteadiness, difficulty concentrating, memory problems,
confusion, severe nausea, gastroenteritis, abdominal pain, unusually dark
urine, difficult or frequent urination, fainting, skin rash or hives
yellowing of the skin or whites of the eyes (jaundice) or a prolonged loss
of weight or loss of appetite.
If you or a family member have suffered serious side effects or a fatal
injury after taking Serzone®, you or the family member may be eligible to
file a claim against the manufacturer. You should contact an attorney that
specializes in class action lawsuits immediately.
To help prevent liver damage, let your doctor know about your liver
condition when being treated for other conditions. Medications come in
many forms and it is best to find out what is in them and what it can do
to your liver.

Monday, May 24, 2010

CORETAN BUAT CIKGU ROSNAH

Assalamualaikum dan salam bahagia. Coretan ini khas buatmu cikgu Rosnah. Sebagai anak didik yang banyak terhutang budi, aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahgian kan menjadi milikmu tiap waktu. Inshaallah.

Dipetang yang mendamaikan, mindaku menerawang entah ke mana. Tiba-tiba mindaku terhenti pada satu nama yang amat ku kenali. Ya, cikgu Rosnah. Seorang guru yang penuh dengan jiwa keibuan. Lantaran mengimbau kenangan bersamamu cikgu, aku lantas tarikan jejariku di atas keyboard demi menzahirkan betapa mulia hatimu cikgu.

Kau kukenali sejak di bangku sekolah rendah lagi. Namamu begitu terkenal dengan perwatakan yang lemah lembut dan penuh dengan kasih sayang. Membuatkan semua murid sayang padamu. Kau pernah menjadi guru kelasku, ketika aku didarjah 5. setahun kemudian kau telah bertukar ke KL dan mengajar di Sekolah Menengah Khas, yang juga sebuah sekolah pendidikan Khas. Kau mengajar di sana sehinggalah keakhir perkhidmatanmu (pencen). Dan setelah pencen, setahuku, kau masih sudi meluangkan masamu untuk anak-anak kecil senasibku. Kau menjadi guru sukarela di MAB. Kau masih tidak jemu menabur bakti kepada kami cikgu. Begitulah murni dan mulianya hatimu cikgu. Ku kira kau terlalu perihatin dan menyayangi insan seperti kami cikgu.

Dizaman remajaku, aku sering diserang Gastrik. Di sinilah aku amat tersentuh dengan sifat keibuanmu cikgu. Pernah satu waktu, aku diserang gastric yang serius diwaktu malam. Tanpa membuang masa, kau segera membawaku ke hospital. Di hospital sementara menunggu doctor, kau memangku tubuhku dan memujuk agar aku berhenti menangis. Jiwaku amat tersentuh waktu itu. rinduku kepada ibu ayah di kampung menyelubung perasaanku, membuatkan tangisanku semakin menjadi. Pun begitu kau terus sabar memujuk. Begitulah sikapmu setiap kali aku diserang gastric. Dengan sifat keibuanmu yang mendalam, kau terlalu mengambil berat akan peraturan makan minumku agar penyakit gastric ku dapat dikurangkan.

Cikgu, rasanya tak terbalas budi dan kasih sayang yang kau curahkan kepadaku. Terasa malu dalam diriku, kerana tidak pernah aku menghubungimu untuk bertanya khabar. Pernah sekali dua terserempak dengan dirimu, tapi tak berkesempatan untuk mengambil nombor telefonmu. Maafkan aku cikgu. Dan terima kasih yang tak terhingga atas setiap ilmu dan tunjuk ajar serta kasih sayang yang tak ternilai telah kau berikan pada kami, terutama diriku sendiri. Tidak ramai insan sepertimu cikgu. Yang punya Keihlasan hati dan ketulusan budi.

Saturday, May 22, 2010

TANAM POKOK

Sabtu 22 Mei

Semalam kau pulang dari sekolah dengan penuh kegembiraan. Seperti biasa kau akan memeluk dan mencium pipi mama sambil meluahkan rasa rindumu. “mama, ni Haikal ada bawa pokok. Tadi kat sekolah cikgu ajar tanam pokok dalam cawan.” Katamu sambil cawan kertas diletakkan ditangan mama. Kau baegitu teruja dan tak habis-habis bercerita tentang aktiviti di sekolahmu. Seperti selalu, mama akan senyum sambil mengangguk tanda mama mendengar ceritamu. “mama, cikgu cakap, pokok ni akan tumbuh dalam 4 hari. Ni dah berapa hari?” “haikal kan baru tanam tadi. Jadi, tinggal berapa hari lagi?” mama kembali menyoal haikal. “hari ni 1, jadi 3 hari lagi.” Katamu dengan lancer. “pandai pun anak mama.” “mama, ni pokok apa?” “mana mama tahu kan Haikal yang tanam.” “cuba mama sentuh, Haikal rasa mama mesti tahu pokok ni.” Sambil tangan mama kau letakkan dalam cawan kertas. Mama senyum “ini tauge la kal.” “ooo, nanti bolehlah mama masak tauge Haikal kan?” mama terus senyum dengan telatahmu.

