assalamualaikum dan salam sejahtera.
mudah-mudahan di laman yang tak seindahnya ini dapat memberi munafaat miski secebis cuma. inshaallah.

Thursday, January 28, 2010

happy birthday haikal

Happy birthday sayang. Moga hidupmu kan terus dilimpahi rahmat. Hari ini usiamu melangkah ke angka enam. Kau terlalu muda untuk mengerti erti kehidupan yang sebenar. Ketahuilah sayang, hari-hari yang bakal mendatang tak semudah hari-hari yang telah kau lalui. Pun begitu, kami tetap mendoakan kecemerlangan hidupmu dan terus berusaha mengisi ruang dadamu dengan ilmu dunia dan akhirat. Mudah-mudahan kau terus melangkah dalam keimanan. Inshaallah.

Hari ini kau begitu teruja untuk meraikan birthdaymu. Kau bangun jam 5.30 pagi lantas membangunkan mama dan papa lalu menuntut ucapan serta ciuman dari kami. Bila mama dan papa memberikan ciuman, kau kami lihat begitu gembira dengan memeluk kami seorang demi seorang.

Happy birthday putraku. Kau penyeri dalam hidup kami. Terima kasih sayang, kerana kau sudi memberi secebis sinar kepada kami.

No comments:

Post a Comment

Komen anda sesungguhnya inspirasi buat saya. Terima kasih daun keladi, sudi-sudikanlah jenguk ke sini.