assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Monday, March 29, 2010

ziarah teman

23rd Mac Selasa.

Hari ini seperti hari-hari yang lalu, aku on PC untuk menilik-nilik berita dalam akhbar tempatan demi menambah ilmu atau sekurang-kurangnya sebagai santapan telinga settelah kerja-kerja rumah ku bereskan. Kemudian Seperti biasa, aku melihat ke dalam inbox jika ada mail-mail yang menarik untuk dibaca atau jika kedapatan mail-mail yang harus ku save kan ke dalam folder-folder yang lain. Dalam keasyikan jejariku menekan kekunci keyboard, telingaku tertarik dengan mail yang dihantar oleh salah seorang (lister) dalam salah sebuah group. Isi kandungan mail itu menyatakan yang ; Alex telah dimasukkan ke hospital pada hari Jumaat yang lalu. Alex merupakan salah seorang temanku yang agak rapat. Bagiku beliau seorang yang lembut dan mudah peramah dengan semua orang yang dikenalinya. Aku tercari-cari ayat dalam mail tersebut yang boleh memberi infor tentang di hospital mana dan wad berapakah Alex ditempatkan. Tapi aku hampa.

Dalam aku berkira-kira untuk menelefon HP Alex, tiba-tiba phone rumahku berdering menandakan ada panggilan untukku. “hello” aku menjawab panggilan. “hello Kiah, saya Alex. Sekarang ni saya kat hospital.” Alex memulakan perbualan dengan (speech) yang agak kurang jelas tapi masih boleh difahami. “Alex kat hospital mana dan wad berapa?” aku segera bertanya. “saya di hospital HKL dan wad Neurologi.” Kata Alex lambat-lambat. Ok tak apa, inshaallah petang ni saya dan husband akan ke sana. Alex makan ubat dan jangan susah hati ya.” Aku cuba menydapkan hati Alex. Memang aku berniat untuk melawat beliau pada hari itu juga. “ok. Bye.” Alex mengakhirkan perbualan kami. Setelah mengakhirkan perbualan bersama Alex, aku segera call suamiku dan menyatakan hasratku untuk mengajaknya menemaniku ke HKL. Tanpa banyak bertanya, suamiku memberikan persetujuan.

Kira-kira jam 12.30 tengahari, aku dan suami keluar dari rumah. Kami ke HKL dengan menaiki taksi sahaja untuk menjimatkan masa. Hamper jam 1.00 aku dan suami dah sampai di tempat Alex. Ku lihat Alex begitu gembira dengan kehadiran kami. Lebih kurang 1 jam setengah aku dan suami menemani Alex. Biar pun kesihatan Alex tidak stabil, dia masih mampu bergurau dan berlawak dengan kami. Sempat juga aku bertanya perihal kesihatan Alex kepada Nurse yang bertugas. Menurut Nurse tersebut, kesihatan Alex taklah meruncing. Hanya mungkin kerana dia tidak mengambil ubat secara teratur dan kerap melupakan ubatnya. Kesihatan Alex masih boleh dipulihkan jika dia mengikut setiap nasihat doctor. Mengikut pemerhatian nurse itu, tak ramai teman Alex yang datang melawat. Malah kaum keluarganya pun terlalu kurang. Bab keluarga ni, aku tak berani nak komen. Almaklumlah, sebagai manusia lemah, kita terlalu terikat dengan masa yang kita sendiri kurang arif untuk handle dan banyak perkara yang menuntut komitmen kita. Sehingga kita terlupa akan saudara yang memerlukan perhatian dari kita. Menurut nurse lagi, jika tiada keluarga Alex yang datang menjemputnya dalam tempoh beberapa hari ni, beliau akan dihantar ke (nursing home).

“Lex, saya tak boleh lama-lama kat sini. Maklumlah 4.30 nanti anak saya nak balik dari sekolah. Jadi, saya perlu balik sekarang.” Aku memberitahu Alex. Sebelum pulang, sempat aku dan suami berpesan-pesan itu dan ini dan meminta Alex beritahu kami bila dah (discharge) nanti. Sebelum berlalu aku dan suami bersalaman dengan Alex.

Sewaktu kami keluar dari HKL, hujan turun dengan lebat sekali. Kami terpaksa teruskan perjalanan pulang kerumah kerana si kecil akan pulang dari sekolah tak lama lagi.

Dalam perjalanan pulang, aku berdoa dalam hati agar keluargaku diberi kesihatan yang baik sepanjang hayat. Dan mudah-mudahan aku sentiasa dikelilingi orang-orang berhati perihatin jua hati yang belas. Mudah-mudahan hatiku juga sentiasa punya rasa tanggungjawab sesama keluarga dan teman.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.