Hari ini pagi-pagi lagi kau sudah melihat pokokmu. Jam baru menunjukkan 6.00 pagi. “mama, hari ni dah berapa hari Haikal tanam pokok ni?” “semalam 1 hari ni berapa?” “hari ni 2. esok mungkin tumbuhlah kan ma?” “inshaallah.” Pendek saja mama menjawab. Begitulah telatahmu seharian. Timbul rasa bangga dihati mama, kerana kau punya rasa tanggungjawab terhadap pokokmu. Kau sentiasa memberi perhatian dalam memastikan apa yang dipertanggungjawabkan kepadamu berada dalam keadaan baik. Mudah-mudahan sikap begini akan kekal dalam dirimu.

Friday, May 14, 2010

SELAMAT HARI GURU

assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca budiman. bersempena hari guru pada 16th May, saya ingin mengucapkan (selamat hari guru) kepada semua para pendidik. jasa kalian terlalu besar kkepada negara. syabas kepada semua yang bergelar guru.

Selamat hari guru saya ucapkan
Kepada semua warga pendidik
Jasa kalian tak mungkin dilupakan
Oleh semua anak didik

Guru membina Negara bangsa
Itu tema sambutan tahun ini
Semoga ianya akan terlaksana
Akan terkupas isi pengertiannya

Usah dihitung usah difikirkan
Dek perbuatan segelintir ibu bapa
Ingatlah wahai guru sekelian
Martabat profesionmu begitu mulia

Tak mungkin ternilai curahan ilmu
Hanya keikhlasan jadi sandaran
Jangan difikirkan usah ragu
Disisi Allah pasti mendapat ganjaran

Wednesday, May 12, 2010

CATATAN HAIKAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca budiman. Sekadar menulis perkembangan putraku Haikal.

Hari ini kau pulang dari sekolah seperti biasa dengan riang sambil memeluk dan mencium mama. Seperti hari-hari lalu, kau bagai burung murai bercerita tentang kesah kau di sekolah. mama hanya tersenyum sambil mengangguk tanda mama mendengar ceritamu. Di akhir ceritamu kau merengek dengan mengatakan hari ini cikgumu memberi banyak kerja rumah matematik. Katamu homework ni kerana kerja minggu lepas sewaktu kau cuti sakit. Alahai kesian anak mama. Tapi mama hanya tersenyum.

Selesai makan dan mandi, kau segera mengajak mama membuat homework. Terbit rasa kagum dihati mama bila melihat kau bersungguh-sungguh berusaha menyiapkan homework. mama tahu kau tak kan terhabis untuk siapkan dalam masa 1 jam. Matematik yang perlu kau siap sebanyak 50 soalan dan melibatkan angka yang agak besar bagi seorang anak seusiamu. Sepanjang kau membuat homework, selama itulah mama terpaksa duduk di sampingmu sambil menunjuk ajar apa yang kurang kau faham. Akhirnya kau terpaksa mengalah dengan panggilan matamu untuk tidur. Dalam mengantuk itu, kau gusar takut dimarahi cikgu kerana tidak dapat menyiapkan homework,. “tak apa kal, esok mama call cikgu yang Haikal telah berusha untuk menghabiskan homework, tapi tak kesampaian kerana mengantuk.” Kau sedikit gembira. Beberapa minit kemudian, kau terus masuk ke aalam mimpi.

Begitulah rutin harianmu, tepat jam 7.30 malam, kau pasti mula bersedia untuk kea alam fantasi. Mama tahu, kau terlalu letih kerana seharian di sekolah. Moga kau beroleh rehat yang cukup untuk hari esok sayang.

Monday, May 10, 2010

DUA SAHABAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman. Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup mau pun yang telah tiada. Ianya sekadar hiburan semata-mata.

di sebuah pulau kecil tinggal dua sahabat kancil dan penyu. Mereka bersahabat sejak mula penyu tersadai di pulau itu. Mereka terasa serasi miski berlainan spisis. Kancil sentiasa datang memberi bantuan tika penyu dalam kepayahan. Lama kelamaan timbul rasa sayang dalam hati kedua-dua mereka. Tapi kerana menyedari hakikat kehidupan, mereka berjanji untuk menjadi sahabat paling baik buat selama-lamanya. Mereka akan tetap Bantu membantu dalam apa keadaan sekali pun. Penyu yang memangnya berwatak pemendam dan sensitive terharu dengan pengakuan ikhlas sahabatnya kancil. Maklumlah penyu sering merasakan dirinya tidak sepandai dan sehebat kancil. Sementara kancil pula memang terkenal dengan kepintaran dan kebaikkannya terhadap seluruh isi pulau.

Tiba-tiba tiada angin, tiada rebut, penyu mula berasa akan perubahan kancil terhadap dirinya. Watak kancil tidak lagi selembut dan semesra dulu. Penyu buntu memikirkan sebab musabab perubahan angin itu. Bila penyu bertanya akan sahabatnya kancil, “hai kancil, kenapa sejak akhir-akhir ni kau berubah laku?” “aku rasa macam biasa aje, mungkin kau tu terlalu perasa kod?” begitulah jawab kancil. Maka tiada dayalah penyu untuk mencari jawaban.

Namun dengan kuasa Yang Maha Pencipta, akhirnya penyu bertemu akan jawaban kenapa sahabatnya kancil berubah laku. Dari persisiran pantai, penyu ternampak bebayang sahabatnya kancil sedang bermain-main dengan teman barunya. Tapi penyu berasa tak puashati mengapa kancil harus berubah sikap terhadapnya sedang mereka hanya dua sahabat dan bukannya sepasang kekasih. Apakah perlu ada noktah dalam persahabatan bilamana sahabatnya sudah punya teman lain? Tidakkah boleh kancil bersahabat seperti dulu dan tetap mentgajaknya bermain bersama teman barunya? Atau mungkin penyu tidak layak bearsahabat dengan kancil atas alasan berlainan spicis. Sedang kancil kini sudah punya teman sespisis dengannya.

Penyu hanya mampu mengalirkan airmata bila melihat bebayang sahabatnya bermain-main bersama teman sespicisnya jauh di daratan. Kancil tidak lagi seperti dulu sering mengunjungi persisiran pantai. kalau kancil di persisiran pun, hanya sekadar mengangkat tangan tanda mereka pernah berkenalan. Berkata penyu dalam hatinya: “sahabatku kancil, aku tetap mendoakan kebahagianmu dan kita tetap bersahabat dunia akhirat. Miski kau kini telah melupakan aku.”

Saturday, May 8, 2010

GOUT

Definition of Gout
Gout, also called crystal-induced arthritis, is an arthritic condition that occurs when uric acid crystals accumulate in the joints. Gout usually affects the large joint of the big toe, but can also affect other joints, such as the knee, ankle, foot, hand, wrist and elbow. In rare cases, it may later affect the shoulders, hips or spine. Gout does not spread from joint to joint.


Description of Gout
Uric acid is a substance that normally forms when the body breaks down waste products (called purines). Uric acid is usually dissolved in the blood and passes through the kidneys into the urine. For people with gout, the uric acid level in the blood is so high that uric acid crystals form and deposit in joints and other tissues. This causes the joint lining to become inflamed, resulting in sudden and severe attacks of pain, tenderness, redness and warmth.

After several years, the crystals can build up in the joints and surrounding tissues, forming large deposits, called tophi. Tophi look like lumps under the skin and are often found in or near severely affected joints, on or near the elbow, over the fingers and toes, and in the outer edge of the ear.

Another condition, called pseudogout, is caused by deposits of calcium-based (instead of urate-based) crystals in the joints.
Causes and Risk Factors of Gout
In about 90 percent of all cases, gout is prevalent in men older than 40 and in menopausal women. An "episode" often occurs overnight, and within 12 to 24 hours, there is severe pain and swelling in the affected joint. The episode usually lasts about five to 10 days.

Although the exact cause is unknown, gout may be caused by:


genetic defect in metabolism, which causes overproduction and retention of uric acid

kidney impairment that prevents normal elimination of uric acid

thiazide diuretic medications (water pills) used to treat high blood pressure and heart failure

diseases of the blood cells and blood-forming organs, certain cancers and psoriasis

environmental factors, such as obesity, alcohol abuse and a purine-rich diet.

An episode of gout can be triggered by:


drinking too much alcohol

eating too much of the wrong foods

surgery

sudden, severe illness

crash diets

injury to a joint

chemotherapy.


Symptoms of Gout
Gout generally occurs in four (4) stages (asymptomatic, acute, intercritical and chronic) and has the following signs and symptoms:

Asymptomatic stage - urate levels rise in the blood, but produces no symptoms

Acute stage - symptoms usually lasting five to 10 days


sudden attack of joint pain

swelling

joints feel hot, tender and look dusty red or bruised

Intercritical stage - symptom-free intervals between gout episodes. Most people have a second attack from six months to two years, while others are symptom-free for five to 10 years.


Chronic stage


persistently painful joints with large urate deposits in the cartilage, membranes between the bones, tendons and soft tissues

skin over the deposits develop sores and release a white pus

joint stiffness

limited motion of affect joint


Diagnosis of Gout
The diagnosis of gout is based on symptoms, blood tests showing high levels of uric acid, and the finding of urate crystals in joint fluid. In chronic gout, x-rays show damage to the cartilage and bones.


Treatment of Gout
Currently, there is no cure for gout, but through proper diet, a healthy lifestyle and medications, the symptoms of gout can be relieved and further episodes eliminated.

Proper diet


Avoid or restrict foods high in purine (a substance that produces uric acid when broken down). These foods include: sardines, anchovies, brains, liver, kidneys, tripe, sweetbreads, tongue, shellfish (mussels and oysters), fish roe, scallops, peas, lentils, beans and an excessive amount of red meat.


Drink 10 to 12 eight-ounce glasses of non-alcoholic fluids daily.

Healthy lifestyle


Reduce alcohol consumption

Lose weight

Medications

Using medications for gout can be complicated, because the treatment needs to be tailored for each person and may need to be changed from time to time.


To relieve the pain and swelling of an acute attack, the doctor may prescribe nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), colchicine, corticosteroid drugs, and/or adrenocorticotropic hormone (ACTH).


To prevent future attacks, the doctor may recommend colchicine, probenecid (Benemid, Parbenem or Probalan), sulfinpyrazone (Anturane), or allopurinol (Lopurin, Zurinol or Zyloprim).


To prevent or treat tophi, probenecid, sulfinpyrazone and allopurinol are recommended.


All of these drugs are powerful, so the patient needs to understand why they are taking them, what side effects may occur and what to do if they have problems with the medication.


Prevention of Gout
To lower risk factors, consider:


supervised weight-loss program with exercise (if the patient is overweight)

avoiding a purine-rich diet

avoiding alcohol consumption, especially binge drinking

changing to another drug, if taking diuretics for hypertension

Friday, May 7, 2010

KHAS BUATMU IBU

ibu, ceritaamu saat kau melahirkanku, ayah tiada disisimu kerana bertugas diluar daerah. Waktu itu ayah jauh di utara. Jadi kau keseorangan menyambut kehadiranku. Saat kau menatap mataku, kau sedikit terluka kerana mataku tidak seperti abang-abang sebelum ini. Namun cepat kau campakkan perasaan lukamu lalu hiasi bibirmu dengan senyuman bila menyedari yang aku adalah anak perempuanmu yang pertama kurnia Allah.

***“aku tahu bu, tiada ibu yang inginkan anaknya tidak sempurna. Namun Dia yang lebih mengetahui. Maafkan aku bu, kerana hadir dalam hidup kalian.”

Betapa kau menerima aku seadanya, saat itu juga kau meminta nenek menghantar telegram kepada ayah agar pulang menatap anak perempuan sulung kalian. Maklumlah katamu, waktu itu satu-satunya cara komunikasi jarak jauh hanya melalui telegram.

Setiba ayah di rumah dua hari kemudian, sambil mengangkatku, ayah berkata, “pasti anak ayah ni sekolah jauh. Sebab waktu ibu melahirkan kamu, ayah dikejauhan.”

***”terimakasih ibu ayah, kerana kalian telah menerimaku seadanya.”

Kau terus membesarkanku dan cuba sedaya upaya untuk memberiku cahaya miski dalam ruang yang terhad. Dan alhamdulillah mataku terbuka dan dapat memandang keindahan dunia biar pun pada jarak yang terhad. Kau sungguh gembira bila melihat aku dapat berlari dan lincah bermain seperti anak-anakmu yang lain. Kasih sayangmu sedikit pun tidak berkurangan. Malah kau memberi perhatian yang lebih kepadaku, kerana katamu aku kuat merajuk dan terlalu manja tika kecilku.

Ibu, bagiku kau wanita gigih dan kuat semangat dalam mengharungi perjalanan hidupmu. Tika usiaku 7 tahun, walau penuh keberatan, kau tetap tabah melepaskan aku demi masa depanku. Aku berbangga denganmu bu, kerana pada zaman itu, di saat wanita belum begitu maju, namun kau mampu memikirkan masa depan seorang anak sepertiku. Kau sanggup melepaskanku biar pun terpaksa berpisah beratus batu.

Ibu, miski kita tidak punya banyak masa bersama di zaman persekolahanku, namun kehangatan kasih sayang dan rindumu tetap kurasakan setiap kali cuti penggal persekolahan. Miski dalam waktu yang singkat,Kau bijak mengatur program demi merapatkan hubungan aku dan ahli keluarga yang lain. Katamu, kau tidak mahu langsung ada perasaan terasing dalam diriku. Setiap pulang dari asrama dan saat pemergianku ke asrama, ciuman tetap singgah dipipiku hingga ke saat ini.

***”bu, dan kini aku aplikasikan kasih sayang yang kau curahkan buatku terhadap putra dan suamiku.”

Ibu, benarlah bu, kasih dan doa ibu amat bermakna buat seorang insan yang bernama anak. Tanpa ibu dan ayah maka, tidak wujud seorang anak di dunia ini. Terima kasih yang tak terhingga buatmu ibu. Tidak mungkin terbalas setiap pengorbanan yang kau lakukan sejak aku dilahirkan hingga saat ini. Hanya kalungan doa yang mampu ku berikan buatmu ibu.

Di kesempatan ini ingin aku ucapkan (selamat hari ibu) teristimewa buatmu.

Untuk mendengar lagu kahs buat ibu sila klik link di bawah

Wednesday, May 5, 2010

TEKSI OH TEKSI

Sabtu 1st Apr. 2010

Seperti biasa di hari-hari cuti umum, suamiku jarang pulang untuk makan tengahari. Maka disebelah petang aku dan putraku ke tempat kerjanya untuk menghantar nasi. Tempat kerja suamiku taklah begitu jauh dari rumah. Seperti selalu, kami ke sana dengan menaiki teksi.

Tak ku sangka hari ini kurang baik untuk aku. Mungkin ianya kifarat dan pengajaran buat diriku. Ketika di dalam teksi, drivernya begitu ramah sekali dengan kami. Pelbagai soalan yang dilontarkan berkisar dengan kehidupan keluarga OKU pengelihatan.. aku dengan jujur menjawab setiap soalan yang diberikan. Kemudian berbagai pujian pula diberikan. Pun aku tetap masih tersenyum kerana menyangka pujian itu lahir dari hati yang ikhlas. Dalam ramahnya itu, perbualan driver tu terarah kepada soal sex. Aku mula merasa takut dan cuba tidak melayan perbualan lagi. Tapi tak kusangka, dek kerana aku tak melayan perbualannya menimbulkan rasa tak puashati dipihak driver teksi tersebut.

Tiba-tiba putraku berkata dengan nada agak kuat. “uncle, jangan sentuh mama saya, nanti papa marah.” Lantas putraku memeluk diriku seolah-olah cuba melindungi aku. Serentak itu juga nama Allah dan rasul tak putus-putus dari hatiku. Mudah-mudahan kami berdua dilindungi oleh Dia yang maha Esa. Dengan nada tak malu driver tu berkata, “pandai anak awak ni.”

Setiba di tempat yang kami tuju, setelah membuka pintu, aku berkata kepada driver teksi tu. “bang, ingat pada anak perempuan dan isteri abang.” Masih dengan selambanya dia menjawab. “tak apa, isteri dan anak saya tak cantik dan tak suka senyum.” Tanpa menutup pintu, aku dan putraku terus berlalu.

Peristiwa hari ini mengingatkan aku kepada kejadian berbelas tahun lalu. Bezanya waktu itu aku masih lagi nampak sedikit dan masih mampu mengelak jika ada yang cuba berbuat tak baik terhadap diriku. Tapi hari ini aku seolah-olah menyerah diri atas segala-galanya dek kerana pengelihatanku tiada erti lagi.

Wahai insan-insan yang merasakan diri anda kuat dan gagah atau berkelebiham, usahlah mengambil kesempatan atas kelemahan insan lain. Setiap perbuatan kita pasti dicatat dan dihitung oleh Dia Yang Berkuasa.. ingatlah, kita semua hamba Nya.